XUZHOU, China, 18 April 2025 /PRNewswire/ -- XCMG Technician College (Kolej), sekolah vokasional milik pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka XCMG Machinery ("XCMG," 000425.SZ), telahpun menerima sepucuk surat penghargaan daripada wakil penjual Indonesia, PT. Global Machine Tools (GMT) yang memberi pujian tinggi terhadap sistem latihan jurutera perkhidmatan luar negara yang inovatif daripada XCMG, lantas menekankan keberkesanannya dalam meningkatkan kepakaran teknikal dan keupayaan perkhidmatan di rantau ini.
XCMG Technician College: A Global Workshop Cultivating Elite Industry Talents
Pada 1 Disember 2024, XCMG melancarkan program latihan jurutera perkhidmatan di Indonesia. Seramai lebih 30 pelajar menamatkan kursus selama sebulan bagi operasi trak perlombongan dan mesin pengorek di Kolej ini dan memperoleh sijil pekerja tahap pertengahan.
"XCMG Technician College mengkhusus untuk memajukan latihan bakat setempat selaras dengan strategi global XCMG. Ahli profesional elit kami memperkasakan kumpulan dan rakan kongsinya, membantu pelanggan mengendalikan peralatan dengan lebih cekap bagi memenuhi pelbagai keperluan kejuruteraan yang memacu transformasi industri jentera pembinaan," kata Kong Xiaohui, Penolong Dekan XCMG Technician College.
Di tengah-tengah urbanisasi yang pesat di pasaran baru muncul dan penaiktarafan infrastruktur yang lama merentas ekonomi maju, pemupukan bakat luar negara menjadi suatu yang penting untuk menyampaikan perkhidmatan premium dan memajukan industri ini ke arah rantaian nilai global termaju.
Kolej ini telahpun melancarkan program untuk melatih bakat dengan kemahiran yang selaras dengan piawaian antarabangsa, lebih 20 program latihan luar negara kini meliputi 25 negara Inisiatif Jalur dan Jalan serta memperkasakan lebih daripada 3,000 bakat, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
bagi projek latihan perkhidmatan akaun utama selama enam bulan dengan pengetahuan tentang 22 produk jentera pembinaan dan hampir 40 bahan kursus dibangunkan.
"Melalui program ini, kami mempelajari standard kemahiran vokasional China, yang boleh kami kongsikan bersama kolej dan pelajar lain untuk membantu pekerja di Gabon meningkatkan kemahiran mereka dan mengendalikan peralatan dengan lebih berkesan," kata Kassa Barnabe, seorang Pensyarah di Masuku University of Science and Technology.
Pada bulan Februari, XCMG melancarkan pangkalan latihan jentera kejuruteraan pertama untuk penilaian keupayaan vokasional di China, bagi meningkatkan pemupukan bakat global, berkongsi "pengalaman Cina" di seluruh dunia dan memperkasakan bakat global.