![]() |
Perkongsian strategik akan memperhebat portfolio penyelesaian komput Comstor dan membolehkan Eaton menyampaikan penyelesaian kualiti kuasa dengan lancar kepada pelanggan Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 September 2025 /PRNewswire/ -- Eaton, sebuah syarikat pengurusan kuasa Pintar, berserta , penyedia teknologi dan pengedar pakar bertaraf global, mengumumkan pada hari ini satu perkongsian pengedaran yang strategik di Malaysia.
Perkongsian ini akan membolehkan cabang Comstor berfokuskan Cisco Westcon-Comstor untuk mengedarkan portfolio Kualiti Kuasa (PQ) Eaton, serta memfokuskan pada produk Kualiti Kuasa Teragih (DPQ) kepada pelanggan Malaysia.
Left: Chan Jian Wen, Country Manager, Eaton Malaysia; Right: Wayne Chong, Country Manager, Comstor Malaysia
Perkongsian ini akan memperkukuh rangkaian pengedaran Eaton di Malaysia dan membolehkan kedua-dua syarikat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan perusahaan besar dan peluang yang dipacu projek, yang melaluinya kesinambungan perniagaan dan kebingkasan kuasa menjadi misi kritikal. Ia akan turut meluaskan portfolio penyelesaian komput Comstor, seterusnya memperteguh komitmen syarikat untuk menyampaikan penyelesaian IT yang lengkap, cekap dan mampan.
Selain itu, Comstor akan menawarkan rak pelayan Eaton, iaitu komponen yang amat penting dalam pusat data moden dan persekitaran komput. Direkayasa untuk konfigurasi serba boleh dan pengurusan haba yang cekap, rak pelayan membolehkan perniagaan mencapai penjimatan tenaga yang ketara serta menyumbang kepada matlamat kemampanan yang lebih luas.
"Perkongsian bersama Eaton ini merupakan langkah strategik yang utama untuk Comstor Malaysia," kata Wayne Chong, Pengurus Negara, Comstor Malaysia. "Rangkaian produk Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan (UPS) Eaton membantu perniagaan mencapai tahap baharu bagi kuasa yang andal dan cekap. Dengan mengintegrasikan Eaton ke dalam portfolio penyelesaian komput kami, kami membantu rakan kongsi dan pelanggan kami mengurangkan penggunaan tenaga sekali gus meningkatkan prestasi operasi. Digandingkan dengan kepakaran pasaran kami yang mendalam, kehadiran serantau dan pendekatan berpusatkan penyelesaian, saya tidak sabar untuk melihat hala tuju perkongsian ini yang akan membawa kami pada tahun akan datang dan selanjutnya."
"Pelantikan Westcon-Comstor menggambarkan komitmen Eaton untuk memperkukuh rangkaian saluran kami di Malaysia dan menyampaikan penyelesaian kualiti kuasa terbaik dalam kelas kepada pelanggan kami," kata Chan Jian Wen, Pengurus Negara, Eaton Malaysia. "Dengan memanfaatkan kepakaran mendalam Comstor dalam bidang IT perusahaan dan infrastruktur, kami dapat memastikan kesediaan stok bagi menyokong kitaran penghantaran yang lebih pantas untuk produk DPQ kami. Perkongsian ini akan membolehkan kami menyediakan pelanggan dengan pengalaman yang lancar bermula daripada reka bentuk dan perundingan, hinggalah pasang atur dan sokongan berterusan, dengan menawarkan penyelesaian secara hujung-ke-hujung."
Kolaborasi ini akan meningkatkan daya saing harga dan capaian kepada penyelesaian kualiti kuasa terbaik dalam kelas Eaton untuk perniagaan Malaysia. Perkongsian bersama Eaton juga sejajar dengan strategi Perniagaan Bertanggungjawab Westcon-Comstor yang bertujuan untuk memberi keutamaan kepada tiga tonggak utama; manusia, planet dan masyarakat demi masa depan yang lebih cerah.
Latar Belakang Eaton
Eaton ialah sebuah syarikat pengurusan kuasa pintar yang mengkhusus untuk melindungi alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup orang ramai di mana-mana sahaja. Kami menghasilkan produk untuk pasaran pusat data, utiliti, perindustrian, komersial, pembinaan mesin, kediaman, aeroangkasa dan juga mobiliti. Kami dipandu oleh komitmen kami untuk menjalankan perniagaan dengan betul, beroperasi secara mampan dan membantu pelanggan kami mengurus kuasa ─ pada masa kini dan menuju masa depan. Dengan memanfaatkan arah aliran pertumbuhan global elektrifikasi dan pendigitalan, kami membantu mengatasi cabaran pengurusan kuasa yang paling mendesak di dunia serta membina masyarakat yang lebih mampan untuk orang ramai pada masa kini dan generasi-generasi akan datang.
Ditubuhkan pada tahun 1911, Eaton terus-menerus mencapai kemajuan bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan kami yang berubah-ubah dan kian berkembang. Dengan pendapatan mencecah hampir $25 bilion pada tahun 2024, syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 160 negara. Eaton menembusi pasaran Asia-Pasifik pada tahun 1970-an dan berkembang dengan ketara sejak itu. Eaton memindahkan ibu pejabatnya di Asia-Pasifik dari Hong Kong ke Shanghai pada tahun 2004. Hari ini, Eaton mempunyai hampir 18,000 pekerja dan 33 kemudahan pembuatan di rantau Asia-Pasifik.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi . Ikuti kami di .