亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Produk V2G StarCharge Membuat Penampilan Menonjol di IAA Mobility 2025

StarCharge
2025-09-13 20:12 5

MUNICH, 13 September 2025 /PRNewswire/ -- StarCharge, peneraju bertaraf global bagi infrastruktur pengecasan EV dan penyelesaian tenaga pintar, membuat penampilan yang menonjol di IAA Mobility 2025 yang merupakan acara global untuk mobiliti, kemampanan dan teknologi di Munich, seiring bersama pengilang peralatan asli (OEM) automotif yang terkenal.

StarCharge V2G Products
StarCharge V2G Products

Semasa berlangsungnya acara ini, Produk V2G StarCharge menarik perhatian ramai pengunjung dari Eropah dan hal ini juga akan mempercepat pengembangan produknya di pasaran Eropah.

Sebagai rakan kongsi strategi OEM global yang terkemuka, StarCharge terlibat secara mendalam bagi penyelidikan dan pembangunan V2G sejak tahun 2017, dengan tumpuan khusus untuk menerobos halangan teknologi dalam pengecasan dwiarah. Ketika ini, produk V2G StarCharge telahpun menerima pensijilan sambungan grid di lebih 20 pasaran utama yang mencakupi Eropah, Amerika Utara, Australia, Afrika dan Asia. Pasaran-pasaran ini melibatkan Jerman, UK, Itali, Sepanyol, Amerika Syarikat, Mexico, Kanada, Australia, New Zealand dan juga Afrika Selatan.

Menerusi kepakaran yang terbukti dalam aspek pematuhan tempatan dan penyesuaian teknikal, StarCharge menyediakan penyelesaian V2G berstandard tinggi dan andal yang disesuaikan dengan pelbagai keperluan serantau.

StarCharge akan terus menginovasi teknologi pengecasan tenaga bersih, memacu pasang atur V2G global yang berskala besar dan berharap dapat berpadu tenaga dengan semua rakan kongsi bagi mempercepat peralihan tenaga hijau serta masa depan karbon sifar yang lestari.

StarCharge dijangka akan mempamerkan produk V2G yang terkini di Reruai A101 semasa berlangsungnya All Energy Australia mulai 29-30 Oktober 2025.

Source: StarCharge
Keywords: Auto Electrical Utilities Utilities Trade show news