亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

Hisense Umum Penajaan FIFA World Cup? Ketiga dan Pamer Teknologi RGB-MiniLED di IFA 2025

Hisense
2025-09-06 20:14 5

BERLIN, 6 September 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah bertaraf global, mengumumkan di IFA 2025 bahawa ia akan terus menjadi Penaja Rasmi bagi FIFA World Cup?, lantas memperkukuh kolaborasinya yang sudah lama terjalin dengan FIFA sejak tahun 2018.

Sejak mula bekerjasama dengan FIFA pada tahun 2018, Hisense telahpun menggapai beberapa pencapaian penting: penjenamaan awal di FIFA World Cup? 2018, kerjasama kandungan melalui FIFA+ pada tahun 2022, integrasi teknologi dalam operasi VAR di FIFA Club World Cup 2025? dan kini penajaan FIFA World Cup 2026? yang akan datang. Setiap langkah memantapkan kehadiran global Hisense serta komitmen untuk meningkatkan pengalaman peminat.


Catherine Fang, Naib Presiden Hisense Group, mengetengahkan bahawa setiap detik yang tidak dapat dilupakan bermula dengan pengalaman yang tepat dan Hisense bermatlamat untuk membantu peminat menikmati sepenuhnya detik-detik berkenaan. Beliau menjelaskan bahawa, berpandukan empat perkara penting — dipacu teknologi, berorientasikan pengguna, perkhidmatan pintar dan nilai budaya — Hisense terus-menerus menerobos sempadan paparan, bermula daripada HDR hingga TV Laser dan RGB-MiniLED yang terkini bagi menyampaikan kualiti gambar yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Pendekatan berorientasikan pengguna dapat memastikan pengalaman imersif dan diperibadikan, lantas menjadikan peminat berasa menjadi sebahagian daripada setiap detik.

Bertempat di IFA 2025, Hisense, sebagai pencetus RGB-MiniLED, mendasarkan penampilan sulung CES bagi TV RGB-MiniLED 116-inci dengan penaiktarafan yang memberikan warna-warna yang lebih tulen, kontras yang lebih tinggi dan kecerahan yang melangkaui QD-OLED, seterusnya mengesahkan sekali lagi kepimpinan dalam paparan generasi akan datang. Berdasarkan visi ini, ketua pegawai perniagaan FIFA, Romy Gai, sependapat dengan sentimen berkenaan dan menjelaskan bahawa FIFA akan bekerjasama dengan Hisense untuk mengalu-alukan teknologi paparan terbaik bagi mempersembahkan Piala Dunia yang tidak pernah terjadi sebelum ini untuk berbilion-bilion peminat di serata dunia.

Dengan kejohanan tahun 2026 yang dijangka akan menjadi yang pertama diadakan di tiga negara dengan 48 pasukan, Hisense menyasarkan untuk mentransformasikan berbilion-bilion ruang tamu menjadi tempat duduk barisan depan — bagi memastikan peminat yang berada di mana-mana sahaja dapat menikmati kejohanan berkenaan tidak seperti sebelum ini dan benar-benar menguasai detik tersebut.

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023-H12025). Sebagai penaja rasmi bagi FIFA World Cup 2026?, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.


 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news