亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

China Mobile dan ZTE menang Asia Mobile Award 2025 dengan rangkaian teras berawan 5G dipacu AI

ZTE Corporation
2025-06-21 00:06 49
  • China Mobile dan ZTE membangunkan projek rangkaian teras berawan 5G hijau dan jimat tenaga yang dipacu AI dan inovatif bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan prestasi rangkaian serta kecekapan operasi
  • Penyelesaian inovatif dan boleh ulang rangkaian teras berawan 5G hijau dan jimat tenaga yang dipacu AI membantu pengendali mengurangkan OPEX dan CAPEX sekali gus mencapai kesan penjimatan tenaga yang ketara

SHANGHAI, 21 Jun 2025 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi bersepadu, melalui perkongsian bersama China Mobile, memperoleh anugerah "Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk Tindakan Iklim di Asia" bagi projek inovasi rangkaian teras berawan 5G hijau dan jimat tenaga yang dipacu AI bertempat di Asia Mobile Awards (AMOs) semasa berlangsungnya MWC Shanghai 2025.

Best Mobile Innovation for Climate Action in Asia
Best Mobile Innovation for Climate Action in Asia

Pengabadian tenaga, pengurangan emisi dan transformasi hijau dalam industri komunikasi merupakan isu-isu yang utama dalam anjakan global ke arah pembangunan hijau dan mampan.

Projek rangkaian teras berawan 5G hijau dan jimat tenaga yang dipacu AI bermatlamat untuk mengurangkan penggunaan tenaga rangkaian teras 5G dengan ketara sekali gus meningkatkan prestasi rangkaian dan kecekapan operasi melalui seni bina natif-awan yang inovatif serta teknologi jimat tenaga pintar. Dengan memanfaatkan penyelesaian rangkaian teras 5G Pintar ZTE yang terkemuka dan pengalaman luas China Mobile dalam komunikasi hijau, projek ini berjaya mencapai pengoptimuman kecekapan tenaga dan pengurangan emisi karbon pada rangkaian teras 5G, menyediakan pengendali dengan penyelesaian penggunaan rangkaian teras 5G yang cekap dan mesra alam.

Projek inovasi rangkaian teras berawan 5G hijau dan jimat tenaga yang dipacu AI bukan sahaja membantu pengendali mengurangkan OPEX dan CAPEX, tetapi turut menyediakan penyelesaian boleh ulang demi pembangunan mampan rangkaian teras 5G global. Setakat ini, projek ini diatur kedudukannya di beberapa wilayah di China, bagi mencapai penjimatan tenaga yang ketara.

Melangkah ke hadapan, ZTE akan meneruskan kolaborasinya bersama China Mobile bagi mempromosikan aplikasi teknologi hijau dan jimat tenaga dalam berbagai-bagai sistem rangkaian yang lebih luas. Kedua-dua pihak akan bekerjasama dengan rakan kongsi global bagi memajukan pembangunan rangkaian 5G hijau dan pintar, dengan komitmen yang tinggi terhadap pembangunan mampan dalam industri komunikasi global.

LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif serta penyelesaian bersepadu dan portfolionya merangkumi rangkaian komunikasi, infrastruktur pengkomputeran, penyelesaian digital industri serta terminal pintar peribadi dan rumah. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada penduduk dunia, ZTE berdedikasi untuk memimpin di peringkat global dalam ketersambungan dan pengkomputeran pintar, lalu mendayakan komunikasi dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan di kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen.

IKUTI KAMI:
Facebook 

LinkedIn 
YouTube 

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press..cn

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063 Shenzhen:000063.SZ
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news Cloud Computing / Internet of Things