FOSHAN, China, 4 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Midea – salah satu jenama peralatan rumah pintar yang terkemuka di dunia - dengan sukacitanya mengumumkan ia menjadi penyokong global bagi Pertandingan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Perjanjian selama beberapa tahun ini bermula dengan AFC Asian Qualifiers? - Road to 26 dan diteruskan menerusi AFC Women's Asian Cup Australia 2026? yang berjanji untuk memberi inspirasi kepada seluruh generasi baharu pemain bola sepak. Sementara itu, AFC U23 Asian Cup? 2026 di Arab Saudi dijangka akan menjadi amat kompetitif memandangkan pasukan-pasukan berhasrat untuk memenangi gelaran serta kelayakan sempena Sukan Olimpik Musim Panas 2028.
Pada tahun 2027, Midea juga akan hadir sebagai penyokong global di AFC Asian Cup Saudi Arabia 2027?. Ia juga merupakan kali pertama pertandingan ini diadakan di Arab Saudi yang menjanjikan acara yang bersejarah.
"Empat tahun akan datang dijangka akan menjadi bahagian yang penting dalam sejarah bola sepak AFC dan Midea berasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada semua kenangan ini. Digabungkan dengan perkongsian pertandingan kelab kami, kami berharap dapat berkembang bersama-sama dengan AFC tatkala perniagaan peralatan rumah Midea maju dari setingkat ke setingkat di sekitar wilayah ini," kata Lewis Fu, Presiden Midea International Business.
Midea dan AFC juga dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perkongsian mereka akan diluaskan kepada Pertandingan Belia AFC, termasuk AFC U20 Asian Cup?, AFC U17 Asian Cup?, AFC U20 Women's Asian Cup? dan AFC U17 Women's Asian Cup?.
Latar Belakang AFC
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ialah badan induk bagi sukan bola sepak Asia dan salah satu daripada enam Konfederasi yang membentuk FIFA. Ditubuhkan pada tahun 1954, AFC beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia dan terdiri daripada 47 Persatuan Ahli.
AFC menganjurkan AFC Asian Cup? dan AFC Women's Asian Cup? manakala AFC Champions League Elite? dan AFC Women's Champions League? ialah pertandingan ulung bagi kelab-kelab Asia.
Latar Belakang Midea
Midea ialah jenama peralatan rumah pintar yang terkemuka di dunia dan meliputi berbagai-bagai kategori produk termasuk penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, mesin basuh pinggan mangkuk, ketuhar, penggoreng kering dan pembersih vakum robot. Midea Group yang ditubuhkan pada tahun 1968 ialah sebuah syarikat teknologi global terkemuka yang menggaji lebih 190,000 pekerja di seluruh dunia, mencapai hasil tahunan sebanyak USD57.5 bilion pada tahun 2024 dan tersenarai di kedudukan #277 dalam senarai Fortune Global 500 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai peralatan rumah Midea melalui midea.com/global dan Midea Group di midea.com.cn/en