![]() |
SINGAPURA, 25 September 2025 /PRNewswire/ -- Cambridge University Press & Assessment dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-40 English Grammar in Use, iaitu siri tatabahasa Inggeris yang paling laris terjual di dunia. Mula diterbitkan pada tahun 1985, English Grammar in Use menjadi sumber penting untuk berjuta-juta pelajar dan pendidik bahasa Inggeris di serata dunia.
Dibangunkan oleh Raymond Murphy, seorang bekas guru bahasa Inggeris yang bertukar menjadi pengarang, English Grammar in Use tercipta berdasarkan keperluan bilik darjah yang sebenar. Bergelut untuk mencari buku tatabahasa yang sesuai untuk pelajar dewasanya pada akhir tahun 1970-an, Murphy mula mencipta lembaran kerjanya sendiri - penerangan yang jelas, contoh kehidupan sebenar dan banyak latihan. Ini menjadi asas untuk sesuatu yang akhirnya diterbitkan oleh Cambridge University Press, selepas pembentangan idea Murphy diterima oleh satu-satunya penerbit yang melihat potensinya.
Sejak itu, siri Grammar in Use berkembang menjadi buku rujukan tatabahasa yang fleksibel, mesra pelajar dan amat dipercayai untuk pembelajaran kendiri dan penggunaan di dalam bilik darjah.
Sumber Tak Lapuk Dek Zaman untuk Semua Pelajar
Siri Grammar in Use termasuk:
Ciri-ciri utama:
Walaupun pada asalnya dicipta untuk pembelajaran kendiri, siri ini kini digunakan secara meluas oleh guru dan pelajar di dalam bilik darjah serata dunia. Popularitinya yang berterusan terletak pada kejelasan, kebolehcapaian dan ianya komprehensif. Para pelajar azimnya menyimpan buku mereka selama bertahun-tahun sebagai rujukan pilihan.
Jangkauan Global dan Relevansi Berterusan
Apakah yang membezakan English Grammar in Use daripada sumber percuma dan mengapa ia masih lagi popular sehingga ke hari ini? Menurut guru dan pelajar, ia lantaran kualiti, kebolehpercayaan dan pelbagai contoh yang jelas dan praktikal yang dapat membina pemahaman tatabahasa yang tepat. Ulasan daripada pelajar dan guru, melalui laman web dan platform media sosial, sering merujuk kepada keringkasan, kejelasan dan semua latihan yang tersedia yang membuatkan siri Grammar in Use ini menjadi sangat terkenal. Buku-buku ini juga sangat komprehensif, meliputi beratus-ratus aspek tatabahasa dan memberikan penerangan yang jelas walaupun untuk aspek yang paling rumit dalam bahasa Inggeris. Tidak seperti kandungan percuma di YouTube atau platform media sosial yang lain, guru dan pelajar tahu bahawa mereka boleh mempercayai English Grammar in Use dan akan mendapati bukan sahaja penerangan yang jelas tetapi juga banyak peluang untuk mempraktikkan perkara yang mereka pelajari. Kelihatan bahawa, sekiranya seseorang pelajar bahasa Inggeris ingin membeli sebuah buku, maka Grammar in Use merupakan pilihan mereka.
Meraikan Legasi Pemerkasaan
"Selama empat dekad, English Grammar in Use membantu orang ramai memperoleh peluang baharu melalui bahasa Inggeris," kata seorang jurucakap daripada Cambridge University Press & Assessment. "Ia lebih daripada sebuah buku - ia merupakan teman yang dipercayai dalam setiap perjalanan seseorang pelajar. Kami berbangga untuk meraikan legasinya dan berasa teruja untuk menyokong generasi pengguna bahasa Inggeris yang akan datang."
Latar Belakang Cambridge University Press & Assessment
Kami merupakan sebahagian daripada Cambridge University Press & Assessment, sebuah jabatan di University of Cambridge.
Kami percaya bahawa bahasa Inggeris boleh membuka peluang kepada pengalaman sepanjang hayat dan bersama-sama guru serta rakan kongsi kami, kami membantu orang ramai untuk belajar dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia dengan yakin. Kami menjayakan usaha ini dengan mencipta pengalaman pembelajaran dan penilaian yang hanya boleh diperoleh daripada Cambridge.
Cambridge English Melaluinya dunia anda berkembang
Ketahui lebih lanjut di cambridge.org/english
Ketahui lebih lanjut mengenai English Grammar in Use dan sertai sambutan ini: