亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

ETF Berkos-Rendah dan Dana Modal Jangka-Panjang Dorong Strategi Berdividen-Tinggi dalam Pasaran Saham-A

E Fund Management
2025-04-25 10:28 16

GUANGZHOU, China, 25 April 2025 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2024, pasaran saham-A menggapai satu pencapaian yang bersejarah dengan jumlah bayaran dividen mencecah RMB 2.4 trilion (AS$ 338 bilion). Setakat 13 April, sebanyak 1,156 syarikat tersenarai mengumumkan pelan dividen yang berjumlah sehingga RMB 1.13 trilion (AS$ 160 bilion). Sementara itu, hasil dividen bagi CSI 300 Index dan CSI Dividend Index mencapai 3.5% dan 6.3%, menonjolkan pengagihan tunai yang kukuh. Pada 28 April, E Fund Management ("E Fund"), pengurus dana bersama yang terbesar di China akan melancarkan E Fund CSI Dividend Value ETF (Kod: 563700), ETF pertama yang menjejaki CSI Dividend Value Index, memperluas rangkaian ETF dividen berkos rendahnya.

Di tengah-tengah ketegangan perdagangan, indeks dividen seperti CSI Dividend Index dan CSI Dividend Low Volatility Index semakin mendapat tarikan. Indeks-indeks ini memfokuskan pada sektor-sektor berorientasikan domestik dengan kepekaan perdagangan yang rendah—sumbangan hasil luar negara pada separuh pertama 2024 hanyalah 6.3% dan 4.3%, berbanding 11% untuk CSI 300 Index.

Barisan ETF dividen E Fund kini termasuk E Fund CSI Dividend ETF (Kod: 515180), E Fund CSI Dividend Low Volatility ETF (Kod: 563020), E Fund Hang Seng SCHK High Dividend Low Volatility ETF (Kod: 159545) dan E Fund CSI Dividend Value ETF. Antara kesemua ini, E Fund CSI Dividend ETF, tersedia melalui ETF Connect, mencapai skala RMB 9.3 bilion (AS$ 1.28 bilion), yang terbesar seumpamanya menjejaki CSI Dividend Index, setakat 23 April. Kesemua tawaran ini menerima pakai kadar fi pengurusan terendah sebanyak 0.15% setiap tahun, lalu membantu para pelabur untuk melabur secara berkesan kos dalam aset berdividen tinggi.

Selain itu, kemasukan dana anuiti, dana awam dan dana modal jangka sederhana hingga jangka panjang yang lain ke dalam pasaran saham meningkatkan kepentingan strategik pelaburan berfokuskan dividen, terutamanya dana pengurusan kekayaan yang semakin menyokong strategi dividen ketidaktentuan rendah. Sebagai contoh, E Fund CSI Dividend Low Volatility ETF menarik pemegangan yang penting daripada dana pengurusan kekayaan, dengan dana-dana ini menduduki tiga daripada sepuluh kedudukan pemegang saham teratas, menyumbang secara kolektif sebanyak 9.23% saham diterbitkan, setakat 31 Disember 2024.


Latar Belakang E Fund 

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana bersama komprehensif yang terkemuka di China dengan lebih RMB 3.5 trilion (USD 497 bilion) di bawah pengurusan.* Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan dalam pesisir dan luar pesisir, bagi membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund melibatkan kedua-dua individu dan institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan berdaulat, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insuran dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak ditubuhkan dan percaya akan kuasa penyelidikan yang mendalam dan masa melabur. Ia merupakan perintis dan pengamal yang utama dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Sumber: E Fund. AuM termasuk subsidiari-subsidiari. Data setakat 31 Mac 2025. Kadar FX diperoleh daripada PBoC.

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mutual Funds Dividends Financial Technology