![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Mac 2025 /PRNewswire/ -- , rangkaian ahli profesional penjagaan kesihatan (HCP) yang terbesar di Asia Tenggara dan syarikat penjagaan kesihatan global Novartis mengumumkan perkongsian berbilang tahun dalam menangani peningkatan edema makular diabetes (DME) dan degenerasi makular berkaitan usia (AMD) di Malaysia. Kelaziman 1 yang ketika ini dianggarkan mencecah 20% atau satu daripada lima populasi dewasa, dikaitkan dengan peningkatan insidens 2.
Dengan memanfaatkan keupayaan komersial omnisaluran dan dipacu pemahaman Docquity di bawah Program Awareness to Advocacy (A2A), Novartis meningkatkan pendidikan kesihatan retina untuk beribu-ribu pakar oftalmologi dan doktor retina perubatan di seluruh negara dan pada masa yang sama meningkatkan akses kepada dua produk dalam portfolio retinanya.
Meningkatkan penjagaan kesihatan retina melalui pendidikan dan akses yang lebih luas
Sebagai sebahagian daripada Program A2A Docquity, Novartis berhubung dengan kumpulan HCP bersasarnya yang luas melalui pelbagai saluran pembelajaran yang berkaitan. Ini termasuk artikel klinikal yang terkini, infografik dan webinar interaktif yang ditawarkan di platform Docquity, serta perkembangan terkini masa nyata mengenai kemajuan perubatan melalui media sosial dan forum sembang. Berpandukan pemahaman tentang keutamaan HCP, wakil perubatan Docquity yang ditetapkan menawarkan bantuan dalam talian dan secara peribadi yang sesuai. Docquity akan turut memudahkan penyertaan HCP dalam pertemuan industri utama, termasuk acara-acara oleh Kongres Persatuan Oftalmologi Malaysia (MOSC).
Bekerjasama dengan rangkaian luas rakan pengedar tempatan, Docquity akan terus menyokong Novartis dalam meningkatkan akses produk kesihatan retinanya di seluruh Malaysia.
Elwakil Mohamed, Presiden Novartis Malaysia dan Brunei, berkata, "Di Novartis kami komited untuk menambah baik tahap kesihatan dan memanjangkan hayat lebih 33 juta rakyat Malaysia. Kami melaksanakannya dengan rakan kerjasama luaran kami yang sesuai seperti Syarikat Docquity. Docquity mempunyai penyelesaian komersial komprehensif yang akan membantu kami untuk berhubung secara bermakna dengan HCP dengan tepat dan cekap. Melalui Docquity, HCP akan dapat maklumat terkini tentang produk inovasi kesihatan retina untuk disampaikan kepada para pesakit yang amat memerlukannya. Tambahan pula, Docquity yang mahir dengan pengetahuan digital serta penglibatan secara bersemuka dapat membantu kami merapatkan jurang rawatan dengan HCP dan membolehkan kami mencapai hasil rawatan yang lebih baik untuk para pesakit."
Penglibatan HCP yang berkesan menggabungkan jangkauan dalam talian dan luar talian
Pendekatan strategik dalam perkongsian ini untuk melibatkan HCP melalui gabungan interaksi farmasi dalam talian dan luar talian sejajar dengan cerapan terkini daripada 3. Kajian tersebut mendapati bahawa 86.7% daripada doktor Asia Tenggara menghargai hubungan dengan wakil farmasi, dengan lebih 70% mengutamakan kemas kini secara berkala—sama ada secara mingguan atau bulanan—melalui kombinasi antara media digital, pertemuan secara peribadi dan aplikasi pemesejan. Sebanyak 4 mengambil bahagian dalam acara pembelajaran digital dan juga secara bersemuka, dengan kemudahan menjadi faktor utama mereka mengutamakan digital. Aplikasi perubatan muncul sebagai saluran pembelajaran yang paling disukai, seterusnya menonjolkan keperluan terhadap penyelesaian yang bersepadu lancar dalam aliran kerja doktor.
Christophe Meugnier, Ketua Pegawai Komersial di Docquity, menambah, "Ia adalah sesuatu yang penting tetapi mencabar bagi ahli profesional penjagaan kesihatan untuk mengikuti perkembangan perubatan di tengah beban kerja mereka yang sangat tinggi. Justeru itu, Program A2A Docquity dibangunkan untuk membolehkan syarikat farmaseutikal memenuhi keperluan HCP di mana mereka berada—sama ada secara peribadi atau secara digital—dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan saintifik terkini dan kemahiran untuk menyampaikan hasil pesakit yang lebih baik secara meluas."
1 International Diabetes Federation. "Malaysia." |
2 National Library of Medicine. "Diabetic macular edema." |
3 Docquity. "Docquity Pulse Check 2024: Pharma's Guide to Winning Doctor Engagements." / |
4 Docquity. "Docquity Pulse Check 2024: The blend of digital and in-person learning." |
Latar Belakang Docquity,
Docquity ialah komuniti ahli profesional penjagaan kesihatan (HCP) disahkan yang terbesar di Asia Tenggara. Platform dan perkhidmatan kami memanfaatkan sains data untuk mengukuhkan pengetahuan penjagaan kesihatan dan interaksi.
Visi Docquity adalah untuk menghubungkan HCP bagi membina kehidupan yang lebih sihat di seluruh dunia secara meluas. Platform kami membantu HCP belajar, berhubung dan berkembang, manakala cerapan rangkaian kami yang mendalam membolehkan perusahaan penjagaan kesihatan memahami, berinteraksi dan mendidik HCP.
Kami dipercayai oleh lebih 410,000 HCP di seluruh Asia Tenggara, dengan pejabat di negara-negara dan wilayah-wilayah seperti India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Docquity sedia dimuat turun pada peranti dan .