SHENZHEN, China, 17 September 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Tencent mengumumkan pelancaran global bagi keupayaan AI berasaskan senario yang baharu yang dijangka merperkasakan perusahaan dalam perbagai industri, sambil meningkatkan kecekapan industri dan memacu pertumbuhan antarabangsa.
Diumumkan di Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Global Tencent 2025 yang diadakan di Shenzhen World Exhibition & Convention Center pada 16 hingga 17 September, ia terdiri daripada rangkaian aplikasi ejen pintar, solusi "SaaS + AI" dan penaiktarafan teknologi model besar.
Dowson Tong, Naib Presiden Eksekutif Kanan Tencent dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cloud and Smart Industries, menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekosistem Digital Global 2025
"Aplikasi AI yang berguna dan praktikal dapat memacu kecekapan industri, manakala pengantarabangsaan membuka peluang pertumbuhan yang baharu," kata Dowson Tong, Naib Presiden Eksekutif Kanan Tencent dan Ketua Pegawai Eksekutif Cloud and Smart Industries Group. "Solusi kami yang baru dilancarkan dan dinaik taraf akan menyokong perusahaan dalam perjalanan kecerdasan dan pengantarabangsaan mereka, serta membina pertumbuhan yang boleh diskala dan mampan."
Mempercepatkan Pelaksanaan Solusi Pintar
Tencent Cloud Intelligent Agent Strategy Panorama mengetengahkan pelancaran global Agent Development Platform 3.0 (ADP) yang membolehkan perusahaan mewujudkan dan mengintegrasikan ejen AI yang pintar dan berautonomi dalam aliran kerja mereka untuk senario seperti perkhidmatan pelanggan, pemasaran, pengurusan inventori, penyelidikan dan banyak lagi. Tencent terus-menerus membangunkan dan menambah baik pelbagai ejen pintar seperti LLM+RAG, Aliran Kerja dan Berbilang Ejen bagi membantu perusahaan membina ejen yang stabil, terjamin dan sejajar dengan perniagaan secara cekap menggunakan data proprietari. Selain itu, "Agent Runtime" AI Infra turut dilancarkan bagi menyediakan asas infrastruktur yang teguh untuk membina, menempatkan dan mengendalikan ejen AI.
Set alat SaaS+AI yang dikemas kini meningkatkan kolaborasi pejabat, termasuk AI Minutes dalam Tencent Meetings yang mencatatkan kadar pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 150% sepanjang tahun lalu. Ia turut menyokong pengurusan ilmu, seperti Tencent LearnShare yang kini digunakan oleh lebih 300,000 perusahaan dengan kadar ketepatan tindak balas sebanyak 92%. CodeBuddy, alat pengekodan AI berkuasa AI untuk pembangun pula dapat mengurangkan masa pengekodan sebanyak 40% dan meningkatkan kecekapan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak 16%.
Model baharu yang dikuasakan oleh Hunyuan, model bahasa besar proprietari Tencent turut diumumkan, termasuk Hunyuan 3D 3.0, Hunyuan 3D AI dan Hunyuan 3D Studio yang diterapkan dengan keupayaan penjanaan 3D yang canggih untuk pencipta dan pembangun dalam industri media serta permainan dan banyak lagi. Model siri Hunyuan 3D telah dimuat turun lebih 2.6 juta kali pada Hugging Face, lalu menjadikannya model 3D sumber terbuka paling popular di peringkat global.
Sepanjang tahun lalu, model besar Hunyuan daripada Tencent telah melancarkan lebih daripada 30 model baharu dan mengamalkan sepenuhnya pendekatan sumber terbuka. Ia beransur-ansur membuka secara umum model seperti model inferens hibrid Hunyuan-A13B dan model terjemahan yang menyokong lebih 30 bahasa, di samping keupayaan dan alatan penjanaan berbilang mod yang komprehensif untuk imej, video dan kandungan 3D.
Mengejar Pengantarabangsaan Sepenuhnya
Di sidang kemuncak ini, Tencent Cloud mengetengahkan pencapaiannya dalam pengembangan global, dengan menyatakan bahawa kumpulan pelanggannya di luar negara meningkat dua kali ganda sejak tahun lalu. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Tencent Cloud International telah mencatat pertumbuhan dua angka tahun-ke-tahun yang kukuh di peringkat global merentas pasaran-pasaran Asia, iaitu Hong Kong, Asia Tenggara, Jepun dan banyak lagi.
Hari ini, lebih daripada 90% syarikat internet Cina yang terkemuka dan 95% syarikat permainan Cina yang utama turut menggunakan Tencent Cloud bagi menyokong inisiatif pengembangan global mereka.
Semasa Sidang Kemuncak Antarabangsa Tencent Cloud yang diadakan pada sebelah petang, rakan kongsi global Tencent termasuk Converge Information and Communications Technology Solutions, DANA, e& UAE, Hong Kong Jockey Club, Fusion Bank, GoTo Group, Indosat Ooredoo Hutchison (IOH), Miniclip, MUFG Bank (China), Prosus, True IDC dan banyak lagi, membincangkan perlunya perusahaan mengguna pakai solusi awan dan AI termaju bagi memperkasakan peringkat pertumbuhan seterusnya dan cita-cita pengantarabangsaan mereka.
Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan, Tencent Cloud International berkata, "Tencent Cloud menyediakan perusahaan antarabangsa dengan kepakaran dan pengalaman mendalam kami untuk mengintegrasikan AI dalam seluruh ekosistem kami. Menerusi pelancaran solusi baharu seperti Tencent Cloud Agent Development Platform, kami berharap dapat meluaskan jangkauan kami di peringkat global dan menawarkan perkhidmatan kepada industri-industri yang lebih luas dan set tindakan perusahaan."
Sidang kemuncak ini turut menyaksikan Tencent Cloud International menandatangani perjanjian perkongsian dengan perusahaan global, bermula daripada syarikat Asia Pasifik termasuk Datacom, IOH, Gardi Management, GoTo Group, MahakaX, MUFG Bank (China), RYDE Technologies, StoneLink, True IDC, 99 Group; hinggalah syarikat Timur Tengah termasuk Coop Bank Oromia dan Nativex; syarikat Eropah termasuk eMAG; serta syarikat Amerika Utara seperti InCloud.
Tencent akan menaik taraf strategi pengantarabangsaan Tencent Cloud merentas tiga bidang — infrastruktur, produk teknologi dan keupayaan perkhidmatan — untuk membantu lebih banyak perusahaan dalam pelbagai industri mencapai transformasi digital. Hari ini, produk-produk Tencent Cloud seperti Aplikasi Super-sebagai- Perkhidmatan dan PalmAI diterima pakai secara meluas oleh perusahaan luar negara dari Asia Pasifik, Timur Tengah dan benua Amerika.
Tencent Cloud turut memperkenalkan versi antarabangsa untuk produk-produk seperti "Tencent Cloud Agent Development Platform (TCADP)", "CodeBuddy" dan "Cloud Mall". Penyelesaian global ini direka untuk menampung keperluan tempatan dengan lebih baik dan memberikan sokongan yang andal untuk perusahaan dengan keserentakan yang tinggi di seluruh dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini platform keselamatan dan pecutan "EdgeOne" mengintegrasikan model bahasa besar dengan "Model Context Protocol" (MCP) Server yang membolehkan pelancaran EdgeOne Pages. Pembangunan ini meningkatkan kecekapan pembangun yang ketara dengan mengurangkan masa pembangunan dan penerimagunaan laman web daripada sehari kepada hanya satu minit. Dalam tempoh tiga bulan, platform ini memperoleh lebih 100,000 pengguna global.
Tencent Cloud mengendalikan 55 pusat data merentas 21 pasaran dan wilayah serta merancang untuk melabur sebanyak AS$150 juta pada masa depan untuk membina pusat data Timur Tengah yang pertama di Arab Saudi. Pada masa yang sama, ia akan membina pusat data ketiga di Osaka, Jepun dan menubuhkan sebuah pejabat Osaka yang baharu. Hari ini, Tencent Cloud menempatkan 9 pusat sokongan teknikal global di Jakarta, Manila, Kuala Lumpur, Singapura, Bangkok, Tokyo, Seoul, Palo Alto dan Frankfurt.