PHNOM PENH, Kemboja, 19 September 2025 /PRNewswire/ -- Di bawah bimbingan bersama People's Bank of China dan National Bank of Cambodia, UnionPay International meningkatkan lagi keterhubungan pembayaran QR antara kedua-dua negara, dengan hasil positif yang semakin nyata. Nilai transaksi yang dibuat di Kemboja oleh dompet dikuasakan UnionPay Cina mulai Januari hingga Julai 2025 hampir meningkat tiga kali ganda tahun ke tahun, seterusnya menunjukkan kevitalan yang kukuh bagi kerjasama pembayaran dua hala.
Pada November 2023, bank pusat China dan Kemboja menandatangani Memorandum Persefahaman mengenai Kerjasama, lantas membuka jalan untuk pautan pembayaran QR. Dalam bulan Disember pada tahun yang sama, KHQR standard QR negara Kemboja saling beroperasi dengan lebih 200 dompet dikuasakan UnionPay di seluruh dunia, termasuk UnionPay App dan aplikasi perbankan mudah alih daripada bank-bank perdagangan Cina yang utama. Bermula pada Mac 2025, pengguna Bakong App yang dimiliki oleh sistem pembayaran negara Kemboja, Bakong boleh membuat pembayaran QR kepada peniaga di rangkaian QR UnionPay di seluruh dunia dan melalui rangkaian QR WeChat Pay di tanah besar China yang menyaksikan pencapaian UnionPay dalam pautan QR dua hala dengan rakan sejawatannya di Asia Tenggara buat julung kalinya.
Khususnya, pertukaran sesama rakyat antara kedua-dua negara meningkat menerusi pelancaran "Tahun Pelancongan China-Kemboja 2025". Data menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 587,000 lawatan dari China ke Kemboja pada separuh pertama tahun 2025, meningkat sebanyak 51% tahun ke tahun. Hampir semua terminal POS peniaga dan 80% daripada ATM di Kemboja menerima pembayaran kad UnionPay dan pengeluaran tunai. Dengan inisiatif keterhubungan QR seperti ini, imbas-untuk-bayar yang merupakan sesuatu yang sudahpun biasa untuk warga Cina, tersedia untuk mereka di negara-negara lain, memastikan pengalaman pembayaran yang lebih baik apabila mereka melancong ke luar negara.
Pada masa ini, pautan pembayaran QR semakin dibenamkan dalam ekosistem runcit China dan Kemboja. Dengan KHQR—pembangunan yang diterajui oleh National Bank of Cambodia—yang diterima pakai oleh hampir kesemua peniaga QR di negara ini, pembayaran QR UnionPay menjadi semakin popular di tempat-tempat bermula daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh hinggalah Angkor Wat. Pada masa yang sama, semakin ramai rakyat Kemboja yang melawat China menggunakan Bakong App untuk membuat pembelian yang mudah melalui peniaga UnionPay di tanah besar China, termasuk gedung serbaneka, makanan serta minuman dan sebagainya.
UnionPay melancarkan atau sedang mengusahakan pautan pembayaran QR dengan suis tempatan di 19 negara dan wilayah di luar tanah besar China. Hasilnya, berpuluh-puluh juta peniaga luar negara akan menerima pembayaran QR UnionPay. Memandang ke hadapan, UnionPay akan memperkukuh kerjasama dengan rakan kongsi tempatan bagi memajukan projek saling kebolehkendalian dua hala demi memberi manfaat kepada pengguna.