亚洲在线日韩伦理片,96精品国产AⅤ一区二区,青鸟影视网,yy黄色频道,国内精品久久久精品AV电影院

CGTN: Membongkar alat dasar ekonomi: Apakah di sebalik mesyuarat kepimpinan CPC terkini China?

CGTN
2025-04-28 14:12 11

BEIJING, 28 April 2025 /PRNewswire/ -- CGTN menerbitkan artikel mengenai mesyuarat kepimpinan terkini China berhubung keadaan dan usaha ekonomi. Meneliti alat dasar ekonomi negara ini, artikel ini mengetengahkan kebingkasan dan potensi ekonomi China yang kukuh. Ia turut memerhatikan penekanan mesyuarat berkenaan terhadap usaha yang dipertingkat bagi mempercepat pelaksanaan dasar makro yang lebih proaktif dan berkesan serta peningkatan penggunaan perkhidmatan bagi memperkukuh peranan penggunaan keseluruhan dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

Ekonomi China memberikan permulaan yang kukuh pada suku pertama tahun ini yang menunjukkan prestasi serta kebingkasan yang mantap.

KDNK negara ini meningkat 5.4 peratus tahun ke tahun kepada 31.8758 trilion yuan (kira-kira $4.42 trilion) pada S1 2025, tersenarai antara yang tertinggi dalam ekonomi utama dunia dan memberi kedudukan kepada negara ini untuk menghadapi ketidaktentuan global dengan lebih baik.

Semasa mesyuarat yang diadakan oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China pada hari Jumaat, barisan kepimpinan Cina menganalisis dan mengkaji keadaan ekonomi dan usaha ekonomi semasa.

Menyedari bahawa negara ini menyaksikan ekonominya semakin bertambah baik tahun ini, dengan keyakinan orang ramai yang terus meningkat dan kemajuan kukuh dicapai dalam pembangunan yang berkualiti tinggi, mesyuarat berkenaan menyeru usaha untuk mempercepat pelaksanaan dasar makro yang lebih proaktif dan berkesan serta meningkatkan penggunaan perkhidmatan bagi memperkukuh peranan penggunaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

Dasar makro yang lebih proaktif, berkesan

Selain daripada KDNK, China menyaksikan penunjuk ekonomi lain melangkaui jangkaan pasaran pada suku pertama. Sebagai contoh, pelaburan aset tetap meningkat sebanyak 4.2 peratus tahun ke tahun, dengan pelaburan dalam pembinaan infrastruktur meningkat 5.8 peratus manakala pelaburan pembuatan meningkat 9.1 peratus.

Dengan adanya sokongan dasar, keresponsifan peringkat tempatan dan peningkatan momentum dipacu inovasi yang pesat, ekonomi negara ini menunjukkan kebingkasan dan potensi yang kukuh.

China telahpun membuat persediaan dasar yang teliti untuk mengatasi perubahan luaran, tatkala satu siri dasar makro bersasar berkuat kuasa dan lebih banyak dasar tambahan akan diperkenalkan sebagaimana yang diperlukan bagi mengurangkan kejutan luaran.

Mesyuarat pada hari Jumaat menyeru usaha untuk memanfaatkan sepenuhnya dasar fiskal yang lebih proaktif dan dasar monetari yang sederhana longgar, menyelaraskan urusan dan usaha ekonomi domestik dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa, mengurus secara tidak berbelah bahagi hal ehwal negara sendiri dengan baik dan memastikan pekerjaan, perniagaan, pasaran dan jangkaan stabil.

Luo Zhiheng, ketua ahli ekonomi di Yuekai Securities, berkata usaha harus dilakukan untuk memanfaatkan dengan baik alat dasar agregat dan struktur, mengurangkan nisbah keperluan rizab dan kadar faedah apabila sesuai serta meningkatkan penggunaan dan permintaan pelaburan korporat.

Pendekatan serampang pelbagai mata untuk perusahaan yang bergelut

Bagi membantu perniagaan yang menghadapi cabaran, mesyuarat berkenaan menggesa pendekatan serampang pelbagai mata, termasuk sokongan kewangan yang lebih kukuh dan mempercepat integrasi antara pembangunan perdagangan domestik dan asing.

Menekankan keperluan untuk menjamin mata pencarian rakyat, ia menyatakan bahawa untuk perusahaan yang mengalami impak yang agak besar daripada tarif, proposisi dana insurans pengangguran yang dikembalikan kepada perusahaan untuk memastikan daftar gaji yang stabil akan ditingkatkan.

Di tengah-tengah kenaikan tarif A.S. baru-baru ini, perusahaan perdagangan asing China bertindak balas secara aktif dengan produk inovatif, merebut tempahan dan meluaskan pasaran.

Negara ini turut mengambil langkah-langkah yang pantas dan proaktif untuk menghadapi kejutan tarif – menjangkau ke pasaran luar negara yang lebih luas dan dalam masa yang sama memperkukuh saluran jualan domestik dengan produk yang dinaik taraf.

Bai Wenxi, naib pengerusi China Enterprise Capital Alliance, menggesa penggubalan dasar seperti sokongan kewangan dan subsidi kupon penggunaan bagi menyokong lagi perusahaan perdagangan asing dan terus meningkatkan subsidi kewangan untuk perusahaan eksport-ke-domestik.

Meningkatkan penggunaan perkhidmatan

Mesyuarat pada hari Jumaat turut menekankan keperluan untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan, menggesa pemansuhan pantas langkah-langkah yang terbatas dalam sektor penggunaan dan mencadangkan untuk memperkenalkan kemudahan pemberian pinjaman semula untuk penggunaan perkhidmatan dan penjagaan warga emas.

Penggunaan perkhidmatan secara beransur-ansur menjadi enjin pertumbuhan ekonomi baharu dan aspek penting untuk memanfaatkan potensi penggunaan. Pada suku pertama 2025, jualan runcit barangan pengguna, iaitu penunjuk utama bagi kekuatan penggunaan negara ini, meningkat 4.6 peratus tahun ke tahun.

Disokong oleh dasar bersasar untuk meningkatkan penggunaan, kadar perbelanjaan yang berkaitan dengan perkhidmatan juga menjadi semakin pesat. Pada suku pertama, jualan runcit perkhidmatan meningkat 5 peratus tahun ke tahun.

Di samping itu, beberapa dokumen untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan dilaksanakan secara intensif. Sebagai contoh, pihak berkuasa Cina memperkenalkan pelan kerja untuk meningkatkan penggunaan perkhidmatan pada tahun 2025 dan mengeluarkan satu siri langkah baharu yang bertujuan untuk meluaskan dan menaik taraf penggunaan dalam sektor perkhidmatan domestik sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk merangsang permintaan domestik.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan pemikir, Institut Pembaharuan dan Pembangunan China, meramalkan bahawa menjelang tahun 2030, penggunaan perkhidmatan per kapita bagi penduduk bandar dan luar bandar China boleh melebihi 20,000 yuan, lantas menyumbang lebih separuh daripada penggunaan keseluruhan.

Penggunaan perkhidmatan menjadi pendorong kepada penggunaan barangan manakala trend "perkhidmatan seperti barangan" semakin memperoleh momentum di seluruh negara, kata Chi Fulin, ketua kumpulan pemikir.

Untuk maklumat lanjut, sila klik:
 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service