亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Casio Lancar Kolaborasi G-SHOCK-Surfrider Foundation

CASIO COMPUTER CO. LTD
2024-05-15 09:00 325

Menampilkan Sekerap Pembuatan Kitar Semula untuk Bezel Resin dan Tali Jam

TOKYO, 15 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran penambahan terkini kepada rangkaian jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. G-5600SRF baharu direka bentuk melalui kolaborasi bersama Surfrider Foundation, sebuah kumpulan yang komited untuk melindungi lautan kita.

G-5600SRF
G-5600SRF

Ditubuhkan di California pada tahun 1984, Surfrider Foundation kini merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan alam sekitar antarabangsa dengan kira-kira 250,000 penyokong yang aktif di 23 negara di serata dunia. Berkongsi doktrin yayasan untuk melindungi lautan yang kita cintai dan meninggalkan lautan yang indah untuk masa depan dan mengiktiraf bahawa G-SHOCK ialah jenama yang digemari oleh pelayar, Casio berkolaborasi bersama Surfrider Foundation dengan sejumlah tujuh model antara tahun 1995 dan 2010.

Artwork designed by Yusuke Hanai
Artwork designed by Yusuke Hanai

Kolaborasi kelapan ini, G-5600SRF, merupakan jam tangan kalis hentakan yang menampilkan bezel dan tali jam yang diperbuat dengan sekerap resin kitar semula yang diperoleh daripada kemudahan pembuatan Casio. Resin sekerap ini dicincang halus, dicampurkan ke dalam bahan uretana asas dan kemudian dibentuk menjadi komponen yang diperlukan. Hasilnya ialah reka bentuk unik dan menyeronokkan yang dihasilkan oleh kepingan berwarna hitam dan putih daripada bahan tambahan ini.

Logo Surfrider Foundation dipaparkan pada muka jam dan bahagian belakang bekas jam, manakala tanda pagar #oceanfriendlylifestyle dicetak pada gelung tali jam. Ciri-ciri reka bentuk ini berfungsi sebagai peringatan agar menjalani kehidupan dengan cara yang dapat melindungi lautan kita.

Jam tangan ini turut menyampaikan utiliti praktikal, dengan sistem pengecasan Tough Solar yang menjana kuasa daripada matahari dan cahaya lampu pendarfluor, lalu menghapuskan keperluan untuk menggantikan bateri dengan kerap.

Kesemua ini, berserta bungkusan kertas yang dibuat dengan kertas kitar semula, digabungkan dalam jam tangan khas yang layak mendapat kerjasama G-SHOCK-Surfrider Foundation.

 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Conservation/Recycling New products/services