亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Seni lukis kanak-kanak sekolah rendah tonjol impak dunia sebenar belajar bahasa Inggeris, kajian baharu

Cambridge University Press & Assessment
2025-09-01 18:48 1

Satu kajian baharu daripada Cambridge menunjukkan berbagai-bagai motivasi yang dimiliki oleh anak muda untuk belajar bahasa Inggeris yang dipersembahkan melalui satu rangkaian lukisan oleh kanak-kanak sekolah rendah dari serata dunia. Bermula dengan berbual-bual bersama rakan taulan dan keluarga, mendapat pekerjaan yang hebat, bahkan mengembara ke sekeliling dunia, karya seni ini menggambarkan impak dunia sebenar hasil daripada mempelajari bahasa Inggeris.

SINGAPURA, 1 September 2025 /PRNewswire/ -- Satu rangkaian yang terdiri daripada 85 lukisan oleh sekumpulan kanak-kanak berusia 6–11 tahun dari sekolah-sekolah di seluruh Itali, Türkiye dan Vietnam membantu memaklumkan mengenai kajian penilaian impak baharu ke atas pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah daripada Cambridge University Press & Assessment. Lukisan-lukisan ini menawarkan pandangan unik dalam hal sejauh mana anak muda memahami impak dan peluang apabila mempelajari bahasa Inggeris.

Dr Brigita Séguis, Ketua Penilaian Impak di Cambridge University Press & Assessment, berkata karya seni ini membantu menonjolkan suara pelajar muda yang ada kalanya dipandang enteng.

"Terpesona rasanya apabila melihat para pelajar mengilustrasi diri mereka sendiri menggunakan bahasa Inggeris di luar bilik darjah dalam situasi yang sudahpun biasa dilalui," ulas Dr Séguis. Beliau menyambung: "Mereka melukis keadaan sosial seperti mengembara ke luar negara dan berinteraksi dengan penyambut tetamu hotel, berbual-bual bersama rakan taulan dan keluarga, bahkan meramalkan prospek pekerjaan mereka pada masa depan. Kami juga dapat melihat kanak-kanak kecil melukis haiwan yang berbicara antara satu sama lain dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan sejauh mana mereka mula membina identiti linguistik mereka. Lukisan-lukisan ini merupakan hasil karya yang hebat kerana ia mendedahkan sejauh mana para pelajar menghayati nilai bahasa Inggeris serta pemahaman mereka yang kian berkembang terhadap bahasa Inggeris sebagai wadah komunikasi dalam dunia sebenar."

Kajian ini turut menerapkan kaedah-kaedah pengumpulan data lazim seperti soal selidik para guru, kumpulan tumpuan, temu bual dan pemerhatian bilik darjah. Ia membantu memaklumkan kajian impak lebih luas yang menunjukkan impak positif daripada pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris menggunakan Kid's Box New Generation—kursus yang diiktiraf secara meluas untuk para pelajar bahasa Inggeris cilik. Salah satu dapatan utama daripada kajian ini ialah 81% guru berpendapat bahawa Kids Box New Generation membantu mereka mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan efektif di dalam bilik darjah.

Dr Aynur Karakoç, Penilai Impak Kanan, menambah beliau terkejut apabila mendapati peluang kerjaya pada masa depan sudahpun sangat tertanam dalam minda pelajar-pelajar muda.

"Terasa seronok juga apabila mendapat tahu bahawa kanak-kanak sudahpun memikirkan tentang bagaimana bahasa Inggeris akan dapat membantu mereka mendapat pekerjaan pada masa depan. Kami melihat banyak contoh pelajar yang terdorong oleh prospek kerjaya yang merupakan sesuatu yang mengejutkan memandangkan usia mereka yang masih muda, namun ia sesuatu hal yang amat menggalakkan apabila mendapat tahu mengenai perkara ini."

Berbual-bual dalam bahasa Inggeris dan bersantai di Paris merupakan hasil lukisan oleh pelajar muda dari Vietnam ini.
Berbual-bual dalam bahasa Inggeris dan bersantai di Paris merupakan hasil lukisan oleh pelajar muda dari Vietnam ini.

 

'I love London' ('Saya suka London') tertera pada bas menerusi lukisan yang cantik ini daripada seorang pelajar Turki.
'I love London' ('Saya suka London') tertera pada bas menerusi lukisan yang cantik ini daripada seorang pelajar Turki.

 

Menarik, lucu dan hebat ialah cara seorang pelajar Itali menggambarkan kelas bahasa Inggeris mereka.
Menarik, lucu dan hebat ialah cara seorang pelajar Itali menggambarkan kelas bahasa Inggeris mereka.

Cambridge University Press & Assessment merupakan sebahagian daripada University of Cambridge. Pasukan bahasa Inggeris kami menghasilkan berbagai-bagai sumber pembelajaran dan penilaian yang utama di dunia untuk para pelajar serta guru-guru bahasa Inggeris.

Segala-gala yang kami laksanakan adalah hasil daripada penyelidikan dan kami turut berdedikasi untuk membantu orang ramai mempelajari bahasa Inggeris serta membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Cambridge ialah tempat yang melaluinya dunia anda berkembang.

 

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research