SHANGHAI, 3 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Ekspo Pendigitalan Pembuatan (Shanghai), anjuran Digit Events Ltd. akan mengadakan majlis pembukaan besar-besarannya mulai 17 hingga 19 Jun 2025 bertempat di Shanghai New International Expo Centre. World of Digitalization (WOD), sebuah platform yang dikhususkan untuk memanfaatkan teknologi digital bagi memperkasakan ekonomi sebenar, merupakan jenama unggulan di bawah Digit Events.
Join the Manufacturing Digitalization Expo 2025 in Shanghai, June 17-19!
Sebagai pameran profesional pertama di dunia yang memfokuskan pada senario penuh pendigitalan pembuatan, acara pada tahun ini akan menghimpunkan lebih 200 perusahaan yang terkemuka dari 10 negara dan wilayah. Ekspo ini dijangka akan menarik minat lebih daripada 20,000 pengunjung profesional.
Perusahaan terkemuka global berhimpun bagi memenuhi keperluan industri pembuatan
Ekspo ini menarik penyertaan daripada syarikat-syarikat pembuatan pintar seperti Siemens, Rockwell Automation, HollySys, INSPUR, Shanghai Electric, FANUC, FESTO, HEXAGON, Dassault Systems, ZWSOFT dan sebagainya. Hal ini menghasilkan matriks penyelesaian digital yang komprehensif meliputi sektor-sektor utama termasuk automotif, elektronik, petrokimia, jentera, farmaseutikal, aeroangkasa dan sebagainya. Menjelang 15 Mei, lebih 1,300 permohonan perolehan telahpun diterima yang berpotensi untuk memudahkan kerjasama industri melebihi nilai AS$ 2 bilion.
Peserta pameran Siemens berkata bahawa ia berharap dapat menggunakan platform WOD bagi mendayakan Siemens Xcelerator untuk merangkum penyelesaian transformasi digital dan rendah karbon dalam pelbagai industri dan senario demi menjangkau lebih banyak perusahaan, seterusnya membantu mereka maju daripada peringkat penerokaan kepada kemajuan pelaksanaan dan menggiatkan pencapaian penaiktarafan pintar.
100 Pemimpin Pendapat Utama menyahkod laluan pembuatan pintar masa depan
Persidangan Pendigitalan Pembuatan Dunia akan diadakan secara serentak, dengan 18 topik terkini disediakan. Barisan panel yang terdiri daripada 100 pakar yang diketuai oleh anggota-anggota German National Academy of Engineering akan mengeluarkan 37 kes transformasi perusahaan penanda aras berkisarkan topik-topik hangat seperti ESG yang akan memberikan rujukan praktikal yang penting untuk transformasi digital industri pembuatan.
Menyediakan zon inkubasi inovasi bagi memupuk kuasa digital baharu
"Zon inkubasi inovasi" menghimpunkan lebih daripada 30 perusahaan teknologi baharu dalam bidang kecerdasan buatan dan data raya industri, membina platform inovasi kolaboratif dan komited untuk menginkubasi "jaguh tersembunyi" daripada generasi teknologi pembuatan digital yang akan datang.
Mewujudkan mDX award bagi menetapkan penanda aras untuk transformasi industri
Setakat 15 Mei, pengunjung yang membuat prapendaftaran sudahpun melebihi 15,000 orang. Pihak penganjur mengundang pengilang-pengilang global dengan tulus ikhlas untuk berkumpul di Shanghai dan mengambil bahagian dalam acara pendigitalan pembuatan global yang premium ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo Pendigitalan Pembuatan 2025, sila kunjungi:
Cik You GU
Tel: +86-21-5298 8605
Emel: Vera.