亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CIRED 2025 | Huawei Lancar Ciri-ciri IDS Baharu Dayakan Rangkaian Pengedaran Masa Depan Secara Digital

HUAWEI
2025-06-27 10:15 42

GENEVA, 27 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 16 hingga 19 Jun 2025, bertempat di Congrès International des Réseaux Electriques de Distribution (CIRED 2025) pada tahun ini, Huawei mempamerkan ciri-ciri yang terkini daripada Penyelesaian Pengedaran Pintar (IDS). Sebagai salah satu platform komunikasi yang paling berpengaruh dalam bidang pengagihan kuasa global, CIRED 2025 menarik minat 129 perusahaan, selain 2,654 pakar industri dan pengunjung dari 72 negara yang saling berhubung dan menghadiri bengkel teknikal. Semasa berlangsungnya acara ini, Huawei mengumumkan ciri-ciri baharu untuk IDS dan mempamerkan pencapaiannya yang terkini dalam bidang pengedaran digital global, dengan matlamat untuk mengupayakan rangkaian pengedaran masa depan secara digital.

Huawei Intelligent Electric Power Booth
Huawei Intelligent Electric Power Booth

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rangkaian pengagihan kuasa global berdepan dengan cabaran seperti bekalan elektrik yang kerap terputus, kebingkasan grid yang rendah, infrastruktur lama dan penerimagunaan tenaga boleh baharu yang terhad. Tambahan pula, skala pengecasan PV dan EV teragih sedang berkembang pesat. O&M sistem kuasa tradisional telah mengalami tekanan yang besar.

Bagi mengatasi isu-isu ini, IDS Huawei mengguna pakai seni bina "awan-paip-pinggir-paip-peranti" dan menggabungkan ICT seperti pembawa talian kuasa berkelajuan tinggi (HPLC) dan unit pengkomputeran pinggir (ECU) bagi menyampaikan penderiaan telus dan O&M proaktif. Hal ini membolehkan pelanggan memendekkan masa yang diambil untuk bertindak balas terhadap kerosakan, meningkatkan kebingkasan rangkaian pengagihan terhadap bencana alam yang melampau dan meningkatkan kepuasan pengguna. Setakat ini, IDS digunakan pada skala yang besar di China dan telah diuji oleh lebih 20 syarikat pengagihan kuasa di serata dunia. Di Asia Pasifik, IDS membantu memendekkan masa pengesanan bocoran kuasa kepada tidak lebih daripada dua minit dan mengurangkan kadar kehilangan talian sebanyak kira-kira 20%.

Semasa berlangsungnya pameran ini, Huawei melancarkan ciri IDS baharu tersuai bagi menangani isu peranti dan persekitaran yang tidak boleh diperhatikan, tidak boleh diukur dan tidak terkawal dalam bilik pengagihan kuasa. Peranti penderia AI + IoT digunakan untuk membina rangkaian penderiaan persekitaran semua cuaca untuk bilik pengagihan kuasa, seterusnya memberikan amaran masa nyata sepanjang masa. Dengan bantuan pemprosesan data AI yang cekap dan keupayaan respons masa nyata, amaran risiko persekitaran yang tepat pada masanya dan penyelenggaraan pencegahan terhadap peralatan boleh dijalankan yang dapat mentransformasikan pengendalian pasif kepada pencegahan proaktif. Ini dapat membantu pelanggan menghadapi impak cuaca melampau ke atas bekalan kuasa, meningkatkan keandalan bekalan kuasa sekali gus turut memanjangkan jangka hayat peralatan.

IDS Rump Session
IDS Rump Session

Semasa CIRED 2025, dengan sokongan daripada IET, Huawei mengadakan IDS Rump Session untuk berkongsi pengalaman praktikalnya semasa bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membantu pelanggan mempromosikan transformasi rangkaian pengedaran digital dan pintar. Sebagai penyokong jangka panjang bagi piawaian antarabangsa dalam bidang pengagihan kuasa, Huawei mengambil bahagian dalam mesyuarat ke-5 Kumpulan Kerja IEEE P 2413.2. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan penyeragaman dan pembangunan antarabangsa industri kuasa, memacu pembinaan rangkaian komunikasi pengedaran dan menyelesaikan dua isu teknikal global yang melibatkan angkut balik voltan sederhana dan ketelusan voltan rendah 400V.

Menerusi pelancaran ciri-ciri IDS yang baharu, Huawei memperdalam inovasi teknologi dan aplikasi praktikal dalam bidang ini untuk membantu pelanggan melaksanakan pengurusan telus peranti 400V voltan rendah.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Electrical Utilities Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things