BURGAS, Bulgaria, 4 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Sigenergy menghimpunkan hampir 300 ahli profesional tenaga global di Burgas bagi meneroka masa depan storan tenaga komersial dan industri (C&I). Sorotan utama acara ini lawatan ke tapak projek 20 MWj yang utama di Malko Tarnovo yang dikuasakan oleh sistem storan tenaga bateri C&I modular (BESS) daripada Sigenergy. Projek ini menonjolkan kebolehskalaan dan impak dunia sebenar daripada teknologi storan generasi akan datang.
Melalui perkongsian bersama Trakia MT Ltd., sebuah syarikat solar Bulgaria yang terkemuka, sistem ini dipasang di ladang solar dan membawakan 90 penyongsang hibrid C&I Sigenergy yang digabungkan dengan penyelesaian storan modular SigenStack.
Tony Xu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sigenergy, mengulas: "Misi Sigenergy adalah untuk mempercepat peralihan global kepada tenaga bersih menerusi penyelesaian storan yang inovatif dan boleh skala. Projek ini menggambarkan sejauh mana sistem bateri termaju dapat mendorong pertumbuhan perniagaan dan juga penyahkarbonan dalam industri-industri."
Kemodularan Mentransformasikan Storan Tenaga C&I
SigenStack memperkenalkan pendekatan yang benar-benar modular untuk storan tenaga C&I—dengan menggantikan sistem bekas yang amat besar dengan pek bateri 12 kWj boleh tindan. Dengan menggunakan penyambung pasang-dan-pakai dan pemasangan tanpa-alat, sistem ini dapat menghapuskan pendawaian yang rumit, keperluan terhadap kren dan juga jentera berat.
Dengan adanya reka bentuk ini, seluruh sistem 20 MWj dipasang dalam tempoh 10 hari sahaja dan digunakan sepenuhnya dalam masa 2 hari. Galina Peycheva-Miteva, Pemilik Trakia MT Ltd., menyatakan: "Pemasangan sistem ini berjalan dengan sangat lancar—lebih mirip seperti memasang blok binaan daripada mengatur kedudukan infrastruktur industri. Reka bentuk modular ini merupakan suatu pengubah keadaan untuk sektor storan tenaga C&I."
Keselamatan Direkayasa di Peringkat Pek
Penyelesaian BESS C&I daripada Sigenergy menetapkan penanda aras baharu untuk keselamatan sistem. Elemen utama inovasi ini ialah sistem SigenStack, direkayasa dengan ciri keselamatan pada setiap peringkat. Setiap pek bateri 12 kWj mempunyai enam lapisan perlindungan: penderia suhu, unit pemadaman api dalaman, penebatan aerogel, injap penyahmampatan, pad penebat kalis suhu tinggi dan pengesan asap. Konfigurasi ini mengupayakan pengesanan awal larian terma pada peringkat pek dan memulakan tindak balas yang pantas dan setempat dalam beberapa saat.
Sebaliknya, sistem gaya kabinet konvensional biasanya tidak mempunyai pemetakan dan mungkin mengambil masa lebih seminit untuk bertindak balas, lalu meningkatkan risiko penyebaran api. Dengan mengasingkan insiden di peringkat modul, SigenStack dapat meningkatkan keandalan sistem dan keselamatan operasi dengan ketara.
Platform penyongsang termajunya termasuk perlindungan antialiran balik 500 ms ultra-pantas dan teknologi penyampuk litar rosak arka (AFCI) julat jauh berupaya mengesan kerosakan sejauh hingga 500 meter.
Bagi mengesahkan selanjutnya prestasi keselamatannya, Sigenergy bekerjasama dengan penyedia jaminan global Intertek bagi menerbitkan Kertas Putih Keselamatan C&I. Keputusan kajian mengesahkan pematuhan penuh dengan UL 9540A dan IEC 62619, kestabilan struktur dalam ujian melampau dan kecekapan operasi berterusan melebihi 95%.
Kebingkasan Terlaksana demi Penyelenggaraan Sifar
Dibangunkan berasaskan keselamatan yang teguh dan reka bentuk modular, BESS C&I daripada Sigenergy menyokong operasi berautonomi sepanjang 24/7. Dengan penarafan IP66 untuk rintangan habuk dan air, ia memberikan prestasi andal dalam pelbagai keadaan persekitaran. Namun begitu, sistem gaya kabinet konvensional sering kali mengandungi komponen yang lebih rentan dan menuntut pemeriksaan secara bulanan, penggantian bahagian setengah tahun dan penyelenggaraan tahunan yang komprehensif.
Pemantauan masa nyata melalui platform berasaskan awan memberikan kebolehlihatan penuh terhadap status sistem, daya pemprosesan tenaga dan penggera, lalu mengurangkan dengan ketara keperluan terhadap pemeriksaan di lapangan. Penyelenggaraan turut diperkemas: pek bateri yang rosak boleh diganti secara berasingan dalam masa dua jam, tanpa diagnostik sistem penuh atau campur tangan juruteknik di lapangan. Ini dapat mengurangkan masa henti, memudahkan logistik alat ganti dan meminimumkan kos operasi.
Kejayaan penyerahan projek ini menunjukkan kecemerlangan Sigenergy dalam aspek kelajuan pemasangan, keselamatan, keandalan operasi dan pengurusan pintar. Memandang ke hadapan, Sigenergy komited untuk meluaskan jejak globalnya, seterusnya memacu penerimagunaan penyelesaian tenaga yang lebih selamat, cekap dan mampan di seluruh dunia.