![]() |
SINGAPURA, 19 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Dalam landskap akademik global pada masa kini, kebolehan untuk menunjukkan kemahiran berbahasa Inggeris dengan kadar cekap, fleksibel dan yakin menjadi sesuatu yang lebih penting berbanding sebelum ini. Cambridge English Qualifications Digital yang dibangunkan oleh Cambridge English (sebahagian daripada University of Cambridge) menawarkan pengalaman menduduki peperiksaan secara moden menggunakan komputer yang dapat memenuhi keperluan institusi-institusi pendidikan dan para pelajar antarabangsa yang kian berkembang.
Direka untuk para pelajar bermula daripada A2 Key hingga C2 Proficiency, kelayakan digital ini menyediakan kandungan dipercayai dan standard ketat yang sama seperti peperiksaan tradisional menggunakan kertas dan dalam masa yang sama memperkenalkan pelbagai jenis peningkatan digital yang menjadikan proses penilaian lebih mudah dicapai, cekap dan mesra pengguna. Sama ada membuat persediaan untuk kemasukan ke universiti, memohon program pengajian antarabangsa ataupun memenuhi keperluan tamat pengajian, Cambridge English Qualifications Digital membantu para pelajar mempamerkan kemahiran berbahasa mereka dengan yakin dan berwibawa.
Bagi sekolah-sekolah dan universiti-universiti, format digital menawarkan fleksibiliti penjadualan yang lebih baik, keputusan yang lebih pantas dan pengalaman peperiksaan diperkemas sejajar dengan persekitaran pembelajaran digital yang sudahpun biasa untuk pelajar. Bagi para pelajar antarabangsa, ia menyediakan pensijilan yang diiktiraf di peringkat global yang menyokong mobiliti akademik dan membuka jalan kepada peluang pengajian tinggi dan kerjaya di seluruh dunia.
Suaian Sempurna untuk Pendidikan Moden
Cambridge English Qualifications Digital direka agar mudah diintergrasi dalam kalendar akademik dan infrastruktur digital sekolah-sekolah dan universiti-universiti. Dengan semakin banyak tarikh dan lokasi peperiksaan yang ada, institusi-institusi dapat menawarkan lebih banyak pilihan dan kemudahan kepada pelajar, seterusnya mengurangkan konflik penjadualan dan kos perbelanjaan pentadbiran.
Format digital turut menyokong tempoh pemprosesan keputusan yang lebih pantas, lalu membolehkan institusi-institusi membuat keputusan yang tepat pada masanya berhubung hal kemasukan, penempatan kursus dan kelayakan pengijazahan. Hal ini merupakan sesuatu yang berharga terutamanya untuk pelajar antarabangsa yang sering kali menghadapi tarikh akhir yang singkat bagi urusan permohonan visa, penyerahan biasiswa, atau pendaftaran universiti.
"Peperiksaan digital memudahkan kami untuk membuat perancangan sekitar kalendar akademik kami. Para pelajar menghargai fleksibiliti dan kami menghargai kecekapannya," kata Pengarah Program Bahasa di sebuah universiti Eropah yang ternama.
Direka untuk Generasi Celik Digital
Para pelajar pada masa kini merupakan generasi celik digital. Mereka belajar, berkomunikasi dan berkolaborasi dalam persekitaran digital—dan mereka mengharapkan penilaian mereka dapat menggambarkan realiti berkenaan. Cambridge English Qualifications Digital dibina dengan mengutamakan hal ini, menawarkan ciri antara muka mesra pengguna dan alatan intuitif yang membantu pelajar menunjukkan prestasi mereka yang terbaik.
Tonton video:
Ciri-ciri Utama:
Ciri-ciri ini bukan sekadar meningkatkan pengalaman calon bahkan turut menggambarkan kemahiran komunikasi digital yang akan diperlukan oleh pelajar dalam persekitaran akademik dan profesional.
Dipercayai oleh Pendidik, Pilihan Pelajar
Cambridge English Qualifications Digital sudahpun digunakan oleh sekolah-sekolah dan universiti-universiti di serata dunia yang mendapat maklum balas yang sangat positif baik daripada pendidik mahupun pelajar.
"Ia mempunyai kelebihan mencakupi semua untuk calon. Mereka gemar menjalani ujiannya. Pelajar-pelajar saya sentiasa kembali untuk menjalani lebih banyak peperiksaan," kata Alex, seorang guru dari Sepanyol.
"Format digital benar-benar membantu pelajar berasa lebih yakin. Mereka sudahpun biasa menaip dan menavigasi skrin—ia merupakan suatu kebiasaan untuk mereka," tambah Selin, seorang guru di Turkiye.
Bagi pendidik, peperiksaan digital menawarkan penyelesaian yang andal dan boleh diskalakan sejajar dengan teknik pengajaran moden. Bagi pelajar, ia menyediakan cara yang biasa dan memperkasakan bagi menunjukkan kemahiran bahasa mereka.
Tiada Keperluan Mengubah Cara Anda Mengajar
Salah satu aspek yang paling meyakinkan untuk sekolah-sekolah dan universiti-universiti ialah peperiksaan digital menguji pengetahuan dan kemahiran yang sama seperti versi berasaskan kertas. Ini bererti tiada keperluan untuk merombak kaedah atau bahan mengajar. Para guru boleh terus menggunakan buku kursus dan rancangan mengajar sedia ada mereka sekali gus mengintegrasikan alatan praktis digital bagi membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan format peperiksaan.
Cambridge English turut menyediakan beraneka sumber persediaan yang percuma dan premium bagi menyokong pengajaran di bilik darjah dan juga pembelajaran bebas.
Alatan Persediaan Digital Berkuasa
Bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan dengan efektif, Cambridge English menawarkan pelbagai alatan digital yang dapat memberikan pengalaman peperiksaan dan membina keyakinan:
"Test & Train benar-benar berguna kerana pelajar boleh berlatih di mana-mana sahaja. Sekiranya alatan ini terdapat pada telefon mereka, mereka juga boleh duduk di dalam bas atau metro dan membuat beberapa latihan," kata Sarah, Timbalan Pengarah Pusat Peperiksaan.
Alatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesediaan untuk menduduki peperiksaan tetapi juga menyokong matlamat perkembangan bahasa yang lebih luas.
Menyokong Pelajar Antarabangsa
Bagi para pelajar antarabangsa, Cambridge English Qualifications Digital menawarkan kaedah yang pantas, anjal dan diiktiraf di peringkat global untuk membuktikan kemahiran berbahasa Inggeris. Sama ada permohonan kemasukan ke universiti di UK, Australia, Kanada atau seumpamanya, kelayakan ini diterima oleh beribu-ribu institusi di seluruh dunia.
Format digital turut membantu mengurangkan halangan logistik. Para pelajar boleh memilih daripada pelbagai pilihan tarikh dan lokasi ujian yang lebih luas dan menerima keputusan mereka dengan lebih cepat - lantas menjadikannya lebih mudah untuk memenuhi tarikh akhir permohonan dan keperluan visa.
"Dengan adanya capaian kepada peperiksaan digital bererti saya boleh menduduki ujian di negara asal saya dan tetap memenuhi tarikh akhir universiti saya. Ia menjadikan seluruh proses ini kurang tekanan," kata Amina, seorang pelajar antarabangsa dari Maghribi.
Komitmen kepada Kualiti dan Inovasi
Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, Cambridge English komited untuk mengekalkan standard tertinggi berhubung integriti akademik, keadilan dan inovasi. Peperiksaan digital dibangunkan menggunakan penyelidikan termaju dalam penilaian bahasa dan teknologi pendidikan, seterusnya memastikan ia tetap sah, andal dan diiktiraf di peringkat global.
Pemeriksaan hibrid turut diperkenalkan untuk komponen Penulisan bagi tahap B1 dan B2, menggabungkan kepakaran manusia dengan kecekapan digital bagi memberikan keputusan yang jitu dan tepat pada masanya.
Bersedia Bawakan Peperiksaan Digital ke Institusi Anda?
Sama ada anda seorang pentadbir sekolah, pegawai kemasukan universiti atau penasihat pelajar antarabangsa, Cambridge English Qualifications Digital menawarkan kaedah yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih anjal demi menyokong kejayaan pelajar anda.
Kunjungi untuk:
************************************************************
Latar Belakang Cambridge English
Cambridge English ialah pengeluar dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia.
Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai jenis kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia melibatkan adanya keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.
Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Kami menyediakan pelbagai jenis kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa Inggeris. Diiktiraf di peringkat global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan penyelidikan merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang.
Usaha kami disokong di serata dunia oleh rangkaian yang terdiri daripada 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan saling bekerjasama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh.
Dengan sokongan yang betul, mempelajari bahasa merupakan suatu perjalanan yang mengujakan. Kami mengiringi anda dalam setiap langkah perjalanan anda.
*************************************************************
Apa yang kami percaya – Mempelajari bahasa Inggeris adalah untuk berseronok dan merasai pengalaman bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia.
Apa yang kami tawarkan – Bersama-sama guru dan rakan kongsi kami, kami berada di sini untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang dalam perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka secara menyeluruh, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.
Bagaimana kami melakukan sesuatu hal dan impak yang kami beri – Sebagai sebahagian daripada sebuah universiti yang memiliki reputasi global untuk kecemerlangan akademik, kami menghasilkan pandangan yang berasal daripada penyelidikan mendalam, kepakaran dan juga pengalaman. Ini dapat memastikan pendekatan unik kami dapat memenuhi keperluan pelajar dalam kehidupan sebenar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif serta boleh dicapai.
Peranan global bahasa Inggeris – Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membuka kunci pengalaman sepanjang hayat dan – memandangkan bahasa merupakan nadi dalam menjadi insan – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja berhubung, berkomunikasi dan menjadi semakin erat bersama-sama.
Apa yang kami janjikan – Di mana dunia anda berkembang.
- TAMAT -