![]() |
SEOUL, Korea Selatan, 12 April 2025 /PRNewswire/ -- Gravity, peneraju dalam pasaran permainan global, melancarkan secara rasmi versi baharu retro 'Snow Bros. 2 Special' di seluruh dunia pada 10 April.
'Snow Bros. 2 Special' ialah versi diperbaharui bagi permainan arked yang digemari iaitu Snow Bros. 2, mengekalkan naratif asal di mana pemain menyelamatkan seorang puteri daripada Attsu, Raja yang Agung. Versi baharu ini meningkatkan visual dan reka bentuk agar sejajar dengan gaya dan estetika kontemporari. Di samping itu, ia menyokong corak permainan tempatan dan juga berbilang pemain sehingga empat peserta, lalu membolehkan pemain di serata dunia berhubung dan bermain bersama-sama.
Permainan ini memperkenalkan pelbagai mod baharu, bermula daripada mod asal klasik hinggalah mod kelangsungan hidup, serangan masa, larian langit dan serbuan bos. 'Snow Bros. 2 Special' juga membawakan sentuhan unik menerusi Monster Challenge, di mana pemain mengawal raksasa untuk maju pada peringkat permainan. Selain itu, ia memperluas kandungan permainan dengan menggabungkan pelbagai raksasa dan bos baharu.
Permainan ini dilancarkan pada platform Nintendo Switch? dan Steam® serta menyokong 15 bahasa, termasuk bahasa Korea, bahasa Inggeris, bahasa Jepun, bahasa Cina Ringkas dan bahasa Cina Tradisional serta bahasa Perancis, lantas menjadikannya boleh diakses oleh khalayak yang luas. Ia tersedia untuk dibeli dan dimuat turun daripada My Nintendo Store dan Steam Store.
Selain daripada ketersediaan digital, 'Snow Bros. 2 Special' boleh dibeli sebagai pakej fizikal untuk Nintendo Switch?, menarik minat khususnya pengumpul. Pakej edisi terhad untuk Nintendo Switch? menampilkan beberapa item eksklusif, termasuk set patung mini, rantai kunci logam, pelekat watak, buku seni dan runut bunyi asal dalam bekas permata CD. Ketersediaan pakej ini mungkin berbeza-beza mengikut wilayah, tertakluk kepada keadaan setempat.
Yu-Jun, ketua pasukan perniagaan konsol Gravity, berkongsi keterujaannya mengenai pelancaran ini, dengan berkata "Snow Bros. 2 Special direka agar boleh diakses dengan mudah dan menyeronokkan untuk semua, bermula daripada peminat lama Snow Bros. yang asal kepada pendatang baharu yang menggemari pengalaman permainan kasual. Ia mengekalkan daya tarikan dan nostalgia permainan asal dan dalam masa yang sama meningkatkan keseronokan dengan ketara menerusi pelbagai mod baharu. Kami berharap Snow Bros. 2 Special yang dikemas kini menarik minat yang tinggi dan kesukaan di seluruh dunia."
Maklumat tambahan mengenai versi digital 'Snow Bros. 2 Special' Nintendo Switch? dan Steam® tersedia di halaman jualan masing-masing. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Gravity dan halaman permainan khusus.
[Laman Web Rasmi Gravity]
[Laman Web Rasmi Snow Bros. 2 Special]
[Halaman Muat Turun Snow Bros. 2 Special My Nintendo Store]
[Halaman Muat Turun Snow Bros. 2 Special Steam Store]