ISLAMABAD, 9 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Pertubuhan Kerjasama Digital (DCO), dengan kerjasama Kerajaan Pakistan, hari ini meraikan kejayaan penutupan Forum Pelaburan Langsung Asing Digital (DFDI) 2025 yang julung kali diadakan di Islamabad. Forum dua hari yang berlangsung pada 29–30 April 2025 ini berperanan sebagai platform strategik yang menghimpunkan 700 delegasi, termasuk Ketua-Ketua Negara, menteri, pelabur global, pembuat dasar dan pemimpin teknologi dari Negara Anggota DCO dan negara lain, bagi meneroka cara baharu untuk mentakrifkan semula rangka kerja pelaburan digital serta membuka peluang pelaburan baharu.
Salah satu agenda utama Forum ini ialah pelancaran Laporan Tinjauan Digital FDI Pakistan, yang menggariskan pelan induk perintis yang diusahakan oleh Pakistan dalam pembangunan digitalnya. Berteraskan Inisiatif Digital FDI, laporan tersebut mengiktiraf Pakistan sebagai negara pertama yang melaksanakan inisiatif ini merangkumi keempat-empat tonggaknya, serta mengenal pasti enam tindakan keutamaan strategik bagi menarik pelaburan digital yang mampan.
Mengulas mengenai penutupan Forum DFDI, Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif berkata, "Pakistan berbangga menjadi peneraju dalam transformasi digital dan kejayaan DFDI membuktikan komitmen kami untuk membina ekonomi digital yang berkembang maju serta mesra pelabur melalui pendekatan pelbagai pihak. Dengan sokongan DCO, Negara Anggota DCO lain dan rakan-rakan strategik, kami sedang membina pelan induk untuk pembangunan mampan yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada Pakistan dan ekosistem digital kami, tetapi juga kepada semua negara yang sedang melalui transformasi digital."
Dalam Forum DFDI, Perdana Menteri Sharif juga mengiktiraf kepimpinan Setiausaha Agung Deemah AlYahya dan Pertubuhan Kerjasama Digital (DCO) atas peranan mereka dalam memajukan ekosistem pelaburan asing digital Pakistan, yang telah menarik lebih daripada $700 juta aliran masuk ke dalam ekonomi digital negara. Acara ini menyaksikan penyertaan lebih daripada 45 negara, dengan lebih daripada 40 syarikat antarabangsa dan syarikat permulaan mempamerkan produk mereka. Sekitar 35 menteri dan delegasi rasmi dari pelbagai negara hadir, bersama lebih daripada 30 pembicara global dan lebih 50 Ketua Pegawai Eksekutif dari syarikat IT terkemuka.
"Bagi pihak Pertubuhan Kerjasama Digital (DCO), saya ingin menyampaikan penghargaan yang mendalam kepada Kerajaan Pakistan dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif atas usaha cemerlang mereka dalam memastikan kejayaan DFDI pertama," kata Deemah AlYahya.
"Forum ini telah menunjukkan kuasa transformasi pelaburan dalam merapatkan jurang digital dan mempercepatkan pertumbuhan mampan," tambahnya. DCO kekal komited untuk membina persekitaran pelaburan global dengan semua negara dapat memanfaatkan inovasi digital untuk mendorong pertumbuhan yang inklusif dan mampan.
Pakistan adalah salah satu daripada lima ahli pengasas DCO, yang ditubuhkan pada November 2020 di luar G20 di Riyadh. Dengan jawatan presiden 2026, negara ini berada di kedudukan strategik sebagai peneraju dalam ekonomi digital, dengan tekad untuk menerajui perbincangan global, memperkukuh kerjasama antarabangsa dan mendorong inovasi yang akan membentuk masa depan pelaburan digital.
Maklumat tentang Pertubuhan Kerjasama Digital (DCO)
Pertubuhan Kerjasama Digital merupakan organisasi antara kerajaan antarabangsa yang pertama seumpamanya di dunia yang memberi tumpuan khusus kepada pemacuan pertumbuhan ekonomi digital yang inklusif dan mampan. Ditubuhkan pada November 2020, organisasi multilateral global ini bertujuan untuk membolehkan kemakmuran digital yang dapat dinikmati oleh semua.
DCO menyatukan Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat daripada negara-negara anggotanya, dengan fokus untuk memperkasa golongan belia, wanita dan usahawan. Ia memanfaatkan kuasa pemecut ekonomi digital serta melonjakkan inovasi bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kemakmuran sosial.
Pertubuhan Kerjasama Digital (Pertubuhan Kerjasama Digital (DCO) menghimpunkan kementerian komunikasi dan teknologi maklumat daripada 16 buah negara: Kerajaan Bahrain, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Cyprus, Republik Djibouti, Republik Gambia, Republik Ghana, Republik Hellenik (Greece), Kerajaan Hashemite Jordan, Negara Kuwait, Kerajaan Maghribi, Republik Persekutuan Nigeria, Kesultanan Oman, Republik Islam Pakistan, Negara Qatar, Republik Rwanda dan Kerajaan Arab Saudi yang secara kolektif mewakili hampir AS$3.5 trilion dalam KDNK dan pasaran hampir 800 juta penduduk, dengan lebih 70% daripadanya berusia bawah 35 tahun.
Melalui kerjasama dan dialog strategik, kami menggerakkan pemudahcaraaan perundangan rentas sempadan yang saling menguntungkan. DCO berusaha untuk mewujudkan infrastruktur dan dasar yang optimum dalam negara-negara anggotanya bagi mempercepat pembangunan ekonomi digital yang inklusif dan saksama, di mana semua individu, perniagaan dan masyarakat dapat berinovasi dan berkembang maju. Visi DCO adalah untuk membina sebuah dunia dengan setiap negara, perniagaan dan individu mempunyai peluang yang saksama untuk meraih kemakmuran dalam ekonomi digital.
Dalam usaha mencapai kepentingan bersama Negara-Negara Anggota, DCO bekerjasama erat dengan kerajaan, sektor swasta, pertubuhan antarabangsa, NGO dan masyarakat sivil untuk memungkinkan transformasi digital yang lebih inklusif serta pertumbuhan ekonomi digital.
Inisiatif utama DCO termasuk program untuk meningkatkan aliran data rentas sempadan, mempromosikan peluasan pasaran untuk PKS, memperkasa usahawan digital, serta memajukan kemasukan digital di kalangan wanita, belia dan populasi yang kurang diwakili.
Maklumat lanjut tentang DCO boleh didapati di
Untuk pertanyaan media, sila hubungi
Foto: //mma.nyhomeapp.cn/media2/2682553/Digital_Cooperation_Organization.jpg?p=medium600