![]() |
HONG KONG, 10 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Pusat beli-belah ikonik Hong Kong, Harbour City berganding bahu dengan Disney Hong Kong untuk mempersembahkan "Stitch Arrives!!! @Harbour City", acara solo Stitch terbesar yang pernah diadakan di bandar ini, bermula pada 1 Mei hingga 15 Jun 2025. Acara ini merupakan prasembah kepada filem aksi langsung "Lilo & Stitch" Disney yang amat dinanti-nantikan, yang ditayangkan buat julung kalinya di Hong Kong pada 29 Mei 2025. Lima tempat bergambar yang comel disediakan di seluruh pusat beli-belah ini, bersama-sama dengan bengkel dan aktiviti DIY bertemakan Hawaii yang berbeza dan amat sesuai untuk kanak-kanak, yang pastinya menjadi destinasi yang wajib dikunjungi oleh peminat Stitch.
A gigantic 3-meter Stitch strikes his signature cheeky pose at “Stitch’s ALOHA Beach” in Harbour City’s Ocean Terminal Forecourt to welcome every visitor to Hong Kong’s largest Stitch-themed event.
Acara ini membawa pengunjung ke pantai Hawaii kegemaran Stitch, yang menampilkan pelbagai tempat yang sesuai untuk dikongsikan di Instagram. Sorotannya sudah pastilah Stitch setinggi 3 meter yang bergaya di "Stitch's ALOHA Beach" sepanjang pantai Pelabuhan Victoria dan WISHER Stitch setinggi 7 meter yang mencuar tinggi di atas dek balai cerap Ocean Terminal yang berlatarbelakangkan Pelabuhan Victoria!
The 7-meter-tall WISHER Stitch towers over Ocean Terminal Deck, the observatory deck of Harbour City, creating a picture-perfect spot against the backdrop of Victoria Harbour!
Menambahkan lagi keseronokan, kedai sementara bertemakan Stitch yang pertama seumpamanya di Hong Kong telahpun bertapak di Harbour City, menawarkan lebih 800 item "Lilo & Stitch" yang comel, termasuk barangan koleksi edisi terhad, produk gaya hidup dan barangan eksklusif untuk semua peminat tegar Stitch!
@HarbourCity #HarbourCity #StitchArrives #Disney #LiloAndStitch
Butiran Acara: