BERLIN, 8 September 2025 /PRNewswire/ -- Midea Group, sebuah syarikat Fortune Global 500 memperkenalkan inovasi baharu dalam Siri Dapur Terbina Dalamnya yang menekankan gaya tidak menonjol dan prestasi yang diwujudkan untuk gaya hidup Eropah oleh Milan Design Center Midea.
Siri Dapur Baharu Terbina Dalam Midea tersedia menerusi Siri Essenza, Ispira dan Eleva. Bermula daripada minimalisme moden hinggalah estetika yang tak lapuk dek zaman, peralatan ini berintegrasi lancar dengan mana-mana ruang dalam.
Siri Essenza: Keanggunan Praktikal untuk Kehidupan Harian
Siri Essenza mengimbangi estetika kontemporari dan fungsian penting untuk orang muda yang bujang dan pasangan yang menginginkan keanggunan praktikal. Garisan yang kemas, tekstur halus dan reka letak intuitif menjadikan sesuatu ruang itu praktikal dan menarik dari segi visual.
Siri Ispira: Penampilan Dipertingkat dengan Ciri-ciri Memasak XPRESS
Buat mereka yang tercari-cari reka bentuk yang boleh disesuaikan dan pengalaman memasak yang ditingkatkan, Siri Ispira memberikan keseimbangan yang sempurna. Membawakan kaca waja hitam berkilat dan paparan LED yang tidak menonjol, Ispira sama pentingnya dalam hiasan moden dan juga hiasan semula jadi.
Dari segi fungsinya, ia menggabungkan teknologi XPRESS MASTER daripada Midea untuk aktiviti memasak yang cekap dan sempurna. Pembasuh pinggan mangkuk membawakan XpressWash dengan Lengan Semburan Innowash Pro yang berputar 720° yang dapat menghapuskan 99.9% kuman dan memastikan cucian yang sangat bersih.
Siri Eleva: Prestasi Tanpa Kompromi dan Reka Bentuk Berani
Siri Eleva direka dengan kemasan hitam pekat dan garis sudutan tajam, memberikan penghalusan moden manakala paparan Easy Touch mengekalkan estetika yang kemas.
Dengan teknologi ECOMASTER dipacu AI, kecekapan tenaga dioptimumkan tanpa mengorbankan kualiti untuk siri Eleva.
Teka dan Küppersbusch: Pengalaman Ditingkatkan untuk Siri Terbina Dalam
Penampilan Midea untuk siri terbina dalam dilengkapkan oleh jenama-jenama lain dalam Midea Group.
TEKA yang dicipta di Eropah memperkenalkan Van Gogh Series pertama di peringkat global yang diilhamkan oleh penguasaan artistik, di samping Infinity G1 dan Neo Series, yang mengintegrasikan keanggunan Eropah dengan lancar ke dalam rumah moden.
Sementara itu, jenama dapur mewah Jerman yang berusia seabad Küppersbusch mempamerkan reka bentuk dan ketukangannya yang tersendiri dengan siri terbina dalam premium seperti Graphite dan Matt Black.
Latar Belakang Midea & Midea Group
Midea ialah salah satu daripada lebih 10 jenama dalam Perniagaan Rumah Pintar Midea Group.
Ditubuhkan pada tahun 1968, Midea Group ialah sebuah syarikat teknologi global yang terkemuka, menduduki tempat #246 dalam senarai Fortune Global 500 2025. Sebagai salah satu pengilang peralatan rumah yang terbesar di dunia, Midea memperkemas unit terasnya kepada enam tonggak perniagaan berimpak tinggi untuk membuka laluan pertumbuhan masa depan yang baharu pada tahun 2025: Rumah Pintar, Teknologi Industri, Teknologi Bangunan, Robotik dan Automasi, Midea Healthcare dan Annto Logistics.