![]() |
Memupuk kemahiran pengurusan diri untuk membantu pelajar mengharungi ketidakpastian
Menyusun semula pengetahuan mata pelajaran bagi meningkatkan nilainya dalam era AI
Menjelaskan kemahiran dengan lebih terang supaya pelajar sedar mereka sudah bersedia untuk masa depan
Memperkukuh kemahiran bertutur (oracy) untuk membantu pelajar membina hubungan yang bermakna
Memperkukuh peranan sekolah sebagai tempat untuk membina hubungan yang ber tujuan
CAMBRIDGE, England, 16 September 2025 /PRNewswire/ -- Satu laporan baharu daripada kumpulan Pendidikan Antarabangsa di Cambridge University Press & Assessment () merangkumkan pandangan hampir 7,000 guru dan pelajar dari 150 negara. Laporan ini memberikan gambaran unik tentang bagaimana pelajar mengalami pendidikan pada masa kini serta kemahiran dan sifat yang mereka anggap penting untuk masa depan yang sedang dibentuk dengan pesat oleh kemajuan teknologi, tekanan iklim, dan perubahan dinamik global.
Laporan bertajuk Navigating the future: Preparing learners to thrive in a changing world menggabungkan maklum balas daripada 3,021 guru dan 3,840 pelajar di seluruh dunia, bersama pandangan para pakar dari bidang pendidikan, sains sosial, psikologi, teknologi, kerajaan, dan dasar. Laporan ini meneroka pandangan pelajar dan guru mereka tentang tahap kesediaan pelajar untuk masa depan, kemahiran yang mereka hargai, serta cabaran yang mereka ramalkan dalam usaha membangunkan kemahiran itu.. Kedua-dua kumpulan melihat peluang dalam teknologi digital untuk meningkatkan pembelajaran, namun pada masa yang sama menyuarakan kebimbangan mengenai gangguan serta risiko terhadap pemikiran kritis dan kemahiran komunikasi.
Penemuan daripada kajian ini termasuk:
Michael Stevenson, Perunding Kanan OECD High Performing Systems for Tomorrow, berkata:
"Apa yang memberi inspirasi kepada saya tentang kerja ini ialah Cambridge meletakkan meletakkan para pelajar di tengah-tengah proses pembelajaran. Mesejnya jelas. Jika anak muda mahu berkembang, mereka memerlukan cara untuk membina tujuan, niat, dan agensi. Itulah peranan pendidikan – dan itulah sebabnya pendidikan perlu berubah."
Pendidikan antarabangsa di kedudukan terbaik
Dengan konteks dan komuniti yang pelbagai, pendidikan antarabangsa menyediakan ruang subur untuk inovasi – sama ada dalam menunjukkan kemahiran, memperkukuh kemahiran bertutur, menyokong kesejahteraan, atau membantu pelajar mengharungi ketidakpastian. Sebagai penyedia pendidikan antarabangsa terbesar di dunia untuk pelajar berusia 3 hingga 19 tahun, Cambridge bekerjasama dengan lebih 10,000 sekolah di 160 negara dan bersekutu dengan lebih 50 kerajaan di seluruh dunia.
Rod Smith, Pengarah Urusan Kumpulan Pendidikan Antarabangsa di Cambridge, berkata:
"Penyelidikan ini memberi kita pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana pelajar dan guru mengalami perubahan. Apa yang paling ketara bagi saya ialah kejelasan yang ditunjukkan tentang satu kebenaranringkas : peranan sekolah dan guru amat penting sekarang. Pada masa perubahan global yang mendalam, sekolah yang hebat, guru yang hebat dan kurikulum yang jelas serta ber tujuan kekal sebagai asas pendidikan yang hebat."
Langkah seterusnya
Cambridge telah mula menukar pandangan daripada laporan ini kepada tindakan, dengan inisiatif yang sedang dijalankan termasuk (proposing an alternative sentence- 'Cambridge telah mula mengambil tindakan berdasarkan pandangan daripada laporan ini. Inisiatif yang sudah bermula termasuk':
Dr Iwan Syahril, Penasihat Pendidikan Global dan bekas Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan, Indonesia, berkata:
"Penemuan ini sudah memberikan isyarat yang kuat tentang apa yang mesti dihadapi dan direka oleh pendidikan. Dengan integrasi pelbagai pihak berkepentingan yang lebih mendalam dan pandangan berani yang berorientasikan masa depan, kerja ini berpotensi mempengaruhi amalan global secara meluas."