QINGDAO, China, 16 April 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, peneraju global bagi barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah, mempamerkan inovasi terkininya di Pameran Canton ke-137 yang diadakan mulai 15 April hingga 19 April di Guangzhou, China. Terletak di Dewan 3.2, Reruai C19-59, Zon A, Hisense mempersembahkan rangkaian penyelesaian rumah pintar dipacu AI di bawah tema "AI Hidup Anda" ("AI Your Life"), menunjukkan bagaimana AI mentransformasikan kehidupan seharian.
Hisense at the 137th Canton Fair
Penyelesaian Audio-Visual Berkuasa-AI
Siri TV 116UX Hisense mempunyai lampu belakang TriChroma MiniLED X yang mencapai kecerahan puncak sehingga 10,000 nit dan meliputi 97% gamut warna BT.2020. Sebagai pembuat No. 1 TV 100-inci+ di peringkat global, Hisense melengkapkan 116UX dengan Hi-View AI Engine X, memberikan peningkatan gambar termaju seperti Pemalapan Setempat Warna AI dan Peningkatan Skala 4K AI demi pengalaman tontonan yang imersif.
Hisense 116UX TV Series
TV siri U7 PRO dan U8 100-inci turut dipamerkan. U7 PRO, ditala oleh Devialet, memberikan kualiti gambar luar biasa dengan AI Clear Voice yang mempertingkat ulasan dan dialog dalam persekitaran yang bising, lantas amat sesuai untuk peminat sukan dan penggemar filem. U8 mempunyai Game Mode Ultra 165Hz, direka untuk pemain permainan, menawarkan corak permainan yang lebih lancar dengan kadar segar semula yang tinggi, kependaman rendah dan penyegerakan dinamik demi pengalaman yang imersif tanpa jeda.
Hisense turut mempersembahkan TV Laser L9Q, penyelesaian pawagam rumah mewah terunggul dan Laser Cinema PX3-PRO, projektor Designed for Xbox UST yang pertama di dunia. TV Laser L9Q mempunyai Peningkat Skala 4K berkuasa AI, Peningkat Skala HDR AI dan Pengurangan Hingar AI serta Pengoptimuman Warna AI dan Wajah Asli AI untuk warna-warna terang dan tampak hidup dengan ketepatan yang luar biasa.
Hisense L9Q Laser TV
Sistem bunyi HT SATURN memanfaatkan teknologi AI untuk mengoptimumkan prestasi audio dengan menentukur output bunyi berdasarkan persekitaran akustik bilik, seterusnya memastikan pengalaman mendengar yang luar biasa dalam sebarang persekitaran.
TV Laser L9Q, sistem bunyi HT SATURN, 65U7Q PRO dan TV 65U8Q kesemuanya diperakui oleh Devialet, menjamin kualiti bunyi yang luar biasa dan pengalaman audio premium.
Kehidupan Rumah Lebih Pintar dengan Penyelesaian Bersambung-AI
Menerusi platform ConnectLife Hisense, mengurus sesebuah rumah pintar menjadi mudah. Peti sejuk ConnectLife Hub disepadukan dengan peranti pintar yang lain, memasukkan bahan-bahan yang tertinggal ke dalam senarai beli-belah. Dish Designer berkuasa AI menyediakan hidangan makan malam mengikut pesanan dan menghantarnya ke ketuhar dengan satu klik, manakala mesin basuh pinggan mangkuk memilih kitaran basuh yang sesuai secara automatik.
Hisense ConnectLife Platform
Di ruang tamu, TV pintar berfungsi sebagai hab kawalan untuk mengurus peranti. Melalui ConnectLife, pengguna boleh memvisualisasikan rumah mereka dalam 3D, mengurus suhu dan kelembapan bilik serta melaraskan aliran udara penyaman udara AI berdasarkan kedudukan. Sistem dobi AI 7-siri memudahkan pembasuhan dan pengeringan, mengoptimumkan penetapan dan menggalakkan tabiat penjimatan tenaga.
Hisense meningkatkan ekosistem rumah pintar dengan melengkapkan peti sejuk skrin besar, mesin basuh dan mesin basuh pinggan mangkuk dengan paparan TFT, dengan ketuhar TFT dilancarkan dalam masa terdekat. Peranti-peranti yang dilengkapi skrin ini memacu integrasi yang lancar dan menawarkan pengalaman pengguna yang intuitif dan interaktif merentas produk-produk yang disambungkan.
Terokai Masa Depan Rumah Pintar dengan Hisense
Pameran Hisense di Pameran Canton menekankan komitmennya untuk mencipta perkakas rumah pintar dipacu AI yang mentakrifkan semula kehidupan moden. Pengunjung boleh mengalami inovasi rintis ini secara langsung, menyaksikan bagaimana Hisense menyepadukan teknologi canggih untuk menjadikan rumah lebih pintar, lebih cekap dan lebih menyeronokkan.
Kunjungi Hisense di Dewan 3.2 C19-59, Zon A, mulai 15 April hingga 19 April untuk meneroka sendiri inovasi ini.
Latar Belakang Hisense
Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV keseluruhan dari tahun 2022 hingga 2024 dan No. 1 dalam segmen TV 100''+ dari tahun 2023 hingga 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.