MUNICH, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- Jenama kenderaan elektrik pintar mewah AITO secara rasminya memperkenalkan barisan produk globalnya yang terkini—model-model AITO 9, AITO 7 dan AITO 5 yang disetempatkan secara mendalam untuk pasaran Timur Tengah—di IAA MOBILITY 2025. Pencapaian ini menunjukkan bahawa AITO benar-benar memberikan model-model yang diperakui di peringkat global yang memenuhi piawaian kemasukan pasaran luar negara bagi membawakan pengalaman mobiliti pintar 'Mewah Baharu' ('New Luxury') yang terkemuka kepada lebih ramai pengguna arif di seluruh dunia.
AITO 9 Intelligent Cockpit
Mendukung falsafah 'Kecerdasan Mentakrifkan Kemewahan' ('Intelligence Redefining Luxury'), AITO bukan sahaja mewarisi prestasi yang luar biasa dan reka bentuk bersifat mewah tradisional tetapi juga mewujudkan konsep 'Mewah Baharu' dengan mengintegrasikan Kuasa Pintar, Bantuan Pemanduan Pintar, Keselamatan Pintar, Kokpit Pintar, Casis Pintar, Perkhidmatan Pintar dan Pembuatan Pintar. Ini mewujudkan sinergi 'Mewah Tradisional + Mewah Teknologi' yang mengupayakan AITO mentransformasikan teknologi termaju kepada dimensi kemewahan yang nyata, terus-menerus menerobos sempadan pengalaman mewah dalam kenderaan pintar tenaga baharu.
Kuasa Pintar: Teknologi Penambah-Jarak Super Mentakrifkan Semula Era Baharu Kuasa Tanpa Bimbang
Generasi terkini Sistem Penambah-Jarak Super SERES membawakan tiga kelebihan teras: amat senyap, amat bersepadu dan amat cekap. Dengan kecekapan terma sebanyak 44.8% dan kecekapan penukaran bahan api-kepada-elektrik mencecah 3.65 kWj/L — bersamaan dengan menjana 3.65 kWj elektrik daripada 1 liter bahan api — ia berada di kedudukan sebagai antara Penambah-Jarak yang dihasilkan secara besar-besaran yang terkemuka dalam industri ini. Sistem ini memberikan pengalaman mobiliti yang lebih selamat, lebih senyap, lebih cekap tenaga dan lebih selesa kepada pengguna yang mencapai liputan semua senario dan perjalanan tanpa bimbang.
Diperkasakan oleh teknologi Penambah-Jarak Super yang utama daripada SERES, kelebihan teknologi ini diterjemahkan kepada daya saing produk yang ketara. Bermula daripada pelancaran jenama AITO hingga akhir Ogos 2025, versi REEV bagi empat model ini mencapai jualan kumulatif sebanyak lebih 770,000 unit di China. Data menunjukkan bahawa 70% perbatuan pemanduan pengguna AITO berada dalam mod elektrik tulen yang bukan sahaja memudahkan pemanduan tetapi juga mengurangkan emisi karbon dengan efektif.
Platform SERES MF menawarkan sokongan teknikal asas dan integrasi pintar termaju untuk aplikasi dan penaiktarafan teknologi Penambahan-Jarak. Sebagai platform tindanan penuh yang pertama di dunia, ia membawakan ciri Keselamatan Pintar, Kuasa Pelbagai, Ruang Serba Guna dan kelebihan-kelebihan lain, semuanya direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang mudah dikendalikan, sangat praktikal dan amat selamat kepada pengguna.
Bantuan Pemanduan Pintar: Data Pemanduan Pintar Besar Meningkatkan Setiap Detik Mewah Baharu
Teknologi bantuan pemanduan pintar AITO mendapat pengiktirafan yang meluas di pasaran China. Setakat penghujung Ogos 2025, kenderaan AITO sudahpun mengumpulkan lebih 3.45 bilion km bantuan pemanduan pintar dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 621,000 pengguna. Di pasaran China, sistem bantuan pemanduan pintar termaju dan pintar AITO yang terkemuka dalam industri ini boleh meliputi semua senario dan turut menyokong olah gerak yang kompleks seperti pengemudian bulatan, pusingan U di lorong sempit dan melepasi pintu masuk, seterusnya menawarkan pengalaman pemanduan berbantu revolusioner dengan 'ketibaan satu sentuhan'. Ia direka untuk meningkatkan keselamatan dan keresponsifan pemanduan yang ketara, dengan gabungan persepsi semua arah pada masa nyata dan keupayaan tindak balas kecemasan yang pantas. Pengguna boleh mengemudi melalui pelbagai senario yang kompleks dan menempuh perjalanan dengan mudah.
AITO telahpun memulakan ujian pengesahan terhadap ciri-ciri bantuan pemanduan pintar luar negaranya bagi membawakan pengalaman mobiliti pintar yang cemerlang dan selamat buat pengguna Timur Tengah.
Keselamatan Pintar: Liputan Komprehensif Semua-senario Seluruh-kitaran hayat
AITO mendukung teguh kepercayaan bahawa 'keselamatan merupakan kemewahan ulung.' Ia bukan sahaja meningkatkan ciri-ciri keselamatan pasif dan juga aktif agar menjadi lebih teguh dan pintar, bahkan ia turut membina sistem keselamatan pintar yang utama dalam industri ini — merintis falsafah keselamatan senario tertakrif yang pertama dalam industri — seterusnya memberikan penyelesaian komprehensif yang meliputi perlindungan nyawa, keselamatan kuasa, sekuriti data, perlindungan kesihatan, perlindungan privasi dan keselamatan siber bagi memastikan perlindungan menyeluruh dalam seluruh kitaran hayat.
Kokpit Pintar: Memahami Keperluan Anda
Kokpit pintar daripada AITO boleh memenuhi semua jenis keperluan untuk pemanduan, hiburan dan tugas pada bila-bila masa. Interaksi berbilang peranti dan berbilang skrin boleh dibuat dengan mudah menggunakan tiga jari merentas empat arah, bagi memastikan beberapa orang boleh menikmati pelbagai penstriman atau kandungan yang sama secara serentak. Fungsi-fungsi seperti bar alat dan penyelamat skrin yang boleh disesuaikan telahpun ditambah bagi membawakan pengalaman kokpit pintar yang utama. Dengan memanfaatkan keupayaan pemikiran mendalam model bahasa besar, ia memberikan pengalaman interaksi AI yang lebih cekap. Sama ada perbualan harian, kawalan peranti pintar atau perkhidmatan diperibadikan, ia lebih memahami anda.
Penyetempatan Produk: Bergabung dengan Ekosistem Digital Tempatan dan Gaya Hidup Setempat
Varian Timur Tengah membawakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penyesuaian fungsi-fungsi produk setempat yang meluas bagi memastikan pematuhan dan penjajaran penuh dengan keadaan pemanduan tempatan, lalu memenuhi pelbagai keperluan mobiliti pelanggan serantau. Kokpit pintar bukan sahaja menyokong interaksi tiga bahasa (bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Arab) serta integrasi ke dalam ekosistem digital tempatan, malah prestasi perkakasannya yang ditingkatkan sepenuhnya disesuaikan dengan persekitaran semula jadi yang unik di Timur Tengah. Model-model ini menjalani ujian yang ketat dalam keadaan yang melampau seperti padang pasir, termasuk keupayaan kalis pasir yang diperkuat untuk komponen-komponen seperti kamera dalam kenderaan, bamper depan dan lampu puncak; sistem pengurusan terma teroptimum; dan penyingkiran pengatup jeriji aktif untuk mencapai penyesuaian dengan suhu tinggi. Selain itu, bagi memenuhi keperluan kawal selia tempatan seperti piawaian eCall UAE, kenderaan ini dilengkapi dengan amaran laju lampau 120 km/j, kaca lutsinar sepenuhnya dan label bahasa Arab.
AITO memajukan strategi "Glokal" melalui ujian yang meluas di seluruh Eropah, Asia dan Timur Tengah, seterusnya mengesahkan ketahanan produk dalam pelbagai keadaan. Model-modelnya memperoleh pensijilan kemasukan pasaran UAE. Bagi memenuhi permintaan tempatan dengan lebih baik, AITO mengendalikan sebuah Pusat Kecekapan di Amsterdam dan sebuah pangkalan pembuatan di Indonesia dan dalam masa yang sama meluaskan hab setempat di peringkat global bagi meningkatkan kualiti produk serta pengalaman pengguna.
Asas kukuh falsafah "Mewah Baharu" daripada AITO berasal daripada usaha tidak henti-henti oleh jenama ini dan pelaburan besar yang mampan dalam R&D teknologi bagi membentuk "kubu" kepakaran termaju yang teguh. Ia diperkasakan lagi oleh kolaborasi mendalam bersama rakan kongsi industri global peringkat tinggi, menyatukan kebijaksanaan di seluruh dunia untuk mencipta produk luar biasa yang terkemuka dalam industri ini. Pada terasnya terletak komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk "menawarkan perkhidmatan kepada pengguna sepenuh hati" — memastikan setiap inovasi dan lelaran berpunca daripada keperluan pengguna, memberikan pengalaman mobiliti mewah dan pintar yang benar-benar memahami, seiringan dan mendapat kepercayaan pelanggan global, seterusnya menjadikan setiap perjalanan sebagai keterangkuman "Mewah Baharu" ulung.
Ranger-Extender Technology Exhibits