亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

AI dikaitkan dengan peningkatan empat kali ganda dalam pertumbuhan produktiviti dan 56% premium upah, manakala pekerjaan berkembang walaupun dalam peranan paling mudah yang telah diautomasikan: Barometer Pekerjaan AI Global 2025 PwC

PwC
2025-06-03 16:09 46
  • Para pekerja menyaksikan kenaikan upah: Pekerja mahir AI menyaksikan purata 56% premium upah pada tahun 2024, dua kali ganda berbanding 25% pada tahun sebelumnya
  • Jangkaan yang menghairankan, data menunjukkan ketersediaan pekerjaan meningkat sebanyak 38% dalam peranan yang lebih terdedah kepada AI, walaupun di bawah kadar pertumbuhan dalam pekerjaan yang kurang terdedah
  • Industri yang paling terdedah kepada AI menyaksikan pertumbuhan hasil 3x lebih tinggi bagi setiap pekerja (27%) berbanding industri yang paling kurang terdedah (9%)
  • Kemahiran yang dicari oleh majikan berubah sebanyak 66% lebih cepat dalam pekerjaan yang paling terdedah kepada AI

LONDON, 3 Jun 2025 /PRNewswire / -- AI menjadikan pekerja lebih bernilai, produktif dan berupaya meraih premium upah lebih tinggi, dengan bilangan pekerjaan meningkat walaupun dalam peranan yang dianggap paling boleh diautomasikan, menurut Barometer Pekerjaan AI Global 2025 PwC, yang dikeluarkan pada hari ini. Laporan itu berdasarkan analisis hampir satu bilion iklan pekerjaan dari enam benua.

Laporan itu mendapati bahawa sejak percambahan GenAI pada tahun 2022, pertumbuhan produktiviti telah meningkat hampir empat kali ganda dalam industri yang paling terdedah kepada AI (misalnya perkhidmatan kewangan, penerbitan perisian), meningkat daripada 7% dari tahun 2018-2022 kepada 27% dari tahun 2018-2024. Sebaliknya, kadar pertumbuhan produktiviti dalam industri yang paling kurang terdedah kepada AI (misalnya perlombongan, hospitaliti) menurun daripada 10% kepada 9% dalam tempoh yang sama.

Data tahun 2024 menunjukkan bahawa industri yang paling terdedah kepada AI kini menyaksikan pertumbuhan hasil sebanyak 3x lebih tinggi bagi setiap pekerja berbanding industri yang paling kurang terdedah.

Carol Stubbings, Ketua Pegawai Komersial Global, PwC, berkata:

"Penyelidikan ini menunjukkan bahawa kuasa AI untuk menunjukkan pencapaian bagi perniagaan sudah direalisasikan. Dan kita baharu sahaja berada pada permulaan peralihan. Semasa kami melancarkan AI Agentik pada skala perusahaan, kami menyaksikan bahawa gabungan teknologi dan budaya yang betul mampu mewujudkan peluang baharu yang dramatik untuk membayangkan semula cara organisasi berfungsi dan mencipta nilai."

Bilangan pekerjaan semakin meningkat dalam hampir setiap jenis pekerjaan yang terdedah kepada AI, walaupun dalam pekerjaan yang sangat boleh diautomasikan

Bertentangan dengan beberapa jangkaan, data daripada laporan tersebut tidak menunjukkan kemusnahan pekerjaan atau upah daripada AI.

Walaupun pekerjaan dengan pendedahan yang lebih rendah kepada AI menyaksikan pertumbuhan pekerjaan yang kukuh (65%) dalam beberapa tahun kebelakangan ini (2019-2024), pertumbuhan kekal teguh walaupun dalam pekerjaan yang lebih terdedah (38%). Dalam pekerjaan yang lebih terdedah, ini boleh dibahagikan lagi kepada 'diautomasikan' (iaitu, pekerjaan mengandungi beberapa tugasan yang boleh dijalankan oleh AI) dan 'ditambah' (iaitu, apabila AI membantu manusia melakukan pekerjaan mereka dengan lebih baik). Merentasi kedua-dua klasifikasi antara tahun 2019-24, bilangan pekerjaan semakin meningkat dalam setiap industri yang dianalisis, walaupun pekerjaan yang ditambah secara umumnya berkembang lebih cepat.

Upah meningkat dua kali lebih cepat dalam industri yang terdedah kepada AI

Upah meningkat dua kali lebih cepat dalam industri yang lebih terdedah kepada AI berbanding industri yang kurang terdedah, dengan upah meningkat dalam kedua-dua pekerjaan yang boleh diautomasikan dan boleh ditambah.

Pekerjaan yang memerlukan kemahiran AI juga menawarkan premium upah (berbanding peranan serupa yang tidak memerlukan kemahiran AI) dalam setiap industri yang dianalisis, dengan purata premium mencecah 56%, meningkat daripada 25% pada tahun lepas. Pekerjaan yang memerlukan kemahiran AI seperti itu juga terus berkembang dengan lebih cepat daripada semua pekerjaan – meningkat sebanyak 7.5% berbanding tahun lepas, walaupun jumlah penyiaran pekerjaan jatuh sebanyak 11.3%.

Joe Atkinson, Ketua Pegawai AI Global, PwC, berkata:

"Berbeza dengan kebimbangan bahawa AI boleh mengakibatkan pengurangan mendadak dalam bilangan pekerjaan yang tersedia dapatan tahun ini menunjukkan pekerjaan berkembang dalam hampir setiap jenis pekerjaan yang terdedah kepada AI, termasuk pekerjaan yang sangat boleh diautomasikan. AI menguatkan dan mendemokrasikan kepakaran, membolehkan para pekerja melipatgandakan impak mereka dan memberikan tumpuan kepada tanggungjawab peringkat yang lebih tinggi. Bersama asas yang betul, syarikat dan pekerja boleh mentakrifkan semula peranan dan industri masing-masing dan muncul sebagai peneraju dalam bidang tersebut, terutamanya apabila keseluruhan rangkaian menjadi lebih jelas."

Kemahiran mempercepat perubahan secara mendadak – AI mencipta perubahan mendalam dalam kemahiran yang diperlukan oleh para pekerja untuk berjaya

Walaupun gambaran mengenai produktiviti, upah dan pekerjaan secara umumnya positif, penyelidikan tersebut menyerlahkan keperluan para pekerja dan perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan kadar perubahan yang lebih cepat. Kemahiran yang dicari oleh majikan berubah sebanyak 66% lebih cepat dalam pekerjaan yang paling terdedah kepada AI, meningkat daripada 25% pada tahun lepas.

Perkara yang diperlukan untuk berjaya dalam pekerjaan yang terdedah kepada AI berubah dalam cara lain. Permintaan majikan untuk ijazah formal semakin menurun untuk semua pekerjaan, tetapi terutamanya dengan pantas bagi pekerjaan yang terdedah kepada AI. Peratusan pekerjaan bertambah disebabkan oleh AI yang memerlukan ijazah jatuh 7 mata peratusan antara tahun 2019 dan tahun 2024 daripada 66% kepada 59%, dan 9 mata peratusan (53% kepada 44%) untuk pekerjaan yang diautomasikan AI.

Dapatan menunjukkan bahawa impak AI terhadap wanita dan lelaki mungkin tidak sama rata – di setiap negara yang dianalisis, lebih ramai wanita berbanding lelaki berada dalam peranan yang terdedah kepada AI, menunjukkan tekanan kemahiran yang dihadapi oleh wanita akan menjadi lebih tinggi.

Pete Brown, Ketua Tenaga Kerja Global, PwC, berkata:

"Kemajuan pesat AI bukan sahaja membentuk semula industri, tetapi pada asasnya mengubah tenaga kerja dan kemahiran yang diperlukan. Ini bukanlah situasi yang majikan boleh mengelak daripada perkara sukar dengan mudah. Walaupun majikan boleh membayar premium yang diperlukan untuk menarik minat bakat dengan kemahiran AI, namun begitu, kemahiran tersebut boleh menjadi lapuk dengan pantas tanpa pelaburan dalam sistem bagi membantu tenaga kerja belajar."

Kemestian bagi perniagaan AI

Jika perniagaan ingin mempercepat pertumbuhan masing-masing dan memanfaatkan peluang yang disediakan oleh AI, perniagaan berkenaan mesti meletakkan AI di bahagian hadapan dan tengah, sekarang. Laporan itu mengesyorkan lima tindakan utama untuk perniagaan:

  1. Gunakan AI untuk transformasi seluruh perusahaan.
  2. Anggap AI sebagai strategi pertumbuhan, bukan sekadar strategi kecekapan.
  3. Utamakan AI Agentik.
  4. Membolehkan tenaga kerja anda memperoleh kemahiran untuk memanfaatkan sepenuhnya kuasa AI.
  5. Buka potensi transformatif AI dengan membina kepercayaan. 

Maklumat Tentang Barometer Pekerjaan AI Global PwC 2025

Barometer Pekerjaan AI menganalisis hampir satu bilion iklan pekerjaan dan ribuan laporan kewangan syarikat merentasi enam benua bertujuan mendedahkan impak AI terhadap pekerjaan, upah, kemahiran dan produktiviti. Barometer tersebut merangkumi beberapa data terkini yang tersedia mengenai impak AI termasuk iklan pekerjaan terkini yang tersedia dan laporan syarikat hingga akhir tahun 2024. Kami mentakrifkan pekerjaan sebagai 'terdedah kepada AI' jika mengandungi banyak tugasan yang AI boleh digunakan menurut indeks Pendedahan Pekerjaan AI terbaik. Takrifan: Pekerjaan 'yang lebih terdedah' ialah 50% pekerjaan dengan pendedahan AI yang lebih besar; Pekerjaan 'yang kurang terdedah' ialah 50% pekerjaan dengan pendedahan AI yang lebih rendah; Pekerjaan 'yang paling terdedah' ialah 25% pekerjaan dengan pendedahan AI yang paling besar. Kami menggunakan metodologi IMF untuk menganalisis pekerjaan yang terdedah kepada AI dan sangat boleh diautomasikan secara berasingan (yang bermaksud pekerjaan itu mengandungi banyak tugasan yang boleh dilakukan oleh AI) berbanding pekerjaan yang sangat boleh ditambah (yang bermaksud pekerjaan itu mengandungi banyak tugasan yang AI menyokong kepakaran dan pertimbangan manusia). Anda boleh membaca laporan penuh dan mengetahui lebih lanjut mengenai perkara penting untuk perniagaan di  

Maklumat Tentang PwC 

Di PwC, kami membantu pelanggan membina kepercayaan dan mencipta semula supaya dapat mengubah kerumitan menjadi kelebihan daya saing. Kami ialah rangkaian teknologi maju, diperkasa warga kerja dengan lebih daripada 370,000 individu di 149 negara. Di seluruh audit dan jaminan, cukai dan undang-undang, tawaran dan perundingan, kami bantu membina, mempercepat dan mengekalkan momentum. Ketahui lebih lanjut di

 

Source: PwC
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Artificial Intelligence