![]() |
SHENZHEN, China, 27 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Hollyland melancarkan LARK MAX 2, sistem mikrofon tanpa wayar rantaian penuh 32-bit rintis yang direkayasa untuk menetapkan standard baharu bagi tangkapan bunyi profesional. Mengintegrasikan lima inovasi revolusioner pertama kali dilancarkan, termasuk pemantauan tanpa wayar kependaman rendah, rakaman apung 32-bit perintis, pembatalan hingar dipacu AI, reka bentuk klip-Hover dan salutan Nano eksimer, LARK MAX 2 bertujuan untuk memenuhi keperluan yang semakin berkembang bagi penghasilan kandungan profesional dalam persekitaran yang dinamik.
Inovasi Utama dalam Industri bagi Teknologi Audio
Bahagian paling penting bagi ciri-ciri termaju LARK MAX 2 ialah keupayaan pemantauan audio tanpa wayar berkependaman rendah, menggunakan teknologi antigangguan loncat frekuensi 2.4GHz. Ini dapat memastikan audio yang stabil dan amat jelas dengan dinamik beraneka, lalu mencapai kependaman ultra-rendah dalam masa hanya 20ms (TX hingga RX).
Selain itu, LARK MAX 2 mempunyai kualiti audio tak hilang gred siaran dengan rakaman apung 32bit terbina dalam dan pemprosesan pautan penuh, menawarkan tempoh rakaman yang mengagumkan sehingga 14 jam. Integrasi teknologi pengurangan hingar AI menghapuskan secara berkesan bunyi yang tidak diingini seperti bunyi angin, lalu lintas dan reverb bilik dengan tahap gangguan kurang daripada 1%. Proses ini melibatkan pengumpulan pelbagai sumber hingar, yang kemudiannya dianalisis oleh algoritma AI bagi tujuan pengenalpastian. Kedalaman pengurangan hingar boleh dilaraskan dengan baik, membolehkan peningkatan paras sehingga 25dB tanpa memerlukan pascapemprosesan.
Untuk integrasi yang lancar ke dalam aliran kerja produksi, LARK MAX 2 membawakan sistem kod waktu peringkat bingkai terbina dalam yang menyegerakkan rakaman video dan audio melalui output 3.5mm dan juga UAC. Ini dapat memastikan penjajaran yang sempurna antara rakaman kamera dan audio dalaman, seterusnya menjimatkan masa yang berharga semasa pascapenerbitan. Di samping itu, 4 Pemancar & 1 Penerima yang inovatif membolehkan penggunaan serentak oleh berbilang pengguna, lalu memenuhi keperluan pelbagai senario seperti wawancara kumpulan atau siaran langsung. Dengan hayat bateri mengagumkan sehingga 36 jam dan jarak operasi 1115 kaki, LARK MAX 2 memastikan tangkapan audio berkualiti tanpa gangguan.
Reka Bentuk Ringan untuk Kebolehgunaan dan Keselesaan Dipertingkat
Melainkan untuk kemajuan teknologinya, LARK MAX 2 juga direka dengan mengutamakan keselesaan dan kemudahan pengguna. Diperbuat daripada bahan mesra kulit bersalut nano eksimer, ia meminimumkan ketidakselesaan semasa penggunaan yang lama, amat sesuai untuk penggambaran panjang. Mekanisme klip-hover membolehkan lekapan pada pakaian yang mudah sambil mengekalkan profil dan kestabilan yang tidak menonjol. Reka bentuk klip belakang menyembunyikan peranti untuk penampilan profesional semasa rakaman. Selain itu, pelarasan dinamik penguat satu butang memudahkan persediaan audio, lalu menyesuaikan penguat output secara automatik berdasarkan kelantangan untuk pengalaman rakaman yang lebih lancar.
"LARK MAX 2 menangani cabaran yang dihadapi oleh pencipta profesional yang bekerja dalam persekitaran yang kompleks dari segi akustik, di mana batasan peralatan dan degradasi isyarat sering menjejaskan output akhir," kata En. Cao, Pengarah Pembangunan Produk di Hollyland. "Dengan mengintegrasikan tangkapan tak hilang rantaian penuh, penapisan hingar pintar dan pemantauan lanjutan terhadap reka bentuk kompak dan boleh skala, produk ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting dalam teknologi audio kreatif. Ia bukan sekadar alat sahaja, tetapi pengupaya bagi kebebasan kreatif."
Ketersediaan dan Harga
LARK MAX 2 boleh didapati mulai 27 Mei 2025, melalui pengedar dibenarkan dan kedai Amazon Hollyland.
Untuk maklumat produk terperinci, sila kunjungi
LATAR BELAKANG HOLLYLAND TECHNOLOGY
Shenzhen Hollyland Technology Co., Ltd. ('Hollyland' atau 'Hollyland Technology') memperkasakan pelanggan global dengan penyelesaian profesional yang direka dengan jelas untuk data tanpa wayar, audio dan transmisi video serta penyelesaian interkom tanpa wayar sejak tahun 2013. Produk-produk utama termasuk Solidcom C1, Mars 400s Pro, Mars 4K, Mars M1, Cosmo C1 dan Lark M1. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi , , dan .