亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

STEERLife Merevolusikan Pembangunan Ubat Poten menerusi Pemprosesan Berterusan yang Bersih dan Lestari

STEERLife
2025-05-15 19:41 59

Sebagai CRDMO generasi baharu, memacu farmaseutikal global dengan teknologi berterusan dan bebas pelarut untuk pembangunan ubat yang mujarab

BENGALURU, India, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- STEERLife, bahagian sains hayat di bawah STEER World, sedang memajukan pembangunan dan penghasilan produk ubat yang kuat dan kompleks. Inisiatif ini menandakan kemajuan penting dalam bidang yang telah lama dianggap sebagai salah satu kawasan paling mencabar dalam sains farmaseutikal.

Teras kepada kemajuan ini ialah teknologi mencairkan dan menyatukan tanpa pelarut proprietari STEERLife, iaitu satu sistem pemprosesan berterusan yang menghapuskan keperluan penggunaan pelarut organik yang berbahaya. Direka khusus untuk mengendalikan molekul yang sangat kuat dan sukar untuk dibangunkan, platform ini meningkatkan kecekapan formulasi, keselamatan dan kebolehkembangan dengan ketara.

Sebagai Organisasi Penyelidikan, Pembangunan & Pembuatan Kontrak (CRDMO) generasi baharu, STEERLife menyediakan keupayaan pembangunan menyeluruh untuk ubat kompleks dan kuat, termasuk Bahan Kimia Baharu (NCE), terapi hormon, ubat yatim, generik kompleks (ANDAs) dan produk 505(b)(2), membantu farmaseutikal global mengatasi cabaran pembangunan dan pembuatan melalui inovasi berasaskan proses.

"Pembangunan ubat kuat memerlukan lebih daripada sekadar pematuhan; perkara ini memerlukan kawalan, perhatian dan inovasi," kata Indu Bhushan, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah di STEERLife. "Platform berterusan kami yang bebas pelarut menggabungkan semua itu, membolehkan pembangunan yang lebih pantas, lebih bersih dan lebih mudah dikembangkan bagi terapi-terapi paling mencabar di dunia."

STEERLife telahpun memulakan pembangunan beberapa produk ubat utama yang dijadualkan untuk pelancaran ke pasaran. Antaranya termasuk versi generik ERLEADA® (Apalutamide), XTANDI® (Enzalutamide), VENCLEXTA® (Venetoclax) dan LYNPARZA® (Olaparib), yang mencerminkan keupayaan syarikat untuk mengendalikan program ubat yang kompleks dan berhalangan tinggi dengan penuh keyakinan.

Bekerjasama rapat dengan kemudahan rakan kongsi, STEERLife berada pada kedudukan strategik untuk berkhidmat kepada pasaran farmaseutikal utama di Amerika Syarikat, Eropah, Amerika Latin, Rusia, MENA dan Asia Tenggara.

Sebagai syarikat yang menerajui peralihan daripada pemprosesan secara kelompok kepada pemprosesan berterusan tanpa henti di India, STEERLife terus memacu evolusi dalam pembuatan farmaseutikal, memperkasa pelanggan di seluruh dunia untuk memendekkan tempoh pembangunan, meningkatkan penanda aras kualiti dan membuka jalan kepada penyampaian ubat generasi baharu.

Maklumat tentang STEERLife

STEERLife ialah sebuah bahagian di bawah STEER World, merupakan syarikat sains hayat perintis yang mentransformasikan cara farmaseutikal dibangunkan, dihasilkan dan digunakan. Dengan memanfaatkan pemprosesan berterusan terkini serta teknologi bersih dan hijau proprietari, STEERLife membolehkan pembangunan ubat yang lebih pantas, lebih mesra alam dan lebih cekap. Syarikat ini menawarkan spektrum perkhidmatan yang lengkap kepada rakan kongsi global: merangkumi daripada pembangunan formulasi dan analitikal hinggalah kepada pemindahan teknologi, sokongan kawal selia dan pembuatan pada skala komersial.

Logo:

 

Source: STEERLife
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services