YANTAI, China, 14 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Raythink Technology Co., Ltd. ("Raythink"), sebuah subsidiari Raytron Technology dengan kepakaran selama 16 tahun dalam pengimejan terma inframerah, membawakan penyelesaian sekuriti yang terkini ke Secutech Vietnam 2025. Butiran lanjut mengenai inovasi ini, disesuaikan untuk memenuhi keperluan sekuriti yang pelbagai, boleh didapati di SECC, Reruai C21.
Tarikh: 14-16 Ogos
Tempat: Pusat Pameran dan Konvensyen Saigon (SECC)
Syarikat: Raythink Technology Co., Ltd.
Reruai Pameran: C21
Sebagai pameran sekuriti yang terbesar di Vietnam, Secutech Vietnam berperanan sebagai platform utama untuk golongan profesional sekuriti di seluruh Asia. Pada hari pembukaan, Raythink menunjukkan perbezaan antara beratus-ratus peserta pameran, seterusnya menarik perhatian yang penting daripada pelawat menerusi penyelesaian sekuritinya yang komprehensif.
Aspek utama bagi tawaran yang komprehensif ini ialah beraneka jenis peranti pemantauan berprestasi tinggi dengan perisian yang mantap dan perkhidmatan sokongan. Kamera PTZ Berbilang-Spektrum PC6, salah satu barang pameran yang dipaparkan, mengintegrasikan modul terma dengan resolusi sehingga 1920×1080 dan kamera cahaya nampak 4MP untuk pemantauan 24/7 yang sebenar.
Iklim tropika Vietnam, dengan hutan yang tebal, landskap bandar dan cabaran yang terjadi sekali-sekala seperti jerebu, menimbulkan desakan yang unik terhadap sistem sekuriti, seperti mana yang berlaku di sebahagian besar Asia Tenggara. PC6 direkayasa untuk memenuhi keperluan keadaan ini.
Modul termanya menyokong kanta zum sehingga 1,100 mm, manakala modul cahaya nampak membawakan kanta sehingga 1,200 mm yang bererti kamera ini boleh mengesan sasaran pada jarak yang sangat jauh. Ia boleh mengesan sasaran yang berbeza secara serentak, mengunci sasaran sehingga ia meninggalkan kawasan sekuriti. Di samping itu, peranti ini berciri kalis air, maka ia sesuai untuk semua cuaca.
"Negara-negara Asia Tenggara semakin memfokuskan pada infrastruktur pintar dan keselamatan industri yang sejajar dengan kekuatan teknologi kami," kata seorang jurucakap Raythink. "Penyesuaian setempat kami memastikan integrasi yang lancar dengan keperluan operasi serantau, bermula daripada pemeriksaan kemudahan petrokimia hinggalah sekuriti perimeter."
Selain daripada PC6, Raythink turut mempamerkan kamera sekuriti pintar yang lain. Kamera sekuriti panoramik SilentW-U berupaya mengesan dan menjejaki sehingga 128 sasaran secara serentak dengan jarak pengesanan sehingga 8km. Sementara itu, kamera kubah kelajuan dwispektrum PD464T menawarkan julat pengesanan suhu antara -20°C hingga 550°C.
Menerusi teknologi yang canggih dan penyelesaian tersuai, Raythink terus mentakrifkan semula standard sekuriti, bagi menjamin aspek keselamatan dan keandalan dalam pelbagai persekitaran. Kunjungi Reruai C21 untuk meninjau bagaimana Raythink membentuk masa depan sekuriti dan seterusnya!