亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

China Daily: CAEXPO tonjol inovasi AI pupuk pameran teknologi rentas sempadan

China Daily
2025-09-21 04:59 16

BEIJING, 21 September 2025 /PRNewswire/ -- Ekspo China-ASEAN kali ke-22 yang diadakan mulai Rabu hingga Ahad di Nanning, iaitu ibu kota wilayah autonomi Guangxi Zhuang China Selatan, menampilkan dewan berkeluasan 10,000-meter-persegi yang dikhaskan untuk kecerdasan buatan.

Participants interact with a humanoid robot at the 22nd China-ASEAN Expo.
Participants interact with a humanoid robot at the 22nd China-ASEAN Expo.

Ini merupakan pavilion bertema tunggal yang terbesar dalam sejarah ekspo ini, mempamerkan kira-kira 1,200 produk AI termaju daripada firma teknologi domestik dan juga rakan kongsi antarabangsa. Sorotan termasuk inovasi seperti model bahasa besar, robot, peranti boleh pakai dan platform aplikasi pintar, di samping pencapaian teknologi dari negara-negara ASEAN seperti Brunei, Malaysia dan Thailand.

Sistem pintar "AI CAEXPO" yang dilancarkan pada hari Sabtu sebelum ini, direka khusus untuk memperkemas operasi di lapangan, mengintegrasikan 17 senario termasuk persidangan pintar, pengemudian dan perancangan jadual perjalanan.

Sebagai teras acara ini, sistem ini menyokong pembangunan CAEXPO yang dipertingkat, menawarkan pengalaman pintar termaju kepada peserta pameran dalam pengurusan jadual perjalanan, keterlibatan pelanggan, pemadanan perniagaan dan rundingan berbilang bahasa.

Selain itu, mesyuarat Meja Bulat Menteri mengenai Kecerdasan Buatan sulung telahpun diadakan semasa ekspo ini bagi memupuk kolaborasi industri yang jitu antara China dan ASEAN.

Buat julung kalinya, ekspo ini akan mendedahkan senarai "100 Perusahaan Unikorn AI Masa Depan Teratas China Menuju Global" dan menganjurkan lebih daripada 10 acara bertemakan AI.

Bagi menyokong pembuatan keputusan yang mantap untuk perusahaan, CAEXPO pada tahun ini menyenaraikan ahli akademik, pakar industri dan kumpulan pemikir tersohor untuk menyusun buku biru mengenai "Outlook on China-ASEAN Economic and Trade Cooperation".

Bahan penerbitan ini menganalisis arah aliran dalam kolaborasi ekonomi dan perdagangan dua hala, dengan fokus untuk meninjau peluang perniagaan baharu dalam sembilan bidang utama bagi Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Versi 3.0.

Wei Zhaohui, setiausaha agung bagi sekretariat ekspo ini berkata CAEXPO bukan sahaja merupakan sebuah acara ekonomi dan perdagangan yang dianjurkan secara bersama oleh China dan ASEAN namun berperanan sebagai "Saluran Nanning" yang mempererat hubungan sesama rakyat rentas sempadan.

Bagi memantapkan asas pendapat umum untuk komuniti China-ASEAN yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama, ekspo ini terus melaksanakan Program Pertumbuhan Pemimpin Muda China-ASEAN dengan laporan yang ditulis oleh kumpulan peserta pertama dikeluarkan semasa berlangsungnya ekspo ini.

Selain itu, seramai 30 peserta dipilih untuk kumpulan kedua dan program ini akan terus memupuk pemimpin muda sebagai pembina dan pewaris bagi persahabatan antara China-ASEAN.

Source: China Daily
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news Artificial Intelligence