亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

MWC 2025: Huawei Menang 33 Anugerah Media

HUAWEI
2025-03-09 21:18 94

Produk Huawei, Pemenang Besar di MWC, dengan 33 Anugerah Media Antarabangsa

BARCELONA, Sepanyol, 9 Mac 2025 /PRNewswire/ -- Sepanyol menjadi tuan rumah kepada Kongres Dunia Mudah Alih (MWC 2025) tahun ini, acara mudah alih yang terbesar dan paling berpengaruh di dunia mulai 3 hingga 6 Mac (waktu Beijing). Syarikat teknologi Huawei merupakan peserta utama di acara ini, memperoleh 33 anugerah media antarabangsa untuk pelbagai jenis produk, termasuk HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN, HUAWEI Mate 70 Pro, HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, HUAWEI WATCH GT 5 Pro, HUAWEI WATCH Ultimate, HUAWEI WATCH D2 dan HUAWEI FreeBuds Pro 4. Acara yang mengagumkan ini memantapkan kedudukan utama Huawei dalam sektor peranti pintar, kesihatan & kecergasan serta penciptaan digital.

Sebagai penginovasi yang bersemangat dan peneraju bagi teknologi telefon boleh lipat, kelebihan Huawei yang eksklusif di pasaran berpunca daripada keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mereka yang mendalam dan tahap inovasi yang tidak dapat ditawarkan oleh syarikat lain. Dalam S3 2024, jualan telefon boleh lipat Huawei menyumbang kepada 85% bahagian yang mengagumkan daripada segmen pasaran telefon boleh lipat CNY 10,000 dan 41.0% bahagian daripada pasaran telefon boleh lipat keseluruhan China, lantas mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju pasaran. Pelancaran HUAWEI Mate XT | ULTIMATE DESIGN, telefon boleh lipat tiga komersial yang pertama seumpamanya di pasaran, membuat penemuan baharu dan meluaskan skop perkara yang boleh diharapkan oleh pengguna daripada peranti pintar. Model utama yang luar biasa daripada Huawei ini merupakan alat serba boleh yang menyokong penukaran lancar antara mod skrin yang berbeza, memulakan era baharu untuk telefon pintar boleh lipat tiga dengan mengintegrasikan bahan termaju, ketukangan yang unggul dan teknologi dipatenkan.

XMAGE, jenama pengimejan mudah alih yang eksklusif daripada Huawei, menampilkan teknologi termaju yang lebih memudahkan pengguna untuk mengabadikan kegembiraan dan kelucuan dalam kehidupan seharian berbanding sebelum ini. Kamera Ultra Chroma XMAGE rintis, yang pertama kali diperkenalkan pada HUAWEI Mate 70 Pro, berfungsi sempurna dengan 1,500,000 saluran spektrum bagi mengenal pasti dan melaraskan butiran warna dengan pintar walaupun dalam persekitaran yang kompleks, seterusnya memastikan setiap rona kelihatan benar-benar hidup. Ciri AI Moving Picture (Gambar Bergerak AI) dalaman merakam gambar kreatif, menambahkan unsur keseronokan dan keterujaan pada fotografi.

HUAWEI Mate XT I ULTIMATE DESIGN & HUAWEI Mate 70 Pro
HUAWEI Mate XT I ULTIMATE DESIGN & HUAWEI Mate 70 Pro

Peranti boleh pakai pintar merupakan enjin pertumbuhan yang berkuasa untuk perniagaan pengguna Huawei. HUAWEI WATCH GT 5 Pro yang disokong oleh TruSense System menawarkan ketepatan yang lebih tinggi untuk penunjuk asas, pemantauan kesihatan & kecergasan tahap tinggi serta pelbagai ciri kecergasan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. HUAWEI WATCH D2 diperakui secara perubatan sebagai pemantau tekanan darah ambulatori berasaskan pergelangan tangan dan menyampaikan bacaan BP dan data ABPM yang tepat. Sebagai produk generasi kedua daripada HUAWEI WATCH D Series, D2 turut menyokong penjejakan kesihatan & kecergasan sepanjang masa dan ciri-ciri gaya hidup pintar, menawarkan penyelesaian pengurusan kesihatan yang berguna namun merangkumi semua untuk pengguna di seluruh dunia. HUAWEI WATCH Ultimate Series memberikan pengalaman teknologi yang tiada tandingan dan ketukangan yang teliti pada pergelangan tangan anda, dengan sarungnya ditempa dengan Logam Cecair berasaskan Zirkonium eksklusif dan bezelnya yang diperbuat daripada seramik nanokristal. Penambahan yang menarik pada siri ini — HUAWEI WATCH Ultimate Edisi Hijau — menampilkan bezel seramik nanokristal dwiwarna dan tali aloi titanium premium yang membangkitkan daya tarikan padang golf pada pergelangan tangan anda. 

Produk HUAWEI MatePad turut mengungguli pasaran tablet China, memperoleh 27.8% bahagian pasaran dalam S4 2024. HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci dilengkapi dengan Paparan PaperMatte OLED Fleksibel, menampilkan ketepatan warna tahap profesional dan resolusi ultra-tinggi. Paparan cemerlang ini, digandingkan dengan prestasi sistem tahap tertinggi, menyokong semua jenis tugas dengan mudah bermula daripada kerja pejabat mudah alih yang kompleks kepada reka bentuk kreatif dan hiburan. Dengan memanfaatkan kehebatan teknikal dan artistik aplikasi GoPaint dalaman, tablet Huawei menjadikan ciptaan digital boleh diakses oleh semua pengguna.

HUAWEI WATCH & HUAWEI MatePad
HUAWEI WATCH & HUAWEI MatePad

Pada tahun 2024, Huawei CBG menerobos halangan teknikal yang telah lama wujud dan menyelami jauh ke dalam isu-isu yang paling mencabar dalam industri, berjaya mencapai pertumbuhan perniagaan yang berterusan. Huawei berhasrat untuk membina pencapaian ini pada tahun 2025 dan terus membangunkan produk rintis yang meningkatkan standard kemajuan teknologi dan pengalaman pengguna.

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment Awards Trade show news