FRIEDRICHSHAFEN, Jerman, 15 April 2025 /PRNewswire/ -- Semasa pameran penerbangan AERO Friedrichshafen ke-31 di Jerman, Montavista Energy Technologies Corporation (Anhui) (dirujuk sebagai "Montavista") mendedahkan keputusan ujian prestasi pengitaran terkini bagi bateri penerbangan elektrik berkuasa tingginya. Dengan menggunakan profil penerbangan yang disediakan oleh pengeluar eVTOL yang terkemuka di peringkat antarabangsa, produk bateri logam-litium (LMB) P METARY® Montavista, yang mempunyai ketumpatan tenaga khusus-jisim 400 Wj/kg menunjukkan hayat kitaran yang panjang melebihi 1,280 kitaran dengan kadar pengekalan kapasiti tinggi sebanyak 99%.
Montavista unveiled the latest cycling performance testing result of its high-power electric aviation battery
Bagi bateri kuasa untuk pesawat berkuasa elektrik, penunjuk prestasi komprehensif, seperti ketumpatan tenaga, keselamatan, kadar nyahcas dan hayat kitaran, kesemuanya memberi impak secara langsung kepada keandalan penerbangan dan kecekapan operasi komersial. Ketumpatan tenaga yang tinggi mengupayakan masa penerbangan tanpa henti yang lebih lama, manakala hayat kitaran yang panjang dapat melanjutkan tempoh masa bateri boleh digunakan semula dan seterusnya mengurangkan kos operasi pesawat elektrik. Keputusan ujian yang dikeluarkan oleh Montavista menunjukkan bahawa bateri berkuasa tinggi P METARY® bukan sahaja memberikan ketumpatan tenaga khusus-jisim yang tinggi iaitu 400 Wj/kg, tetapi juga hayat kitaran panjang yang tidak ditunjukkan pada produk LMB yang lain. Spesifikasi prestasi komprehensif yang luar biasa menyediakan keupayaan yang amat diperlukan untuk aplikasi komersial pelbagai pesawat berkuasa elektrik.
Sebagai perintis dalam bidang bateri penerbangan elektrik bertenaga tinggi, Montavista mengumumkan kelas produk LMB siri E METARY® 500 Wj/kg pada tahun 2020, menawarkan ketumpatan tenaga khusus-jisim ultra-tinggi, sesuai untuk aplikasi seperti stesen platform altitud tinggi (HAPS) dengan permintaan kadar nyahcas yang agak rendah. Pada tahun 2023, Montavista melancarkan produk siri P METARY® berkuasa tinggi, menyasarkan pelanggan yang memerlukan ketumpatan tenaga khusus-jisim yang tinggi dan kadar nyahcas tinggi (>10C), sesuai untuk aplikasi seperti eVTOL dan dron. Sejak itu, Montavista berkolaborasi erat dengan pelanggan untuk meningkatkan prestasi keseluruhan produknya. Pencapaian prestasi pengitaran terkini bagi bateri berkuasa tinggi P METARY® dapat menangani masalah utama yang dihadapi oleh pengeluar dan pengendali eVTOL untuk operasi yang andal dan berkesan kos dalam senario dunia sebenar.
Dalam ucaptamanya di "Sidang Kemuncak Hidrogen dan Bateri AERO" ("AERO Hydrogen and Battery Summit") semasa berlangsungnya AERO Friedrichshafen, Profesor Yuegang Zhang, pengasas Montavista, menyatakan bahawa ketumpatan tenaga khusus-jisim tinggi yang diupayakan oleh anod logam-litium menjadikan LMB sebagai pilihan yang optimum atau tidak boleh diganti untuk pesawat elektrik tulen masa depan. Melalui kolaborasi erat bersama pelanggannya, Montavista berusaha untuk menyediakan teknologi yang dapat membantu transformasi hijau dalam industri penerbangan.