亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Huawei dan SchneiTec Jayakan Projek Storan Tenaga Pembentuk-Grid Diperakui-TüV SüD Pertama Dunia

Huawei
2025-06-17 13:00 42

SHANGHAI, 17 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Huawei Digital Power, melalui kolaborasi bersama SchneiTec, berjaya melaksanakan projek storan tenaga pembentuk-grid diperakui-TÜV SÜD yang pertama di Kemboja dan menyaksikan satu pencapaian penting dalam usaha peralihan negara tersebut dalam menuju masa depan tenaga yang lestari. Sebagai penyedia penyelesaian tenaga yang terkemuka di rantau ini, SchneiTec pernah membangunkan loji janakuasa solar yang terbesar di Kemboja sebelum ini.


Huawei dan SchneiTec Jayakan Projek Storan Tenaga Pembentuk-Grid Diperakui-TÜV SÜD Pertama Dunia

Projek storan tenaga 12MWj yang baru siap ini melibatkan tapak uji 2MWj yang dikhususkan untuk mengesahkan teknologi ESS Pembentuk-Grid Rentetan Pintar Huawei. Sistem ini menunjukkan keupayaan luar biasa dalam menstabilkan grid dalam senario luar grid dan juga senario lemah grid dengan memudahkan integrasi sumber tenaga boleh baharu berselangan yang lancar. Projek ini menerima pensijilan berwibawa daripada TÜV SÜD yang menyaksikan penggunaan ESS pembentuk-grid yang pertama di Kemboja dan meletakkan asas yang kukuh untuk pengembangan kapasiti pada masa akan datang dan juga pembangunan infrastruktur tenaga berskala besar.


Huawei dan SchneiTec Jayakan Projek Storan Tenaga Pembentuk-Grid Diperakui-TÜV SÜD Pertama Dunia

Projek ini diuji secara bersama oleh TÜV SÜD, SchneiTec dan Huawei Digital Power. TÜV SÜD — yang terkenal di peringkat global kerana standardnya yang ketat dalam pengujian dan pensijilan teknologi tenaga — menentusahkan keupayaan teknikal yang utama pada ESS Pembentuk-Grid Rentetan Pintar Huawei, termasuk tindak balas inersia, penerusan voltan tinggi/rendah, sokongan frekuensi dan prestasi beban lebih.

Sorotan Pengujian Utama: 

  • Inersia pembentuk-grid: Teknologi pembentuk-grid Huawei menunjukkan prestasi tindak balas inersia yang luar biasa, mencapai julat pemalar masa inersia (Tj) antara 3–20 saat — jauh melebihi keperluan standard 3–12 saat — yang mengupayakan penstabilan grid yang lebih pantas.
  • Penerusan voltan rendah/tinggi: Sistem ini mengurus naik turun voltan dengan berkesan, mengekalkan kestabilan grid semasa penurunan dan lonjakan voltan dalam tempoh jangka pendek. Ia kekal beroperasi dalam julat voltan yang luas daripada 5% hingga 130% daripada voltan grid berkadar.
  • Beban lebih dan sokongan frekuensi: ESS pembentuk-grid beroperasi dengan stabil dan andal dalam keadaan beban lebih jangka pendek sehingga 300% dan menekan ayunan frekuensi rendah secara berkesan dalam julat 0.2Hz–5Hz.
  • Permulaan gelap:  Teknologi ini mendayakan keupayaan permulaan gelap yang pantas di bawah beban, membolehkan pemulihan grid yang cekap susulan bekalan elektrik terputus sepenuhnya.

Pengesahan yang bebas terhadap teknologi ESS pembentuk-grid Huawei ini mewakili pengesahan sistem di tapak luar negara pertama yang mematuhi sepenuhnya standard antarabangsa, termasuk IEC, China National Standards, UK Grid Code dan piawaian VDE Jerman.


Huawei dan SchneiTec Jayakan Projek Storan Tenaga Pembentuk-Grid Diperakui-TÜV SÜD Pertama Dunia

Pencapaian pensijilan TÜV SÜD menunjukkan bahawa teknologi ESS pembentuk-grid daripada Huawei memenuhi penanda aras yang diiktiraf di peringkat global bagi pengurusan tenaga dan kestabilan grid. Kejayaan ini bukan sahaja menyaksikan pencapaian yang besar dalam perjalanan pembangunan teknologi Huawei Digital Power, malah turut mewakili detik penting dalam evolusi inovasi sektor tenaga.

Kejayaan kolaborasi Huawei Digital Power bersama SchneiTec menandakan satu langkah yang penting ke hadapan dalam peralihan tenaga boleh baharu Kemboja. Tatkala hala tuju tenaga boleh baharu Kemboja menunjukkan kemajuannya, Huawei Digital Power akan terus mendorong inovasi — menyediakan penyelesaian yang stabil, boleh skala dan andal bagi memenuhi permintaan negara yang semakin meningkat terhadap tenaga elektrik yang mampan dan menyokong kemajuan infrastruktur tenaganya.

 

 

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities Awards Licensing/marketing agreements New products/services