SHANGHAI, 3 Jun 2025 /PRNewswire/ -- RX Hengjin (Shanghai) Co., Ltd. mengumumkan bahawa pameran profesional yang terkemuka dalam industri kejuruteraan automotif - Pameran Teknologi & Bahan Pembuatan Automotif Antarabangsa Shanghai (AMTS 2025) diadakan mulai 9 hingga 11 Julai 2025 bertempat di Shanghai New International Expo Center. Ia merupakan sebuah platform yang ideal untuk syarikat-syarikat antarabangsa menembusi pasaran pembuatan automotif China bagi memperkenalkan teknologi yang terkini dan bertemu dengan penggiat industri yang utama daripada OEM auto, pengintegrasi sistem, pembekal tahap 1&2, kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan kenderaan dan komponen.
Pendaftaran kini dibuka ()
AMTS mempamerkan pelbagai pilihan produk dan penyelesaian dalam pembuatan automotif termasuk tekan tera badan kereta, kimpalan dan penyambungan, pengecatan, pemasangan automotif, kejuruteraan pemesinan bahagian kereta, pemasangan dan pengujian, bahan dan reka bentuk automotif, pembangunan automotif dan pengeluaran percubaan, logistik barisan pengeluaran pintar, kawalan kualiti dan ujian serta bidang-bidang lain. Agar seiring dengan trend kenderaan tenaga baharu, pameran ini akan memfokuskan pada reka bentuk yang inovatif dan proses pembuatan bahagian kereta untuk kenderaan tenaga baharu, seperti pembuatan bateri EV, pengeluaran kawalan motor dan elektronik, aplikasi bahan ringan dan teknologi pemanduan pintar.
Pada tahun 2025, acara ini akan menyambut ulang tahunnya yang ke-20 dengan menghimpunkan lebih 800 peserta pameran dan lebih 70,000 ahli profesional industri dari seluruh dunia.
Mengapa Kunjungi AMTS 2025?
Acara ini menawarkan peluang rangkaian yang tiada tandingan bersama pengintegrasi sistem yang terkemuka dan pembekal Tahap 1 dan 2, lantas membolehkan hadirin membina hubungan perniagaan yang penting. Pengunjung boleh meneroka kemajuan dalam pembuatan kenderaan elektrik dan memperoleh pandangan mengenai teknologi termaju yang memacu masa depan dunia automotif. AMTS 2025 turut memberikan peluang unik untuk perusahaan automotif global meneroka Tenaga Baharu dan Pembuatan Kenderaan Pintar China melalui Jelajah Penerokaan Perniagaan. Acara-acara yang berjalan serentak ini meliputi setiap aspek dalam pembuatan automotif dan menyelami secara mendalam trend industri, lalu menjadikan AMTS 2025 sebagai lawatan wajib bagi sesiapa yang berminat dengan masa depan kejuruteraan automotif.
AMTS 2025 membawakan pelbagai pilihan program dan acara yang memfokuskan pada masa depan mobiliti pintar. Para hadirin boleh mengambil bahagian dalam pertukaran New Energy Vehicle Engineering 2025 yang memfokuskan pada peluang pembangunan di pasaran luar negara bersama lebih 1,000 ahli profesional industri. Program The Future Car Engineering 2025 memberi peluang untuk mengadakan pertukaran melalui reka bentuk, R&D dan teknologi automotif pintar. Acara ini turut melibatkan 20bengkel dan forum di lapangan yang meliputi teknologi pemasangan, komponen kereta tenaga baharu, teknologi pembentukan dan teknologi ujian serta pengesahan. Di samping itu, Business Tour pula menawarkan lawatan ke syarikat-syarikat terkemuka seperti BYD dan SAIC, serta pembekal Tahap 1 dan 2 yang terkenal dan juga kilang alat ganti. Menerusi acara luar negara dan sambutan ulang tahun ke-20 AMTSserta majlis penyampaianA+ Awards, AMTS 2025 ialah pameran yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan kemajuan terkini dan trend masa depan dalam bidang kejuruteraan automotif.