亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

OSOME DAN ASPIRE PERKASA PENGASAS TEBUS SEMULA MASA DENGAN INOVASI DIPACU TEKNOLOGI

Osome Ltd
2025-07-31 10:00 37

- Mengurangkan Masalah Utama Perniagaan Mingguan Sehingga 6 Jam - 

HONG KONG dan SINGAPURA, 31 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian perniagaan digital  dan , platform kewangan semua-dalam-satu yang terkemuka untuk perniagaan moden, memperkukuh perkongsian mereka bagi membantu para usahawan di Singapura dan Hong Kong menjimatkan masa dan mengurangkan urusan pentadbiran kewangan yang berulang. Melalui integrasi bank Aspire yang kini tersedia pada platform semua-dalam-satu yang didayakan AI daripada Osome, pengasas boleh mengautomasikan aliran kerja kewangan yang utama untuk mengoptimumkan masa dan sumber untuk tugasan bernilai lebih tinggi.


Syarikat-syarikat sering menghabiskan masa selama enam jam setiap minggu untuk tugas perakaunan dan penyesuaian[1] memandangkan penyesuaian lazim memerlukan masa dan sumber yang banyak, melibatkan muat turun manual penyata bank, pengekstrakan data daripada penyata dan transaksi yang sepadan merentas berbilang sistem. Melalui keupayaan integrasi bank Aspire, pengekstrakan data perniagaan daripada akaun bank ke dalam platform Osome diautomasikan, lalu membolehkan perniagaan memudahkan dan mempercepat proses penyesuaian, seterusnya mengurangkan kesilapan manusia dengan ketara dan menutup buku mereka dengan mudah.

"Osome wujud untuk mengembalikan kepada usahawan apa yang paling penting - masa mereka," kata Catherine Doherty, Ketua Perkongsian di Osome. "Perkongsian kami bersama Aspire menggambarkan komitmen kami untuk memudahkan pemilikan perniagaan dan membantu pengasas membina sesuatu yang bermakna." Automasi dan penambahbaikan dalam proses kewangan yang utama dapat membantu mengurangkan kos sebanyak 35% hingga 46%[2].

Sepanjang dua bulan yang lalu, penerimagunaan integrasi suapan bank Aspire dalam kalangan pelanggan Osome melonjak sebanyak 43%, menandakan pengiktirafan pantas terhadap nilai operasi serta potensi penjimatan masa daripada hubungan yang lancar ini.

"Lonjakan penerimagunaan sebanyak 43% hanya dalam dua bulan memberikan maklumat yang banyak," kata Andrea Baronchelli, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Aspire. "Pengasas benar-benar menginginkan penyelesaian yang dapat menjimatkan masa dan mengurangkan gangguan. Integrasi kami dengan Osome memberikan mereka kebolehlihatan masa nyata, penyesuaian yang lebih pantas dan masalah manual yang sedikit."

Aspire dan Osome akan bersama-sama memulakan aktiviti jangkauan komuniti dan pendidikan untuk pengasas, syarikat pemula dan PKS di kedua-dua bandar. Pengalaman bersepadu untuk pengasas bermula di .

Latar Belakang Osome

Osome ditubuhkan untuk memperkasakan para usahawan mempercepat perubahan positif dengan mengurangkan beban pentadbiran mereka. Sejak tahun 2017, ia membantu pengasas memajukan misi mereka menerusi penyelesaian digital yang didayakan AI dan bimbingan tempatan pakar melalui perkhidmatan seperti pemerbadanan, sokongan kesetiausahaan, perakaunan, senarai gaji dan pematuhan cukai. Aktif di pasaran-pasaran kewangan yang terkemuka seperti Hong Kong, London dan Singapura, Osome sentiasa mencapai penyesuaian dengan keperluan usahawan moden dengan bekerjasama bersama firma-firma teknologi kewangan (fintech) yang terkemuka. Sehingga kini, Osome membantu lebih 30,000 syarikat memproses lebih daripada 1 juta transaksi simpan kira yang berjumlah lebih AS$5.6 bilion nilainya. Ketahui lebih lanjut mengenai Osome di  

Latar Belakang Aspire

Aspire ialah platform kewangan semua-dalam-satu untuk perniagaan moden di peringkat global, membantu lebih 50,000 syarikat menjimatkan masa dan wang menerusi penyelesaian pembayaran, perbendaharaan, perbelanjaan, pengurusan belum bayar dan belum terima antarabangsa - boleh dicapai melalui satu akaun yang mesra pengguna.

Beribu pejabat di Singapura, Aspire mempunyai lebih 600 pekerja di sembilan negara, pelanggan di lebih 30 pasaran dan disokong oleh modal teroka (VC) peringkat teratas global, termasuk Sequoia, Lightspeed, Y-Combinator, Tencent dan PayPal. Pada tahun 2023, Aspire menutup pusingan Siri C bernilai AS$100J lebihan langganan dan mengumumkan bahawa ia telah mencapai keberuntungan.

[1] Adyen mengetengahkan aliran tunai yang perlahan dan penyesuaian pembayaran yang menghalang pertumbuhan PKS, menghabiskan masa dan sumber, 11 Mei 2025.  

[2] Laporan Penanda Aras Keberkesanan Kewangan 2017 oleh PwC //www.pwc.com.au/consulting/assets/finance-effectiveness-benchmark-2017.pdf

 

Source: Osome Ltd
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Contracts Financing agreements Financial Technology