JAKARTA, Indonesia, 20 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 17 Jun, Chery memulakan peringkat kedua bagi Cabaran Keselamatan Globalnya di Jakarta, Indonesia yang memfokuskan pada senario "kelembapan melampau" dalam sistem penilaian keselamatan enam dimensinya (panas, sejuk, kekeringan, kelembapan, kelajuan tinggi dan rupa bumi kasar). Ujian yang ketat ini mengesahkan rintangan kelembapan dan kakisan pada "Guardian Battery" dalam Chery Super Hybrid (CSH). En. Heri Prabowo, Ketua Sub-Direktorat Pengujian Jenis Kenderaan Bermotor, Kementerian Pengangkutan dan En. Christian Andersen, Notari, seiring bersama wakil-wakil daripada 80 outlet media terkemuka dan KOL industri, menghadiri acara ini bagi menyaksikan prestasi bateri ini selepas 53 jam dan 51 minit direndam dalam air masin secara berterusan—menunjukkan tiada kebocoran, tiada litar pintas dan tiada sebarang tanda larian terma. Bateri ini dapat mengekalkan integriti struktur dan lulus kesemua pengesahan teknikal bagi tebatan elektrik. Setelah dipasang di dalam kenderaan, ia bermula dengan jayanya pada percubaan pertama dan memberikan kuasa yang stabil sepanjang ujian jalan raya yang melengkapkan cabaran yang ketat dengan anomali sifar.
"Guardian Battery" CSH membawakan pensijilan kalis air dan kalis debu terkadar IP68, respons pemutusan kuasa 2ms yang amat pantas, julat suhu operasi yang sangat luas bermula daripada -35°C hingga 60°C serta sistem pemantauan kesihatan masa nyata 24/7—memberikan keselamatan bateri komprehensif yang disokong oleh teknologi pintar termaju. Dari segi perlindungan pasif, TIGGO8 CSH dilengkapi dengan perisai sebelah bawah badan keluli berkekuatan tinggi dengan kekuatan tegangan 780 MPa yang dapat meningkatkan seluruh prestasi keselamatan kenderaan dengan ketara.
Di acara ini, susun atur tempat duduk "5+2" TIGGO8 CSH yang luas dan ekosistem V2L menarik perhatian yang ketara daripada tetamu. Dengan tempat duduk baris ketiga dilipat rata dengan satu sentuhan butang, ruang barang 1,930L yang utama dalam kelasnya, digandingkan dengan 36 ruang simpanan dan sistem V2L 3.3 kW yang berkuasa, TIGGO8 CSH memberikan pengalaman perjalanan yang selesa dan menyeronokkan untuk seisi keluarga dalam setiap perjalanan.
Komited terhadap kecemerlangan keselamatan, Chery terus-menerus meningkatkan inovasi teknologi dengan kejuruteraan berpusatkan pengguna, menanda aras terhadap peneraju industri seperti Volvo melalui cabaran keselamatan global yang ketat. Sebagai peringkat kedua dalam cabaran keselamatan global Chery, ujian keselamatan bateri Indonesia bagi kelembapan melampau mengesahkan selanjutnya teknologi keselamatan jenama ini. Memandang ke hadapan, Chery akan menjalankan ujian pengikisan sebelah bawah badan yang ketat di pasaran Mexico bagi menilai selanjutnya prestasi keselamatan CSH—menonjolkan komitmen Chery dalam menyampaikan penyelesaian mobiliti yang lebih selamat dan lebih andal kepada pelanggan global.