亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Festival Bunga Tiga Bulan Ulung Korea Selatan Kembali di Namgu Ulsan: Festival Bunga Tiga Bulan Jangsaengpo 2025

Nam-gu Office, Ulsan Metropolitan City
2025-05-22 14:00 69

ULSAN, Korea Selatan, 22 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Namgu Ulsan, dikenali sebagai sebuah daerah eko-budaya dan juga lambang warisan ikan paus di Korea akan menganjurkan Festival Bunga Tiga BulanJangsaengpo mulai 7 hingga 29 Jun di Perkampungan Budaya Ikan Paus Jangsaengpo di bawah tema "Jangsaengpo, Drenched in Hydrangeas" ("Jangsaengpo, Tenggelam dengan Bunga Tiga Bulan").

Diadakan di ruang budaya berlandskap yang berkeluasan 102,705 meter persegi, festival ini berpusat di sekitar Taman Bunga Tiga Bulan Osaek, sebuah taman lereng bukit yang mekar dengan lebih 30,000 kuntum bunga tiga bulan dalam 40 varieti yang berbeza. Gelombang warna dan tekstur yang meriah melata menuruni bukit ini seperti sebuah lukisan hidup, menggamit perhatian ribuan pengunjung untuk mengambil gambar, bersantai dan merasai kegembiraan sensori.

Di samping itu, tempat ini akan membawakan lantera tunai hajat dan lampu gantung bagi mewujudkan suasana romantis pada waktu siang dan juga malam. Pengunjung akan dapat menikmati zon foto, acara merasa untuk wain bertemakan bunga tiga bulan utama festival ini dan pasar lambak, lantas menyediakan hiburan yang begitu banyak sepanjang festival ini.

Festival pada tahun ini turut menawarkan faedah istimewa tambahan: 300,000 pemegang tiket pertama akan menerima baucar tempatan yang boleh digunakan seperti wang tunai di perniagaan rakan kongsi di kawasan Jangsaengpo dan di reruai vendor di dalam kawasan festival ini hingga 13 Julai.

Upacara Pembukaan berlangsung pada 7 Jun, bertepatan dengan malam pertama kemasukan pada waktu malam. Pada 8 Jun, dua sesi muzikal membawakan persembahan jaz, klasik dan kumpulan secara langsung. Setiap hari Sabtu, konsert jalanan dan pertunjukan silap mata akan berlangsung di Whale Culture Square, mencapai kemuncaknya dengan pertunjukan bunga api yang menakjubkan di bawah langit malam.

Pengunjung juga boleh menikmati pertunjukan latar depan media waktu malam di tangki simpanan minyak berhampiran Gudang Budaya Jangsaengpo, pemasangan yang dihasilkan dengan kerjasama peneraju tenaga global SK Innovation yang menghidupkan warisan seni, sejarah dan tenaga dalam format multimedia yang unik.

Bagi meningkatkan ketercapaian, bas ulang-alik hujung minggu percuma akan beroperasi antara Stesen Taehwagang dan Jangsaengpo, menjadikannya lebih mudah untuk pengunjung tiba dengan pengangkutan awam.

"Saya berharap keluarga, pasangan dan rakan-rakan akan dapat mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan di antara bunga-bunga tiga bulan yang ditanam dengan indah dan zon foto membangkitkan emosi," kata Seo Dong-wook, Datuk Bandar Nam-gu Ulsan. "Kami sedang berusaha untuk memastikan ia terus berkembang menjadi salah satu festival bunga musim panas yang terkemuka di Korea."

Jangsaengpo, tapak festival ini, merupakan satu-satunya Daerah Budaya Ikan Paus tentuan di Korea. Dahulunya merupakan sebuah pelabuhan penangkapan ikan paus yang sibuk, ia kini memelihara warisan maritimnya melalui tempat tarikan seperti Muzium Ikan Paus, Gudang Budaya Jangsaengpo, Pelayaran Memerhati Ikan Paus dan Monorel Jangsaengpo, lantas menjadikannya destinasi yang wajib dikunjungi.

Source: Nam-gu Office, Ulsan Metropolitan City
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Travel New products/services