SHANGHAI, 30 Ogos 2025 /PRNewswire/ -- Di tengah-tengah keadaan ekonomi global yang berubah-ubah, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) terus menyediakan gerbang yang penting untuk perusahaan global. Dengan persiapan yang berjalan dengan baik untuk CIIE kali ke-8, ekspo ini sekali lagi dijangka akan mempamerkan inovasi, memupuk kerjasama dan meluaskan capaian kepada pasaran China yang dinamik.
Dengan memanfaatkan platform penting untuk perusahaan-perusahaan global mengakses pasaran China yang begitu besar, banyak peserta pameran yang telahpun berkembang maju daripada peserta menjadi pelabur, sementara banyak produk pameran yang turut berubah menjadi barangan yang boleh dipasarkan. Novartis, misalnya memperkenalkan buat julung kalinya Terapi Radioligand (RLT) di CIIE ke-4. Mendapat manfaat daripada kesan limpahan CIIE, ia menandatangani pakatan strategik bersama tiga rakan kongsi Cina—GE Healthcare China, Shanghai Pharmaceutical Holding dan Chongqing Pharmaceutical Holding—di CIIE ke-7 bagi tujuan mempercepat pelancaran dan pengembangan RLT di China.
Bertempat di acara pemadanan permintaan-bekalan CIIE ke-8, syarikat-syarikat mempamerkan 22 "CIIE Babies" —produk-produk yang telah berjaya menembusi pasaran selepas kemunculan sulungnya di ekspo-ekspo terdahulu, termasuk dua produk membuat penampilan pascapelancaran yang pertama, seterusnya menekankan peranan CIIE dalam mengubah produk pameran menjadi barangan. Inovasi perubatan juga mendapat tempat di China. Novartis mengasaskan kemunculan sulung RLT pada tahun lalu dengan bekerjasama bersama GE Healthcare China dan pihak-pihak lain untuk mencipta sebuah ekosistem RLT. Sementara itu, Boston Scientific menyaksikan beberapa produk beralih daripada tingkat ekspo ke pasaran selepas CIIE ke-7. Johnson & Johnson yang meluaskan reruainya kepada 700 meter persegi tahun ini akan mempamerkan robot bedah MONARCH dan juga terapi kanser paru-paru Rukobia®.
Serentak semasa berlangsungnya CIIE ke-8, Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao (HQF) pada tahun ini memperkenalkan temanya iaitu "Membuka Peluang Baharu, Berkolaborasi demi Masa Depan Bersama". Sebagai platform ulung untuk dialog ekonomi global, HQF ke-8 akan membawakan lebih daripada 20 sesi mengenai Keterbukaan untuk Kerjasama, Inovasi, Pembangunan dan Perkongsian. Persediaan berjalan dengan rancak, menerusi penyertaan yang aktif daripada badan-badan antarabangsa seperti UNICEF dan UNIDO, seiring bersama para pegawai kerajaan dan pemimpin-pemimpin industri. Keluaran World Openness Report 2025 (Laporan Keterbukaan Dunia 2025) pula akan menjadi tumpuan HQF ke-8 yang menekankan peranannya sebagai platform utama untuk dialog dan kolaborasi global.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara global ini. CIIE ke-8 menawarkan peluang yang tiada tandingan kepada perniagaan-perniagaan untuk berhubung, berinovasi dan berkembang. Kunjungi untuk mendapatkan perkembangan terkini dan butiran penyertaan.
Hubungi: Cik Cui Yan Tel.: 0086-21-968888 Emel: