亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Dr. Philip Koehn, Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Borgward Group AG

BORGWARD Group AG
2018-07-02 10:44 1042

STUTTGART,Jerman, 2 Julai 2018 PRNewswire/ -- Lembaga Penyeliaan Borgward Group AG telah melantik Dr. Philip Koehn berkuatkuasa 1 Julai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu pengeluar kereta yang berpangkalan di Stuttgart.

Dr. Koehn akan meneruskan tanggungjawab penyelidikan dan pembangunan di Lembaga Eksekutif. Beliau menggantikan Ulrich Walker, yang telah mengetuai syarikat sejak April 2015. "Borgward sedang memasuki fasa kebangkitan yang seterusnya.Di waktu kami memasuki fasa baru ini, kami melakukan perubahan dalam kepemimpinan seperti yang dirancang, "kata Christian Borgward, Pengerusi Lembaga Penyeliaan di Stuttgart, menambahkan: "Kami yakin bahawa Dr. Philip Koehn akan meneruskan tugas cemerlang En. Walker dan memimpin syarikat ke hadapan." Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Borgward menumpu pada asal usulnya  dan semangat perintisnya untuk membangunkan semula jenama itu. Dengan pelancaran di Eropah, kumpulan itu kini akan memberi tumpuan kepada apa yang menjadi "semangat perintis" Borgward hari ini dan di masa depan: Kenderaan elektrik, teknologi inovatif, reka bentuk yang menarik dan moden, pendigitalan dan pembezaan dengan pengalaman pelanggan yang progresif dan lancar.



Lembaga Pengarah berterima kasih kepada En. Walker atas sumbangannya. "En. Walker telah membentuk Borgward dengan tegas selama tiga tahun yang lalu dan telah menyediakan asas yang kukuh bagi membolehkan Borgward membangun semula dalam industri automotif," lanjut Christian Borgward. Ini termasuk penubuhan struktur Borgward Group AG dan pelancaran pasaran di China, Asia Tenggara, Timur Tengah, Amerika Selatan dan sekarang di Jerman. En. Walker akan kekal dengan syarikat dalam peranan penasihat sehingga akhir tahun ini. "Saya bangga menjadi sebahagian daripada kelahiran semula Borgward. Dengan permulaan di Jerman, saya boleh, seperti yang dirancang, dengan yakinnya menyerahkan syarikat kepada pengganti saya Dr. Philip Koehn," kata Walker.
Dr Philip Koehn telah dilantik ke Lembaga Eksekutif untuk Penyelidikan dan Pembangunan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018. Sebelum itu beliau merupakan Ketua Pembangunan di pengilang mewah British Rolls-Royce.

Maklumat lanjut:  

BORGWARD Group AG
Kriegsbergstrasse 11
70174 Stuttgart
Marco Dalan
Ketua Komunikasi Global
Hubungi:  +49-
E-mel marco.

Source: BORGWARD Group AG
Related Links:
Keywords: Auto Transportation Personnel announcements