亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Teknologi Kelajuan DAHON-V Cetuskan Keriuhan di CHINA CYCLE 2025!

DAHON
2025-05-15 19:48 58

SHANGHAI, 15 Mei 2025 /PRNewswire/ -- DAHON, peneraju global bagi industri basikal lipat, mempersembahkan visinya untuk masa depan tunggangan basikal di China Cycle 2025 yang membawakan inovasi memenangi anugerah dan teknologi DAHON-V yang canggih. Acara ini menarik perhatian khalayak ramai dan media, menonjolkan tunggangan uji amali dan pertandingan yang menarik minat orang ramai dan juga media.


DAHON Booth @ CHINA CYCLE 2025

DAHON menawarkan pengalaman tiga bahagian yang menarik bagi membolehkan tetamu meneroka reka bentuk dipacu inovasi daripada jenama ini melalui cerapan teknologi, tunggangan uji dan cabaran kelajuan.

Cerapan Teknologi

Pengunjung diperkenalkan kepada teknologi DAHON-V melalui video, poster dan demonstrasi langsung oleh kakitangan bagi memberikan pandangan yang jelas tentang ciri-ciri inovatif bermula daripada konsep hinggalah pelaksanaan.

Cabaran Kelajuan DAHON-V 

Sebagai bahagian penting acara ini, DAHON menganjurkan Cabaran Kelajuan DAHON-V khas. Di dalam cabaran ini, basikal jalan raya P8 dan Vélodon A4 DAHON sendiri bersaing sesama sendiri dengan jenama-jenama lain. Basikal DAHON menonjol dengan pecutan dan kestabilan unggul dalam perlumbaan, lumba mendaki bukit dan pembelokan—memberikan pengalaman secara langsung tunggangan DAHON yang istimewa kepada penunggang dan penonton.

Barisan Penuh dengan DAHON-V: Mentakrifkan Semula Masa Depan Tunggangan Basikal

Tahun ini, DAHON memperkenalkan siri lengkap basikal revolusioner yang dilengkapi dengan DAHON-V, bermula daripada basikal lipat, basikal jalan raya dan e-basikal, bagi memenuhi keperluan penunggang yang pelbagai.

Basikal jalan raya lipat gentian karbon Télodon C8 AXS khususnya menerima Anugerah Emas yang berprestij di Anugerah Inovasi CHINA CYCLE 2025, antara 15 penerima Anugerah Emas dan 55 penerima Anugerah Kecemerlangan.


Staff explains patented innovations on Télodon C8 AXS to media

Dr. David T. Hon, Pengerusi DAHON Group, menyatakan, "Bermula dengan melipat hingga menunggang, DAHON sentiasa menjadikan keperluan pengguna sebagai suatu keutamaan. Dengan inovasi DAHON-V kami, kami menerobos batasan fungsi sebuah basikal. Pameran ini bukan sekadar pameran produk dan teknologi kami, tetapi gambaran sekilas tentang visi DAHON untuk masa depan mobiliti bandar—di mana tunggangan basikal menjadi gaya hidup yang lebih bijak, lebih hijau dan lebih bermakna."

Walaupun acara ini sudahpun berakhir, komitmen DAHON terhadap inovasi diteruskan. Pada tahun 2025, DAHON akan terus memacu industri ini ke hadapan menerusi teknologi DAHON-V, berkembang di peringkat global dan memajukan industri basikal ke arah inovasi pintar, ringan dan berasaskan senario.

 

Source: DAHON
Keywords: Computer/Electronics Railroads and Intermodal Transportation Sports Transportation New products/services Trade show news Outdoors/Camping/Hiking