![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 6 Jun 2025 /PRNewswire/ -- dengan bangganya mengakhiri suatu penampilan yang menonjol di Wealth Expo Argentina 2025 yang diadakan pada 23–24 Mei dan menyaksikan satu lagi pencapaian penting menerusi penyertaannya dalam acara kewangan bertaraf antarabangsa. Acara ini, yang terkenal kerana menghimpunkan suara-suara yang terkemuka dalam sektor kewangan dan pelaburan menjadi pentas yang sempurna untuk Vantage memaparkan kepimpinan, inovasi dan komitmennya terhadap rangkuman kewangan.
Vantage diberi penghormatan menerusi anugerah "Platform Perdagangan Terbaik" semasa berlangsungnya ekspo ini yang merupakan satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan syarikat ini yang berterusan dalam menyampaikan teknologi canggih, ciri-ciri mesra pengguna dan infrastruktur terjamin kepada komuniti pedagang globalnya. Anugerah ini dapat memperkukuh kedudukan Vantage sebagai broker yang dipercayai dan dipacu prestasi.
"Kami amat berbangga kerana diiktiraf sebagai Platform Perdagangan Terbaik di Wealth Expo Argentina," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Anugerah ini bukan sahaja mengesahkan komitmen kami untuk memberikan penyelesaian perdagangan yang berkuasa bahkan turut menggambarkan dedikasi kami kepada komuniti pedagang dan rakan kongsi global kami yang mempercayai kami setiap hari. Acara seperti ini memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu dan berhubung dengan komuniti kewangan yang lebih luas."
Sepanjang berlangsungnya acara ini, pasukan Vantage mengetuai barisan sesi bermaklumat yang bermatlamat untuk berkongsi pandangan serta mendorong literasi kewangan. Di pentas utama, Alejandro Zelniker, Ahli Strategi Perniagaan Rakan Sekutu dan Rakan Kongsi, membentangkan tentang "Keselamatan Wang Anda Menjadi Keutamaan" yang mengetengahkan amalan terbaik untuk melindungi aset kewangan dalam ekonomi digital yang semakin meningkat hari ini. Sementara itu, di pentas bengkel, Agustin Zanardo, Pengurus Pembangunan Perniagaan, membincangkan tentang "Kesilapan Biasa Dalam Kalangan Pedagang" yang menawarkan pandangan umum bagi membantu para peserta memahami dengan lebih baik kesulitan yang tidak diduga dalam perdagangan dan konsep pengurusan risiko.
Dalam satu perbincangan panel yang menarik, Juan Gonzalez, Penganalisis Pasaran Pertumbuhan Hubungan Pelanggan di Vantage, menyumbang kepada perbualan berkisarkan "Perdagangang untuk Semua Orang: Cabaran Rangkuman Kewangan." Beliau membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh populasi terabai dan bagaimana broker boleh menyumbang untuk meningkatkan capaian kepada perkhidmatan kewangan melalui penyelesaian dipacu pendidikan yang inklusif.
Juan Gonzalez, Client Relationship Growth Market Analyst at Vantage on “Trading for Everyone: Challenges of Financial Inclusion.”
Sebagai tambahan kepada sorotan di atas pentas, Vantage turut menganjurkan sesi penceramah di reruai yang diketuai oleh Alejandro Caravotta, seorang pakar aset digital. Sesi-sesi ini bukan sahaja berfungsi sebagai titik sentuh pendidikan, tetapi juga sebagai peluang untuk hadirin berinteraksi dengan pakar-pakar Vantage bagi mendapatkan pandangan berharga mengenai pasaran kewangan dalam suasana tidak formal.
Sebagai penaja utama Acara Koktel Wealth Expo Argentina rasmi, Vantage menghimpunkan rakan kongsi, pempengaruh dan pakar industri sempena malam kemewahan, rangkaian dan hiburan yang elegan. Ia merupakan bahagian penamat yang sesuai untuk mendorong dialog yang hebat, kehadiran jenama dan momentum yang dikongsi bersama.
Tatkala Vantage terus meluaskan kehadiran globalnya di acara-acara kewangan, jenama ini tetap memberi tumpuan untuk memperkasakan pedagang melalui inovasi, pendidikan dan keterlibatan komuniti yang bermakna. Kunjungi untuk perkembangan terkini selanjutnya.
Latar Belakang Vantage
(atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.