亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

HCLTech dan AMD menjalin perikatan strategik untuk membangunkan penyelesaian untuk menangani cabaran masa depan merentasi AI, digital dan awan

HCLTech
2025-06-25 16:18 50

NEW YORK dan NOIDA, India, 25 Jun 2025 /PRNewswire/ --  (NSE: HCLTECH.NS) (BSE: HCLTECH.BO), sebuah syarikat teknologi global terkemuka, dan (NASDAQ: AMD), peneraju dalam pengkomputeran berprestasi tinggi dan adaptif, telah mengumumkan perikatan strategik untuk mempercepatkan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui penyelesaian canggih dalam AI, digital dan awan.

Kerjasama ini menggabungkan kekuatan kedua-dua syarikat untuk mewujudkan ekosistem digital mantap yang meningkatkan transformasi digital perusahaan dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Dengan melabur bersama dalam makmal inovasi dan program latihan, HCLTech dan AMD berhasrat untuk memperkasakan perusahaan dengan alat inovatif yang membuka peluang perniagaan baharu dan meningkatkan kecekapan operasi.

Pusat pembangunan bersama yang ditubuhkan melalui perikatan ini akan berperanan sebagai platform ujian untuk teknologi canggih, menjalankan ujian bukti konsep untuk mempercepatkan masa ke pasaran untuk alat perusahaan yang inovatif. Inisiatif latihan dan peningkatan kemahiran tenaga kerja akan memastikan perusahaan dilengkapi sepenuhnya untuk menyesuaikan diri dengan landskap digital yang sentiasa berkembang.

"Melalui kerjasama yang diperluaskan ini, AMD dan HCLTech boleh melengkapkan perniagaan merentasi pelbagai industri dengan penyelesaian teknologi terkemuka yang mereka perlukan untuk mempercepatkan inovasi dan memacu pertumbuhan jangka panjang. Gabungan kepakaran HCLTech dalam transformasi digital dengan pemproses terkemuka kami dalam industri, iaitu EPYC, Instinct dan Ryzen PRO, akan membolehkan kami menawarkan kepada perusahan penyelesaian tersuai dan mampu menangani cabaran masa hadapan, bagi memaksimumkan potensi AI, pengkomputeran awan dan analitik tercanggih," kata Dr. Lisa Su, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AMD.

"Kami bekerjasama rapat dengan rakan ekosistem kami seperti AMD, peneraju dalam bidang semikonduktor, serta syarikat hiperskala, TechOEM dan ISV - untuk menawarkan inovasi dalam persekitaran awan merentasi seluruh lapisan teknologi, dari silikon hingga aplikasi. Dengan mengintegrasikan inovasi silikon terkini daripada AMD dengan pemahaman teknologi yang mendalam, kami membolehkan perusahaan mendahului arus perkembangan teknologi dengan tahap kepantasan, prestasi dan keserasian jangka panjang yang lebih tinggi. Perkongsian ini memperkasakan pelanggan kami untuk membuat pelaburan teknologi yang lebih bijak dan mempercepatkan transformasi digital dan AI mereka dengan yakin," kata C Vijayakumar, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, HCLTech.

Seiring dengan transformasi digital yang terus membentuk semula landskap perniagaan, perikatan HCLTech dan AMD bersedia untuk memainkan peranan penting dalam membantu perusahaan mengemudi dan berkembang maju dalam era baharu pertumbuhan berasaskan teknologi ini.

Maklumat Tentang HCLTech

 ialah syarikat teknologi global dengan lebih daripada 223,000 tenaga kerja di 60 negara, menyediakan keupayaan terkemuka industri yang tertumpu kepada digital, kejuruteraan, awan dan AI, dikuasakan oleh portfolio perkhidmatan dan produk teknologi yang luas. Kami bekerjasama dengan pelanggan merentasi semua sektor utama, menyediakan penyelesaian industri untuk Perkhidmatan Kewangan, Pembuatan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, Teknologi Tinggi, Semikonduktor, Telekomunikasi dan Media, Peruncitan dan CPG, serta Perkhidmatan Awam. Jumlah hasil terkumpul bagi tempoh 12 bulan yang berakhir pada bulan Mac 2025 ialah sebanyak $13.8 bilion. Untuk mengetahui cara kami boleh mempercepatkan kemajuan untuk anda, lawati .

Untuk butiran lanjut, sila hubungi:

Meredith Bucaro, Amerika
meredith-

Elka Ghudial, EMEA
elka. 

James Galvin, APAC
james.

Nitin Shukla, India
nitin-

Logo: //mma.nyhomeapp.cn/media2/2648325/HCLTech_Logo.jpg?p=medium600

Source: HCLTech
Related Stocks:
Bombay:HCLTECH Bombay:HCLTECH.BO India:HCLTECH India:HCLTECH.NS NASDAQ:AMD Nagoya:HCLTECH.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Joint ventures Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things