SHANGHAI, 19 September 2025 /PRNewswire/ -- Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei, David Wang melancarkan rangkaian Penyelesaian Kecerdasan PKS HUAWEI eKit 4+10+N baharu di acara Pelancaran Musim Luruh HUAWEI eKit 2025 di Shanghai. Acara ini yang bertemakan "Beriringan demi Pertumbuhan, Kecerdasan Sepenuhnya" ("Together for Growth, All Intelligence"), memfokuskan pada pelancaran penyelesaian berasaskan senario sehenti baharu yang direka untuk menyediakan perkhidmatan peringkat akhir untuk PKS yang menjalani transformasi pintar.
AI mula diaplikasikan secara meluas dalam dunia perniagaan. Walaupun aplikasi ketika ini memfokuskan pada pembantu pintar untuk pekerja, set tindakan masa depan diunjurkan akan memberi tumpuan pada integrasi mendalam dengan sistem pengeluaran teras. Proses ini akan memberi impak yang mendalam ke atas model produk, perkhidmatan, perniagaan dan operasi, seterusnya menjadikan AI sebagai enjin utama dalam pertumbuhan mereka. PKS memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi. China sahaja mempunyai lebih daripada 58 juta PKS yang mencipta lebih 80% peluang pekerjaan bandar di negara ini dan menjana 60% daripada KDNK negara. Walaupun dengan peningkatan aplikasi AI yang dapat dilihat di seluruh dunia, umumnya PKS bergelut untuk menerima pakai teknologi baharu ini kerana kesedaran AI yang rendah, keupayaan teknikal dan aplikasi AI. Had kepada penerimagunaan AI terlalu tinggi untuk kebanyakan PKS.
Semasa acara pelancaran, Wang menjelaskan, "Kecerdasan seharusnya boleh dicapai dengan mudah seperti mana air dan kuasa elektrik. Saya berharap setiap orang, rumah dan organisasi boleh mendapat manfaat daripada AI. Huawei bersedia membantu PKS menangani cabaran ini dan menjadi pintar dengan lebih pantas. Tiada sesiapa pun yang akan dibiarkan ketinggalan dalam dunia pintar."
Banyak PKS beralih kepada penyelesaian pintar yang dibangunkan secara luaran bagi mengatasi jurang teknologi dan bakat yang menghalang mereka daripada mengaplikasikan AI sendiri. Syarikat-syarikat ini mencari penyelesaian yang mudah digunakan, cepat dipasang atur dan direka khusus untuk meningkatkan kecekapan serta memacu pertumbuhan. Pada masa lalu, pemasang menyediakan penyelesaian ini dengan menggunakan model subkontrak hasil sampingan rumit yang biasanya agak tidak cekap. Huawei merombak perniagaan pengedarannya untuk menangani masalah utama dalam pasaran ini, beralih daripada menjual produk kendiri kepada menawarkan penyelesaian berasaskan senario sehenti yang lebih mudah disampaikan oleh pemasang. Di bawah pendekatan baharu ini, Huawei mereka bentuk penyelesaian khususnya sekitar set tindakan perniagaan dunia sebenar. Penyelesaian Kercerdasan PKS HUAWEI eKit 4+10+N yang dilancarkan hari ini kesemuanya direka mengikut pendekatan ini.
4 dalam 4+10+N merujuk kepada empat senario utama yang merangkum kebanyakan operasi perniagaan: pejabat pintar, perniagaan pintar, pendidikan pintar dan penjagaan kesihatan pintar. 10 merujuk kepada 10 penyelesaian sehenti dan berasaskan senario yang dilancarkan hari ini, termasuk pejabat PKS, hotel pintar, platform diagnosis digital dan penyelesaian bilik darjah interaktif yang pintar. N akhirnya merujuk kepada satu siri produk utama yang disesuaikan dengan senario yang berbeza ini. Di acara pada hari ini, Huawei melancarkan 26 produk sebagai sebahagian daripada siri N penyelesaian ini, termasuk penghala gred perusahaan siri HUAWEI eKitEngine AR180. Penghala berkelajuan ultra tinggi ini mengintegrasikan beberapa fungsian, termasuk fungsi penghalaan, pensuisan, Wi-Fi dan VPN. Produk IdeaHub baharu yang menggabungkan persidangan AI, sesekat akustik dan aplikasi AI turut dilancarkan hari ini. Semua tawaran ini menampilkan reka bentuk semua-dalam-satu, interaksi pintar serta aspek keselamatan yang komprehensif.
Wang menegaskan, "Kami mengendalikan kerumitan agar pelanggan dan rakan kongsi boleh memberi tumpuan untuk berkembang. Penyelesaian berasaskan senario sehenti kami akan membantu PKS menjadi pintar dengan lebih mudah dan lebih pantas. Penyelesaian berasaskan senario sehenti HUAWEI eKit merupakan contoh terbaru kami dalam hal ini. Penyelesaian ini merupakan satu penaiktarafan dari segi pembangunan penyelesaian, pengupayaan jualan dan perkhidmatan penghantaran. Dengan menggunakan penyelesaian ini untuk memperkasakan rakan kongsi kami, kami membawa faedah-faedah AI kepada PKS."
Semua produk yang dilancarkan pada hari ini dilengkapi dengan teknologi AI yang jauh lebih canggih berbanding keluaran terdahulu. Teknologi ini didatangkan secara praintegrasi dan pra-disahkan dengan penyelesaian yang menjadikan penghantaran lebih fleksibel. Ini membolehkan pemasang menggabungkan produk dengan mudah untuk memenuhi keperluan khusus dalam senario yang berbeza. Huawei turut menyediakan pengupayaan jualan tambahan untuk rakan pengedarnya, termasuk capaian yang lebih pantas kepada sumber berkaitan, demonstrasi penyelesaian dan pelan konfigurasi berasaskan senario yang mengurangkan dengan ketara pemilihan produk serta kesukaran reka bentuk penyelesaian untuk pemasang dan juga pelanggan. Bagi perkhidmatan penghantaran, Huawei menyokong pemasangan bersatu, pengurusan rangkaian terpusat dan sokongan pelanggan gabungan yang membolehkan pelanggan menerima pakai AI dengan pantas, sekali gus memastikan penghantaran tanpa bimbang untuk pemasang.
Wang mengakhiri ucapannya dengan berkata, "Penyelesaian ini akan memperkasakan peringkat akhir dalam dunia pintar untuk PKS. Kami amat dialu-alukan untuk berdiri teguh bersama rakan pengedar dan pemasang bagi mengumpulkan sumber serta memperkasakan sepenuhnya PKS untuk menjadi pintar."