![]() |
- Seegene mempersembahkan video konsep yang memperkenalkan CURECA? di ESCMID Global 2025 — sistem automasi penuh yang direka untuk meliputi seluruh tenaga kerja PCR, bermula daripada prapemprosesan sampel hingga analisis keputusan.
- Direka untuk 24 jam, tujuh-hari-seminggu, tanpa jagaan, CURECA? mencerminkan misi syarikat untuk menetapkan standard global baharu dan memajukan visinya iaitu "dunia yang bebas daripada segala penyakit."
SEOUL, Korea Selatan, 16 April 2025 /PRNewswire/ -- Seegene Inc., peneraju global bagi diagnostik molekul (MDx), memajukan visinya untuk mencapai inovasi dalam automasi makmal menerusi pembangunan CURECA? — sistem generasi seterusnya yang kini sedang dibangunkan, direka untuk memperkemas automasi dalam persekitaran ujian dan makmal Tindak Balas Rantai Polimerase (PCR).
Seegene’s CURECA? concept video showcased the brand identity of the next-generation automated PCR system, which was unveiled at ESCMID Global 2025.
Syarikat mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan mempersembahkan sebuah video konsep yang memperkenalkan sistem CURECA? di Persatuan Mikrobiologi Klinikal dan Penyakit Berjangkit Eropah (ESCMID Global 2025) yang diadakan pada 11-15 April di Vienna, Austria. Video ini akan menggariskan matlamat reka bentuk sistem dan aliran kerja yang dibayangkan. Demonstrasi fizikal sistem ini dijangka akan berlangsung pada Julai 2025 di Persatuan Diagnostik & Perubatan Makmal (ADLM 2025) di Chicago.
CURECA? — singkatan untuk akses Rawak Tanpa Had Berterusan Automasi penuh Boleh Diperluas dan Boleh Disesuaikan (Continuous Unlimited Random access Expandable and Customizable full Automation) — ialah penyelesaian ujian PCR yang dibayangkan oleh Seegene, bertujuan untuk mendayakan automasi penuh aliran kerja ujian PCR. Sistem ini dijangka merangkumi dua komponen teras: Sistem Prarawatan Boleh Disesuaikan (CPS) yang bertanggungjawab untuk pemuatan sampel dan pemprosesan prarawatan; dan Automasi Penuh Boleh Disesuaikan dan Boleh Diperluas (CEFA) yang akan menjalankan pemuatan sampel dan penyediaan untuk pengekstrakan asid nukleik, persediaan PCR, amplifikasi gen dan analisis keputusan.
Mempelopori Automasi Penuh Pemprosesan Prarawatan PCR
Peringkat prarawatan dalam MDx memerlukan pengendalian yang teliti terhadap pelbagai jenis spesimen — seperti tinja, air kencing, darah dan kahak — serta menyusun format bekas yang berbeza. Secara tradisinya, proses ini banyak bergantung pada buruh manual oleh ahli profesional makmal terlatih.
Seegene bermatlamat untuk menerajui inovasi dalam mengautomasikan pemprosesan prarawatan untuk semua jenis spesimen PCR melalui pembangunan CPS. Sistem ini direka untuk mengautomasikan langkah-langkah utama seperti pengisihan sampel, pengemparan, vorteks dan rawatan haba. CPS juga boleh beroperasi secara berasingan daripada sistem CURECA? penuh dan diaplikasikan pada bidang ujian makmal yang lain seperti hematologi, biokimia dan imunodiagnostik — lalu memperluas kebergunaannya yang berpotensi dalam aliran kerja makmal klinikal.
Reka bentuk modular CURECA? bertujuan untuk menyediakan makmal dengan kefleksibelan untuk mengkonfigurasikan sistem mengikut keperluan operasi mereka. Dengan menyokong automasi dalam seluruh kerja penuh, sistem ini bertujuan untuk membantu mengurangkan risiko kesilapan manusia dan mendayakan ujian PCR keupayaan celusan tinggi yang berterusan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Di ESCMID Global 2025, Seegene akan mempersembahkan sebuah video konsep yang mensimulasikan aliran kerja automasi PCR penuh — bermula daripada pemuatan sampel dan pemprosesan prarawatan kepada pengekstrakan asid nukleik, persediaan PCR, amplifikasi gen dan analisis keputusan. Pembentangan ini akan menonjolkan lagi kebolehsesuaian sistem dalam seluruh persekitaran makmal dan kapasiti ujian yang berbeza.
CURECA? akan Menyokong Visi Seegene iaitu "Dunia Bebas daripada Segala Penyakit"
"Sehingga kini, tiada sistem yang mampu mengautomasikan sepenuhnya pemprosesan prarawatan untuk semua jenis specimen yang telah menghalang automasi sebenar dalam MDx," kata Dr. Jong-Yoon Chun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Seegene. "Kami bermatlamat untuk mentakrifkan penanda aras global yang baharu dan membantu membentuk semula masa depan MDx."
Dr. Chun turut menyatakan bahawa CURECA? yang dibayangkan akan menyokong inisiatif perkongsian-teknologi global Seegene yang bertujuan untuk menjadikan MDx termaju lebih mudah diakses dan disepadukan dengan lebih baik ke dalam penjagaan kesihatan harian di seluruh dunia. "CURECA? menandakan langkah awal ke arah memajukan visi Seegene untuk mewujudkan 'dunia yang bebas daripada segala penyakit.' Kami akan terus memimpin melalui inovasi dan kolaborasi global demi memacu visi ini ke hadapan."
Seegene Mengetengahkan "Pentakrifan Semula MDx" di ESCMID 2025
Seegene mempersembahkan portfolio cerakin PCR masa nyata sindromiknya di bawah tema "Pentakrifan Semula MDx" di ESCMID Global 2025, termasuk penyelesaian ujian disahkan yang digunakan ketika ini. Syarikat turut menganjurkan sesi simposium semasa persidangan bagi meneroka peranan MDx yang semakin berkembang dalam menangani rintangan antimikrob (AMR) dan keperluan diagnostik yang semakin berubah dalam era pasca-COVID-19. Cerakin yang ditampilkan, seperti Rintangan Ubat (Entero DR) dan Rintangan Antimikrob Jangkitan Kelamin (STI-AMR), direka untuk menyokong keputusan rawatan yang lebih termaklum dan tepat pada masanya.
Latar Belakang Seegene
Seegene mempunyai pengalaman yang berdedikasi selama lebih daripada 20 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan perniagaan yang berkaitan dengan teknologi PCR masa nyata sindromik. Kepakaran ini diketengahkan terutamanya semasa pandemik COVID-19 apabila Seegene menyediakan lebih 340 juta ujian COVID-19 kepada lebih 100 negara di seluruh dunia. Ciri teras teknologi PCR masa nyata sindromik Seegene ini ialah keupayaan untuk menguji 14 patogen secara serentak yang mengakibatkan gejala yang serupa dalam satu tiub menerusi maklumat kuantitatif.
Kunjungi: dan ikuti
Inisiatif Perkongsian-teknologi
Inisiatif perkongsian-teknologi bertujuan untuk berkongsi teknologi diagnostik dan analisis data termaju Seegene di peringkat global, termasuk PCR masa nyata sindromik dan sistem pembangunan produk automatik (SGDDS), bersama syarikat terkemuka yang mencapai kerjasama di setiap negara. Syarikat-syarikat yang bekerjasama akan berkolaborasi bersama saintis dan pakar tempatan bagi membangunkan ujian diagnostik yang disesuaikan mengikut keperluan komuniti dan bidang mereka, mencakupi pelbagai jenis penyakit manusia dan bukan manusia. Visi utama inisiatif ini adalah untuk mewujudkan "dunia yang bebas daripada penyakit"— masa depan di mana orang ramai tidak lagi menderita akibat penyakit berjangkit dan kanser dan di tempat yang mana haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup subur tanpa penyakit.