亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Antaisolar Tersenarai Antara 9 Teratas dalam Bahagian Pasaran Penjejak Solar Global, Menurut S&P Global

Antaisolar
2025-07-25 00:00 35

XIAMEN, China, 25 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, S&P Global, iaitu sebuah agensi data dan perunding berwibawa yang terkemuka, mengeluarkan secara rasmi senarai kedudukan penghantaran penjejak solar global 2024. Antaisolar disenaraikan sebagai pembekal penjejak suria nombor sembilan di peringkat global dan pembekal penjejak suria nombor enam di Asia-Pasifik. Ini mengukuhkan statusnya sebagai pengilang penjejak solar peringkat pertama global, semuanya hasil daripada prestasi luar biasanya dalam pengembangan pasaran global, inovasi teknologi dan perkhidmatan pelanggan.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, Antaisolar komited untuk menyediakan pelanggan global dengan produk penjejak solar yang canggih, cekap dan pintar, sekali gus berusaha untuk mencipta penyelesaian perkhidmatan sehenti yang meliputi reka bentuk produk, pengeluaran, jualan, operasi selepas jualan dan rangkaian lain. Sebagai teras kepada penyelesaian sehenti ini, produk Antaisolar terus-menerus berkembang melalui inovasi teknologi bagi memenuhi keperluan senario aplikasi solar yang pelbagai.

Penjejak unggulan Antaisolar termasuk 1P TAI-Simple dan 2P TAI-Universal, berserta produk baharu yang dinaik taraf AT-Spark—membawakan tiub berbentuk segi lapan sudut-R besar yang dibangunkan sendiri dengan galas sfera berganda, menyokong tatasusunan berbilang rentetan, rentang-besar dan ultra-panjang bagi mengurangkan kos EPC serta O&M dan dalam masa yang sama meningkatkan kebolehsesuaian rupa bumi. Semua penjejak diintegrasikan dengan sistem kawalan pintar Antaisolar SmartTrail yang menggunakan 4 strategi perlindungan terhadap cuaca ekstrem dan algoritma penjejak pintar. Algoritma ini mengambil kira sinaran langsung, terserak dan terpantul, memanfaatkan pemodelan dan pengoptimuman 3D bagi meminimumkan kesan bayang-bayang daripada rupa bumi yang tidak sekata, seterusnya meningkatkan output kuasa. Dengan kebolehsesuaian, praktikaliti dan kestabilan yang tinggi, produk ini dapat mengurangkan masa pembinaan, menurunkan LCOE dan meningkatkan kecekapan loji, lantas menjadikannya ideal untuk projek-projek besar yang dipasang di tanah dan turut menjadi kegemaran pelanggan.

Antaisolar menubuhkan 8 pusat penghantaran dan 4 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh dunia, meluaskan liputannya secara beransur-ansur merentas pasaran wilayah yang utama dan terus-menerus meningkatkan pengaruh jenamanya. Dari segi perkhidmatan pelanggan dan penghantaran, Antaisolar sentiasa berpegang teguh kepada falsafah "berpusatkan pelanggan". Perkhidmatannya yang berkualiti tinggi dan komprehensif melayakkanya mendapat kepercayaan dan pujian pelanggan yang bukan sahaja menggalakkan hubungan kerjasama jangka panjang antara syarikat dan pelanggannya tetapi juga meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunannya yang pesat dalam pasaran global.

Memandang ke hadapan, di bawah misi dan visinya iaitu "Raise a Green World" ("Membangkitkan Dunia Hijau"), Antaisolar akan memajukan selanjutnya susun atur strategik antarabangsanya, terus-menerus meningkatkan keupayaannya dan berusaha untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam pasaran penjejak solar global. Syarikat ini akan terus menyediakan pelanggan global dengan produk berkualiti tinggi dan cekap yang menyumbang kepada pembangunan industri tenaga hijau global yang lestari.

 

Source: Antaisolar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards