SHENZHEN, China, 16 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- TCL, peneraju bertaraf global bagi barangan elektronik pengguna dan jenama TV Mini LED dan Ultra-besar[1] No.1 di dunia, mengukuhkan kepimpinan industrinya dengan merangkul lima anugerah EISA yang berprestij—penghormatan tertinggi oleh Eropah untuk inovasi audio-visual. Mendominasi kedua-dua kategori Paparan & Video Teater Rumah dan Audio Teater Rumah, kejayaan TCL menonjolkan dorongan yang tidak henti-henti untuk mencapai kemajuan rintis dari segi kecerahan skrin besar dan ketepatan LED QD-Mini.
TCL Dominates with Five EISA Awards, Redefining Excellence in Large-Screen & QD-Mini LED Tech
Menerajui usaha ini, TCL 98-inci C8K memperoleh anugerah "TV MENARIK EISA 2025–2026" untuk reka bentuk revolusionernya dan visual yang mengagumkan, manakala TCL 85C9K pula meraih gelaran "TV MINI LED TEATER RUMAH EISA 2025–2026", seterusnya menetapkan standard emas yang baharu. TCL 75C7K diberi penghormatan sebagai "TV KELUARGA EISA 2025–2026" hasil gabungan yang sempurna antara kejelasan yang menakjubkan dan kefungsian pintar, sementara TCL 55C6K membawa pulang "TV PERMAINAN EISA 2025–2026"—televisyen yang wajib dimiliki oleh pemain permainan generasi akan datang. Bagi melengkapkan penganugerahan ini, Q65H Soundbar TCL memperoleh anugerah "BAR BUNYI BELIAN TERBAIK EISA 2025–2026" yang memberikan audio berkualiti teater pada nilai yang tiada tandingan.
TCL 98C8K: "TV MENARIK 2025-2026" EISA
Dipilih sebagai "TV MENARIK BAGI 2025–2026" EISA, TCL 98C8K mentakrifkan semula kecemerlangan skrin besar dengan seni bina TCL yang pertama dalam industri ini untuk TV skrin besar. Hasil daripada penggunaan bahan-bahan premium yang canggih, TV ini mencapai paparan Virtually ZeroBorder (Hampir Tiada Tepi) yang memaksimumkan ruang skrin demi pengalaman tontonan yang lebih imersif.
Selain daripada reka bentuknya yang menarik, 98C8K turut direkayasa untuk mencapai prestasi terbaik. Melalui panel CrystGlow WHVA TCL yang baru dinaik taraf, TV ini memberikan nisbah kontras natif luar biasa sehingga 7,000:1. Panel ini dilengkapi dengan filem pantulan rendah 0.5% untuk mengurangkan pantulan skrin, digabungkan dengan sudut tontonan warna ultra-lebar 40%[2] yang dipertingkat dan ciri-ciri penjimatan tenaga yang tinggi bagi memastikan perincian pada skrin yang tajam dan jelas. Digandingkan dengan Teknologi Kawalan Halo Semua-domain proprietari daripada TCL, 98C8K memberikan kawalan cahaya dan bayang yang tepat—membawa kualiti gambar termaju dengan kecerahan, kontras serta perincian tanpa kompromi kepada setiap bingkai.
TCL 85C9K: "TV MINI LED TEATER RUMAH 2025-2026" EISA
Sebagai model utama daripada TCL, TCL 85C9K direka untuk menyampaikan pengalaman sinematik tanpa kompromi di rumah. Membawakan paparan Virtually ZeroBorder dan Panel CrystGlow WHVA, 85C9K menyediakan pengalaman visual tanpa tepi yang imersif dengan sudut tontonan ultra-lebar dan kualiti gambar yang konsisten dari setiap arah. Disokong oleh Teknologi LED QD-Mini TCL, TV Siri Pemalapan Tepat ini menawarkan sehingga 5,184 zon kecerahan berasingan dengan kecerahan puncak 6,500 nit, lalu membolehkannya mempersembahkan peralihan cahaya dan bayang terperinci yang meningkatkan kontras dan kedalaman dalam semua jenis kandungan. Bagi melengkapkan kuasa visualnya, 85C9K turut membawakan Audio by Bang & Olufsen yang imersif, memastikan agar apa yang anda dengar sama mengesankan dengan apa yang anda lihat.
TCL 75C7K: "TV KELUARGA 2025-2026" EISA
Pemenang bagi anugerah "TV KELUARGA 2025–2026" EISA, TCL 75C7K ialah hab ulung untuk hiburan keluarga. Sebagai ahli dalam Siri Pemalapan Tepat TCL, 75C7K menggunakan teknologi LED QD-Mini termaju bagi menyampaikan kualiti gambar yang menakjubkan dengan kecerahan, kontras dan ketepatan warna yang luar biasa, kesemuanya dirangkumkan dalam reka bentuk minimalis dan amat nipis yang dapat melengkapi mana-mana ruang kediaman.
Dikuasakan oleh Pemproses AiPQ Pro, 75C7K mengoptimumkan dengan pintar kualiti gambar berdasarkan kandungan dan keutamaan pengguna, manakala Google TV bersepadu mengupayakan capaian yang lancar kepada kandungan diperibadikan dan kawalan rumah pintar. Ciri-ciri mesra keluarga tambahan seperti Profil Kanak-kanak, Galeri Seni dan perlindungan cahaya biru rendah yang diperakui TÜV memastikan pengalaman yang selamat dan menarik untuk penonton daripada semua peringkat usia.
TCL 55C6K: TV PERMAINAN 2025-2026 EISA
TCL 55C6K dibangunkan untuk pemain yang menuntut prestasi terunggul. Paparan LED QD-Mini dan kadar segar semula 144Hz 4K natif memastikan tatamain yang amat lancar dan gerakan yang benar-benar jelas, seterusnya menghapuskan sentak dan kabur, manakala sistem bunyi ONKYO 2.1 Hi-Fi yang imersif membawakan audio sinematik kepada setiap sesi permainan. Menerusi Game Master Mode, AMD FreeSync Premium Pro dan SuperWide GameView, C6K memberikan rangkaian ciri teroptimum permainan lengkap yang direka untuk permainan yang hebat, responsif dan benar-benar imersif.
TCL Q65H: BAR BUNYI BELIAN TERBAIK 2025–2026 EISA
Selain daripada kecemerlangan paparan, TCL juga terus menerobos sempadan inovasi audio. Dinamakan "BAR BUNYI BELIAN TERBAIK 2025–2026" EISA, Bar Bunyi Teater Rumah Q65H ini membawakan teknologi akustik proprietari RAY?DANZ—TCL yang direka untuk menghalakan bunyi dengan tepat melalui struktur akustik tersuai, seterusnya mencipta tahap bunyi yang luas demi pengalaman audio sinematik yang menarik.
Ketika ini boleh didapati di pasaran-pasaran terpilih di seluruh dunia, produk-produk yang memenangi anugerah ini menunjukkan komitmen berterusan TCL untuk Menginspirasikan Kehebatan (Inspire Greatness) melalui pengalaman hiburan yang premium dan imersif.
Latar Belakang TCL
TCL ialah jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. Kini, TCL beroperasi di lebih 160 pasaran di seluruh dunia. Syarikat mengkhusus dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada TV, audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di .
[1] Ultra-besar: TV berukuran 85 inci ke atas |
[2] Sumber data: makmal TCL. *40% peningkatan sudut tontonan warna dibandingkan dengan panel VA biasa. |