亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Envision Keluarkan Laporan Sifar Bersih 2025 di Smarter E Europe, Raikan Tahun Ketiga Keneutralan Karbon

Envision Energy
2025-05-10 02:13 9

MUNICH, 10 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Envision Energy, peneraju global bagi teknologi hijau, mengeluarkan Laporan Tindakan Sifar Bersih 2025 di Smarter E Europe di Munich, lantas mengesahkan sekali lagi komitmennya terhadap kepimpinan iklim. Syarikat ini mencapai keneutralan karbon operasi untuk tahun ketiga berturut-turut sejak tahun 2022 dan mencapai 100% penggunaan elektrik boleh baharu pada tahun 2024 yang memenuhi komitmen RE100 setahun lebih awal daripada yang dijadualkan.

Laporan ini mendedahkan bahawa emisi gas rumah hijau Skop 1 dan 2 Envision berjumlah hanya 7,089 tan CO? setara pada tahun 2024. Berbanding garis dasar 84,000 tan, syarikat ini mengurangkan emisi sebanyak 91%—kira-kira 77,000 tan—melalui peningkatan kecekapan tenaga dan penggunaan elektrik boleh baharu di tapak dan juga di luar tapak. Menjelang akhir tahun 2024, produk serahan Envision dianggarkan telah mengelakkan kira-kira 2.35 bilion tan emisi karbon global.

Memajukan Penanda Aras Baharu dalam Rantaian Bekalan Sifar Bersih dan Jejak Karbon Produk

Envision menjadikan pembinaan rantaian bekalan yang mampan sebagai tonggak teras strategi kelestariannya, memacu transformasi hijau melalui pemerkasaan digital dan integrasi teknologi sifar bersih. Menjelang tahun 2024, kesemua pembekal utamanya menyertai Sistem Pengurusan Karbon EnOS Ark Envision, dengan 18% sudahpun menggunakan 100% elektrik hijau bagi membekalkan produk kepada Envision. Syarikat ini menyasarkan penggunaan kuasa hijau sepenuhnya dalam seluruh rantaian bekalan terasnya menjelang tahun 2028.

Envision memanfaatkan kepimpinannya dalam pengurusan jejak karbon bagi memacu kemajuan seluruh industri melalui International ILCD Life Cycle Data Network, bekerjasama dengan sektor-sektor bateri dan PV untuk membina pangkalan data jejak karbon produk terpiawai antarabangsa. Inisiatif ini membantu merapatkan jurang data yang kritikal dan memperkasakan lebih banyak syarikat untuk membentuk semula rantaian nilai mereka dan meningkatkan daya saing global.

Projek hidrogen dan amonia hijau Envision di Chifeng menjadi salah satu yang pertama di peringkat global yang diperakui oleh Bureau Veritas sebagai amonia boleh baharu. Di Smarter E Europe 2025, Envision menerima Pensijilan Jejak Karbon TÜV SÜD untuk kabinet storan tenaga industri dan komersial standard Euronya, menandakan pensijilan pertama yang didedahkan secara terbuka seumpamanya dan menetapkan penanda aras industri baharu.

Mempelopori Model Taman Industri Sifar Bersih dengan AI sebagai Terasnya

Aspek teras transformasi Envision ialah integrasi mendalam teknologi AI dalam seluruh produk tenaga boleh baharunya. Dengan menggabungkan algoritma AI dengan teknologi tindanan penuh, Envision membina sistem turbin angin AI dengan model "persepsi–keputusan–pelaksanaan–evolusi" gelung tertutup. Sistem ini membolehkan pengoptimuman masa nyata output tenaga boleh baharu dan penyerapan grid. Model-model AI untuk meramal cuaca, risiko, harga dan dagangan kuasa turut membentuk semula sejauh mana tenaga boleh baharu berinteraksi dengan pasaran kuasa.

Sebagai perintis bagi model taman industri sifar bersih, Envision membentuk semula landskap perindustrian global dengan mengintegrasikan tenaga hijau dan pembuatan hijau ke dalam kluster industri yang mampan—dengan AI sebagai terasnya. Susulan pelancaran taman industri sifar bersih pertama di dunia di Ordos, Projek Hidrogen-Amonia Hijau Envision Energy di Chifeng memulakan pengeluaran 300,000 tan pertamanya, lantas mencipta kejayaan baharu untuk sektor ini. Sementara itu, Taman Industri Hidrogen Sifar Bersih yang akan datang di Sepanyol akan membawakan pembuatan peralatan hidrogen dan pengeluaran hidrogen hijau bagi menyokong penyahkarbonan dan transformasi industri Eropah. Berdasarkan pencapaian ini, Envision merancang untuk mereplikasi model ini di peringkat global melalui kolaborasi bersama rakan kongsi, membuka peluang baharu dan memacu era kemakmuran mampan yang baharu.

Mencipta Ekosistem Sifar Bersih Silang Sektor

Pada tahun 2024, ekosistem rakan kongsi teknologi sifar bersih global Envision mencapai kemajuan yang luar biasa. Seiring dengan Starbucks, Envision mentransformasikan Starbucks Coffee Innovation Park menjadi kampusnya yang paling lestari, dikuasakan oleh 100% tenaga boleh baharu dan mengurangkan emisi karbon sebanyak kira-kira 78,000 tan setiap tahun. Bersama Merck China, Envision memajukan perolehan kuasa hijau dan perkhidmatan pengurusan karbon, seterusnya menyokong matlamat keneutralan iklim 2040 Merck. Dalam satu langkah yang penting, Envision menandatangani perjanjian dagangan amonia hijau yang bersejarah dengan Marubeni Corporation, mengesahkan potensi komersialnya dan mewujudkan penanda aras global baharu. Bermula daripada Starbucks hinggalah Marubeni, Envision membina rangkaian sifar bersih silang sektor yang semakin berkembang merangkumi tenaga, pembuatan, peruncitan dan logistik—seterusnya membentuk ekosistem penyahkarbonan yang pintar dan kolaboratif.

Sifar bersih bukanlah satu pilihan, tetapi keperluan. Envision akan terus bergabung tenaga dengan rakan kongsi sealiran di seluruh dunia bagi memacu visi bersama berhubung kemakmuran mampan dan membantu mencapai kejayaan terhadap cabaran iklim.

Source: Envision Energy
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Survey, Polls & Research Cision Influencer List - ESG