亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Xinhua Silk Road: "Hari Wuliangye" berkilau di Expo 2025 Osaka

Xinhua Silk Road
2025-09-25 00:23

BEIJING, 25 September 2025 /PRNewswire/ -- Tatkala acara "Hari Wuliangye" bermula di Osaka, barat Jepun baru-baru ini, pembuat baijiu Cina, Wuliangye, menarik perhatian yang luas daripada pengunjung ke reruainya yang mengagumkan bertempat di Pavilion China, Ekspo Dunia 2025.


Mulai tahun 1915 hingga 2025, peserta veteran Cina dalam Ekspo Dunia ini, iaitu "Olimpik" bagi ekonomi, sains-teknologi dan budaya global, memperoleh tempat bertapak di platform ini seiring bersama perjalanan keluar jenama-jenama Cina.

Tatkala melangkah ke dewan pameran tematiknya, pelawat dapat melihat dengan mudah dinding yang dipenuhi anugerah yang meletakkan kepentingan terhadap kualiti premium, warisan budaya tidak ketara, jenama yang tak lapuk dek zaman dan populariti di China.

Di gerai pameran tengah, produk-produk klasik dan wakilan seperti minuman keras Wuliangye generasi pertama hingga kelapan dipamerkan dan pada hari tema tanggal 16 September, kotak hadiah peringatan untuk Expo 2025 Osaka dihantar kepada pengendali Pavilion China sebagai koleksi berterusan.

Sebagai pasaran penggunaan bermutu tinggi, Jepun merupakan nod penting bagi strategi globalisasi Wuliangye dan dengan memanfaatkan acara hari temanya, pembuat baijiu Cina ini menyelidiki secara lebih mendalam terhadap senario santapan tempatan.

Pada 16 September, sebuah restoran yang terletak di Osaka secara rasminya menjadi restoran luar negara berdaftar kedua Wuliangye yang membawakan baijiu Cina premium dan makanan kepada kehidupan seharian pengguna Jepun.

Sejak sebuah restoran yang terletak di Tokyo mendapat kebenaran luar negara yang pertama pada bulan April, Wuliangye mempercepat susun atur global dengan keazaman yang strategik. Sepanjang 13 hingga 23 September, aktiviti-aktiviti pemasaran berkaitan hari bertema telahpun diadakan di restoran-restoran Jepun yang berdaftar.

Pengguna Jepun berduyun-duyun menikmati hidangan dan minuman keras bertemakan Wuliangye di restoran-restoran ini. Seorang belia Jepun memuji hidangan tersuai dan berkata masakan sebegitu menggabungkan intipati makanan Cina dan Jepun secara berseni, yang sedap dipandang mata dan perut orang ramai dengan hiasan hidangan yang cantik.

Pada masa ini, Wuliangye, salah satu penetap rentak dalam perjalanan menuju global baijiu Cina, mengeksport produk-produk ke berpuluh-puluh negara dan menubuhkan restoran menjamu selera Wuliangye di Hong Kong China, Tokyo Jepun dan Singapura bagi membina ikatan yang lebih mendalam bersama pengguna luar negara.

Dengan bekerjasama bersama Michelin Guide, Wuliangye mempromosikan "masa menjamu selera yang harmoni" di luar negara dengan menawarkan perkhidmatan kepada pengguna global dengan produk-produk yang mengikuti perkembangan terkini dan setempat seperti minuman keras rendah alkohol dan koktel yang mengandungi baijiu agar menepati pilihan mereka.

Pada masa akan datang, Wuliangye akan terus memanfaatkan platform-platform global untuk mendakapi dunia dengan budaya pembuatan minuman keras yang unik dan produk-produk bermutu tinggi.

Pautan asal:

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Publishing/Information Service Trade show news