KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Mei 2025 /PRNewswire/ -- The Health Industry Series - ASEAN (tHIS ASEAN 2025), sebuah acara rintis yang bermatlamat untuk mengintegrasikan sumber-sumber penjagaan kesihatan di seluruh Asia Tenggara, dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 9-11 Jun. Berkongsi kedudukan dengan Persidangan & Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa APHM 2025, dihoskan oleh Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), acara ini secara beriringan akan menghimpunkan lebih 5,000 ahli profesional daripada sektor perubatan dan penjagaan kesihatan di rantau ini.
Menjangkau keluasan lebih 5,000 meter persegi, tHIS ASEAN 2025 akan membawakan lebih daripada 200 perusahaan Cina yang mempamerkan inovasi, produk dan teknologi penjagaan kesihatan mereka yang terkini. Acara ini dijangka akan menarik minat pegawai kerajaan, ketua perolehan hospital, pengedar dan ejen dari seluruh ASEAN.
Peranan Strategik Malaysia dalam Penjagaan Kesihatan ASEAN
Sebagai salah satu ekonomi yang paling dinamik di ASEAN, Malaysia meningkatkan pelaburan dengan pantas dalam infrastruktur dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Pembaharuan dan komitmen berterusan oleh pihak kerajaan terhadap inovasi perubatan mewujudkannya sebagai hab strategik untuk kolaborasi kesihatan global. Pelancaran tHIS ASEAN menggambarkan kerjasama yang semakin erat antara China dan negara-negara ASEAN, lantas memupuk integrasi serantau dalam aspek teknologi, produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Pelbagai Zon Pameran dan Perkongsian Strategik
Diadakan melalui perkongsian strategik bersama APHM dan rangkaiannya yang terdiri daripada lebih 200 peserta pameran, acara ini akan mendapat manfaat daripada khalayak bersama dan capaian industri yang dipertingkat. tHIS ASEAN akan mengetengahkan lima sektor teras: peranti perubatan, rehabilitasi dan penjagaan warga emas, farmaseutikal, pembinaan hospital serta pembuatan dan reka bentuk komponen perubatan. Zon-zon ini akan mempamerkan secara komprehensif kedalaman dan keluasan keupayaan penjagaan kesihatan China dan aplikasinya di pasaran Asia Tenggara.
Forum Kepimpinan Pemikiran dan Dialog Berwawasan
tHIS ASEAN 2025 juga akan menjadi tuan rumah untuk satu siri forum peringkat tinggi yang meliputi pelbagai topik, termasuk:
Para penceramah yang disahkan termasuk:
Bagi memenuhi pelbagai keperluan hadirin yang mencari peluang perniagaan bersasar, acara ini bakal membawakan berbagai-bagai perkhidmatan tersuai yang direka untuk meningkatkan kecekapan dan memupuk hubungan bermakna. Ini termasuk sesi pemadanan perniagaan secara bersemuka yang diperibadikan, lawatan tapak yang eksklusif ke hospital swasta terkemuka dan aktiviti rangkaian terkurasi — kesemuanya direka bagi meningkatkan kecekapan, mencetuskan kolaborasi dan memupuk pertukaran industri yang bermakna. tHIS ASEAN bermatlamat untuk menjadi platform industri penjagaan kesihatan ulung di Asia Tenggara yang memajukan inovasi penjagaan kesihatan, penaiktarafan perkhidmatan dan kerjasama perniagaan rentas sempadan. Ia menyaksikan satu langkah penting ke arah menjadi landskap penjagaan kesihatan serantau yang lebih bersepadu dan inovatif.