SYDNEY, 28 Julai 2025 /PRNewswire/ -- menggunakan 'kuasa bola sepak' untuk memberi impak positif dalam komuniti di seluruh Asia yang disokong oleh perkongsian bersama kelab Liga Perdana Newcastle United.
Menyambut ulang tahunnya yang ke-10, VT Markets komited untuk menderma sebanyak 1,000 biji bola sepak berjenama Newcastle United kepada sekolah-sekolah di seluruh Asia Tenggara. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh kehadiran jenama ini di Asia dan dalam masa yang sama mencipta peluang untuk generasi-generasi akan datang menikmati sukan ini.
Di samping itu, VT Markets dengan bangganya menderma £20,000 kepada Newcastle United Foundation bagi meraikan kemenangan Piala Carabao oleh kelab ini dan kembalinya ke Liga Juara-Juara UEFA. Sumbangan ini turut meraikan pencapaian luar biasa kelab ini sekali gus menyokong misi rakan kongsi amal rasminya untuk memanfaatkan kuasa penyatuan bola sepak untuk menghubungkan, memotivasikan dan memberi inspirasi kepada orang ramai melalui program komuniti, pendidikan, kesihatan dan juga sukan.
Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat VT Markets diwujudkan bagi memperjuangkan pertumbuhan melalui perkongsian strategik serta pelaburan, dengan matlamat untuk memperluas jejak jenama ini di Asia dan dalam masa yang sama membantu memupuk pembangunan ekonomi di rantau ini. Dengan memacu pertumbuhan melalui kolaborasi yang memberi impak, VT Markets bukan sahaja memperkukuh kehadiran serantaunya, bahkan turut membantu membina masa depan yang lebih mantap dan lebih berdaya tahan untuk komuniti ini. Dengan rancangan yang sudahpun dijalankan untuk membawa inisiatif yang serupa ke Amerika Latin, jenama ini turut berusaha untuk mengulangi impak positif ini di lebih banyak pasaran global.
Sebagai Rakan Dagang Kewangan Rasmi Newcastle United, para pemain pasukan utama termasuk Sandro Tonali, Jacob Murphy, Dan Burn dan William Osula, memulakan inisiatif ini semasa sesi Temu Mesra eksklusif yang dihoskan oleh VT Markets. Turut hadir ialah legenda kelab Shola Ameobi yang membawa karisma cirian utamanya untuk berhubung dengan peminat di acara ini. The Magpies bertapak di Singapura menjelang perlawanan pertama mereka di negara berkenaan sejak tahun 1996, menentang rakan pasukan Liga Perdana Arsenal sebagai sebahagian daripada Festival Bola Sepak Singapura.
Berucap tatkala inisiatif CSR dilancarkan di sebuah acara keterlibatan pelanggan yang eksklusif di Singapura yang dihoskan oleh VT Markets, pemain Newcastle United dan duta Newcastle United Foundation Dan Burn berkongsi: "Peminat kami merupakan jiwa kelab ini, tanpa mengira ke mana sahaja arah tujuan kami di dunia ini. Sokongan yang kami rasai daripada semua orang di Singapura merupakan sesuatu yang amat sukar dipercayai dan inilah sebab utama mengapa projek seperti ini amat bermakna buat kami.
"Sebagai pemain, bola sepak membantu mengubah kehidupan kami, maka sungguh istimewa rasanya dapat melihat VT Markets memanfaatkan kedudukan mereka untuk menyokong anak muda dan menyumbang kembali kepada komuniti yang sungguh hebat ini - baik di Newcastle mahupun di seluruh Asia. Kami dapat menyaksikan usaha hebat yang dilaksanakan oleh Newcastle United Foundation di tanah air dan derma ini akan menjadi sumbangan yang besar untuk mengubah kehidupan ramai orang dalam komuniti kami."
Baru-baru ini, VT Markets meraikan tahun sulung yang mengujakan sebagai Rakan Dagang Kewangan Rasmi Newcastle United dengan melawat St. James' Park untuk perlawanan akhir musim Liga Perdana 2024/25. Kempen yang melakar sejarah ini menyaksikan pasukan Eddie Howe memenangi trofi domestik pertama kelab ini dalam tempoh 70 tahun yang serta-merta diikuti dengan kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA.
Tahun ini juga bertepatan dengan suatu pencapaian penting untuk VT Markets yang meraikan sedekad inovasi di pasaran kewangan global. Sepanjang 10 tahun yang lalu, syarikat ini memacu pertumbuhan melalui kolaborasi, meluaskan kehadirannya dan memberi impak yang berkekalan dalam industri ini dengan membantu membina masa depan yang lebih mantap dan lebih berdaya tahan.
"Di VT Markets, kami percaya bahawa pertumbuhan sejati melangkaui lebih daripada sekadar angka. Melalui inisiatif CSR kami, kami berhasrat untuk memberi inspirasi, memperkasakan dan menyumbang secara bermakna kepada pembangunan rantau ini, seterusnya meletakkan asas demi peluang dan kejayaan dalam tempoh jangka panjang. Perkongsian kami bersama Newcastle United bertujuan untuk mendorong perubahan positif di dalam serta luar padang dan kami berharap agar dapat memperdalam impak kami tatkala kami meneruskan perjalanan yang menarik ini di Asia bersama-sama," seperti yang dikongsikan oleh Dandelyn Koh, Ketua Jenama dan Perhubungan Awam Global di VT Markets.
Ketika Newcastle United membuat persiapan untuk kembali ke Liga Juara-Juara UEFA, VT Markets kekal menjadi rakan kongsi yang setia, menyokong cita-cita di atas padang sekali gus membantu memacu perubahan sosial yang positif di luar padang. Acara di Singapura ini menjadi suatu peluang untuk menonjolkan nilai-nilai yang dikongsi bersama dan visi kedua-dua organisasi yang berpusatkan sekitar pertumbuhan, komuniti dan menyumbang kembali kepada masyarakat.
Untuk pertanyaan media dan peluang penajaan, sila emelkan kepada .